|
Pelakon, Fasha Sandha merancang untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata dan itu adalah perjanjian dengan suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz.
Fasha, 40, berkata, dia dan Aidil juga sudah menjalani pemeriksaan kesuburan dan pakar perubatan memberikan maklum balas positif.
"erjanjian dengan suami, saya akan cuba mengandung sekali lagi kalau Allah izinkan. Kita hanya mampu merancang dan Dia yang tentukan.
"Kami dah beberapa kali buat pemeriksaan dan doktor maklumkan, saya sihat dan boleh mengandung secara normal atau persenyawaan in-vitro (IVF). Kalau IVF, kita boleh pilih DNA yang sihat.
"Sebab kalau dah lebih umur 40 tahun, kehamilan itu berisiko. Jadi, kalau buat IVF mungkin boleh pilih DNA yang sihat," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fasha, dia menjadikan kekuatan rakannya yang juga pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta sebagai contoh terdekat memandangkan pelakon itu juga pernah mengandungkan anak bongsunya ketika berusia 40-an.
"Che Ta pun boleh mengandung sewaktu umur 40-an. Jadi, kalau Che Ta pun kuat, Insya-Allah, saya pun boleh," katanya.
Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Rasyha Jemyma. Manakala perkongsian hidup dengan Aidil, mereka dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira.
Sumber - Harian Metro
|
|