View: 12661|Reply: 4
|
Pasukan petugas khas ditubuh siasat kematian pakar patologi di Lahad Datu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas bebas berkuat kuasa 10 Oktober ini bagi menyiasat insiden kes kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah.
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia selari dengan pendirian tegas KKM yang tidak bertolak ansur dengan perlakuan buli di tempat kerja.
"asukan Petugas Khas ini berperanan untuk melaksanakan siasatan dan menganalisis input daripada siasatan insiden kematian pakar patologi kimia di Lahad Datu secara khusus serta meneliti budaya kerja di Hospital Lahad Datu.
"Selain itu, ia bertujuan mengenal pasti dan mengesahkan sama ada wujud perlakuan buli di Hospital Lahad Datu secara umum dan di Jabatan Patologi hospital itu secara khusus.
"Ketiga bagi mengenal pasti jenis perlakuan buli yang cenderung berlaku di KKM serta faktor dalaman dan luaran yang menyumbang kepada perlakuan terbabit," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Sebelum ini tular satu hantaran di Facebook mengenai kematian seorang doktor, Dr Tay Tien Yaa di kediamannya di Lahad Datu, Sabah.
Pada 29 Ogos lalu, doktor terbabit didakwa mengambil tindakan bunuh diriberikutan tidak tahan dibuli ketua jabatannya.
Perkara itu didedahkan adik mangsa, dikenali sebagai YS Tay yang mendakwa kakaknya yang berkhidmat di Hospital Lahad Datu, Sabah, ditindas ketua jabatan selain menghadapi tekanan sepanjang bertugas di unitnya akibat beban kerja melampau.
Selain itu, Dr Dzulkefly berkata, melalui pasukan petugas khas, satu laporan hasil siasatan berkaitan insiden kematian terbabit bersama cadangan penambahbaikan bagi mencegah dan menangani perlakuan buli di fasiliti kesihatan akan dikemukakan dalam masa tiga bulan dari tarikh penubuhan.
Katanya, pasukan itu dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dollah yang pernah menyandang pelbagai jawatan utama dalam perkhidmatan awam.
"Ia turut dianggotai lima ahli bebas bukan anggota KKM yang berpengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan, psikiatri, patologi serta kesihatan mental dan perlakuan buli.
"Seorang ahlinya adalah mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Prof Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir dan mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) yang berkhidmat dengan KKM selama 35 tahun, Datuk DrAzman Abu Bakar.
"Turut dilantik, pesara perkhidmatan awam dalam profesion Pegawai Kehakiman dan Penasihat Undang-Undang di pelbagai kementerian, Datuk Mohamad Fazin Mahmud," katanya.
Dua lagi ahli yang dilantik mengangotai pasukan itu adalah profesor ulung pertama di Malaysia dalam bidang Patologi, Datuk Prof Ulung Dr Looi Lai Meng dan Pakar Perunding Kanan (Psikiatri) di Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Chan Lai Fong.
Tegasnya, KKM komited untuk memperbaiki persekitaran kerja supaya lebih harmoni dan kondusif.
"KKM yakin usaha ini akan membuahkan hasil dan mendapat kerjasama daripada semua warga KKM selaras dengan visi untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk Malaysia Madani," katanya.
Sumber - Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
May justice will prevail.
Bahaya jugak toksik tempat keje
Dahlah nak cari rezeki, tiber ade org kacau...x best x best |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua wayangggggg...
Kes sexual harassment ngn dok pakar ujung² tukang repot yg kna siasat pulis.
This is malezia lerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dapat cari sampai ke lubang cacing |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb itu kena tulis aktiviti harian dan snap apa jua bentuk kesalahan, contohnya bini2 snap anak kena pukul, laki mencurang, pembayaran bil/rumah/kereta pakai duit bini, ugutan2, dll
Kalau kat office, cctv, ugutan, rakam verbal abuse, saksi staff, snap wassap etc |
|
|
|
|
|
|
| |
|