CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12506|Reply: 3

Amaran untuk AS supaya tidak masuk campur - "Kami telah memberi amaran kepada tentera AS untuk menarik diri"

[Copy link]
Post time 3-10-2024 08:31 AM | Show all posts |Read mode





Tehran: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata Tehran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak campur tangan berikutan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel, lapor Al-Jazeera.


"Kami telah memberi amaran kepada tentera AS untuk menarik diri daripada perkara ini dan tidak campur tangan," kata Araghchi kepada televisyen kerajaan, sambil menambah mesej itu disampaikan melalui kedutaan Switzerland di Tehran.


Presiden Joe Biden berkata AS "menyokong sepenuhnya" Israel selepas serangan peluru berpandu itu, sambil menambah beliau akan membincangkan tindak balas dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.


Ditanya oleh pemberita tentang tindak balas terhadap Iran, Biden menjawab: "Itu sedang dalam perbincangan aktif sekarang."


Sementara itu, Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid berkata, Iran akan membayar harga yang tinggi untuk serangan peluru berpandunya, sambil menambah "di Tehran mereka tahu bahawa Israel akan datang".


"Tindak balas harus keras dan menghantar mesej yang jelas kepada seluruh paksi - Iran, Yaman, Syria, Lubnan dan Gaza," tulisnya di X.


Katanya, seiring dengan tindak balas ketenteraan, pihaknya mesti membangunkan strategi politik serantau keseluruhan yang mengubah kejayaan ketenteraan kepada perubahan strategik.


"Kita tidak boleh melupakan seketika keperluan mendesak untuk memulangkan mangsa yang diculik ke rumah," katanya.




Sumber - Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 06:19 AM | Show all posts
nama 5 negara yg diorang dah plan nak attack dah keluar 30 tahun lepas.. iran je last tinggal ni..

kau rase?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Israel akan heret pihak lain iaitu amerika untuk berperang dengan iran. Itulah perangai celaka yahudi. Dapat pulak presiden amerika yg dungu Joe Biden. Israel tahu mereka tidak akan mampu berperang di darat. Mereka mahu negara lain berperang bagi pihak mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk campur urusan palestine boleh... Gang perang mahu perang tetapi mahu arrange cara perang... Unfortunately perang bukan story dari 1 side... Hadap lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.051159 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list