CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13502|Reply: 45

Nak menang Oscar perbaiki dulu mutu lakonan - Fauziah Ahmad Daud

[Copy link]
Post time 3-10-2024 08:20 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon senior Fauziah Ahmad Daud meminta pelakon lelaki yang bercita-cita tinggi mahu merangkul trofi Anugerah Akademi atau Oscar untuk memperbaiki mutu lakonan


Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, dia pernah menonton lakonan pelakon yang dimaksudkan itu dan mengaku masih banyak ilmu dan teknik lakonan yang perlu dipelajari.


"Sebenarnya tidak salah jika nak berfikiran jauh secara global tetapi saya pernah menonton lakonan pelakon ini. Terus terang saya ingin berkata daripada seorang kakak dan seniwati, banyak sangat yang dia harus pelajari.


"Apa yang saya lihat acuan lakonan, apabila anda melafazkan dialog dan bagaimana anda masuk ke dalam watak yang diberikan untuk melontarkan dialog.


"Kalau saya cakap lebih-lebih macam ini pun, pelakon itu mungkin tak faham. Tapi ramai (pelakon) yang hanya melontarkan dialog namun tidak memasuki ke dalam watak itu," katanya.


Ogy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pementasan Teater Di Sebalik Topeng yang diadakan di Store Dewan Bahasa Pustaka, di sini, hari ini.


Menurut Ogy, dia sama sekali tidak memandang rendah impian yang ingin dicapai pelakon itu untuk merangkul anugerah di peringkat luar negara.


"Jika itu adalah impiannya kerana impian itu percuma tetapi sekiranya anugerah itu yang adik inginkan, berusaha keras untuk dapatkannya.


"Buktikan kepada netizen yang awak boleh menang anugerah Oscar, insya-Allah tapi kena belajarlah jangan main asal boleh sahaja.


"Jangan rambut sahaja nak kena cantik, kerana lakonan bukan hanya itu (jaga penampilan) sahaja," katanya.


Dalam pada itu, teater Di Sebalik Topeng bakal dipentaskan pada 19 dan 20 Oktober ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Menara DBP.


Teater terbitan – Ogy Ventures & Network Sdn Bhd dibawakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta mendapat sokongan daripada geran


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).


Sumber - Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Berangan is free. Tapi kenyataan itu fakta. Kejadah acik oggy bagi nasihat ke merkin bahasakan diri nasihat drpd seorang kakak ke adik? Hello, dah sebaya cucu saudara la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa 80an aku suka tengok lakonan acik ni. Masuk 90an dan sekarang ni cam hmmm. Betul kata erna teteye, over acting!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngkau berlakon pun hauk namatey menjerit2 macam Tah hape2 jerkk..over naw2...wakakak kenapalah ngaku x berlakon macam arwah Mak ngko penuh kelembutan..dalam marah pun masih dalam kelembutan bukannya terjerit2 cam orang gilakk jerk..sorielah arwah Mak uols berlakon lagi letopsss hokehhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu iols suka sangat tengok kaka pojiah latip berlakon..melting abis..jadik jahat dalam lembut sakit ATI betul tengok..tapi best sebab x terjerit2..iols memang x ske orang terjerit2 over naw2 yinnih..kaka pojiah latip memang best..lembut jerkk dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:29 AM | Show all posts
Ogy ptt tgk lakunan Azizah Mahzan
Azizah Mahzan klu jd mentua busuk hati
tak yah jerit2
subtle sebegitu
wlu hype cerita Mentua Ogy
+ aku suka je Ogy
tapi malas nak tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 3-10-2024 08:39 AM
Berangan is free. Tapi kenyataan itu fakta. Kejadah acik oggy bagi nasihat ke merkin bahasakan diri  ...

Dia kan x suka org panggil dia makcik...inikan pulak nenek
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:03 AM | Show all posts
Hahahah Amir Ahnaf ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendawg replied at 3-10-2024 11:03 AM
Hahahah Amir Ahnaf ke

Merqeen uolls.. ada benang pasal ni

https://b.cari.com.my//forum.php?mod=viewthread&tid=5373146&extra=page%3D4
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
makcik berlakon pun takde lah best mana
dlm drama Mentua tu rengsek tgknya..
lagi suka tgk adik dia berlakon mmg fav betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:49 AM | Show all posts
oggy replied at 3-10-2024 11:21 AM
Merqeen uolls.. ada benang pasal ni

https://b.cari.com.my//forum.php?mod=viewthread&tid=5373146&e ...

Lagi bertambah benci aku kat Meershit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Lakonan kak ogy pun rengsekkk... Latest drama dengan elizad tu asyik terjerit2 macam onggiler...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:53 AM | Show all posts
adik ogy berlakon lebih best dari ogy. tapi ogy berlakon lebih best dari pojiah nawi. bagi iols..vdan pojiah nawi tak boleh kalahkan lakonan mak2 pasrah redha lakonan wan maimunah. dan kalau watak jahat yg paling berkesan hingga kini adahalh lakonan siti tanjung perak, normadiah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:59 AM | Show all posts
anilanil replied at 3-10-2024 08:39 AM
Berangan is free. Tapi kenyataan itu fakta. Kejadah acik oggy bagi nasihat ke merkin bahasakan diri  ...

yes...dh kenapa nak kondem angan2 org lain?sukati dia la..xkesah la angan2 tu real atau unachievable..sekurangnya boleh jd inspirasi utk jd lg bagus....bongok la dgn beto2 skali ai rengsa..ai x gemor mane pon merkin..tp kesian lak die bile kene kondem bertubi2
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 3-10-2024 10:29 AM
Ogy ptt tgk lakunan Azizah Mahzan
Azizah Mahzan klu jd mentua busuk hati
tak yah jerit2

betull..lagi2 lepas dia macam buat comeback, makin best tengok dia berlakon..iols kalau tgk azizah mahzan berlakon, iols stay je kat cenel tu sampai habis..tapi azizah yg sekarang la bukan zaman spaQ ke apa dulu tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak?

Atau kakak kertu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit telinga aq tengok drama mentua tu asyik terjerit2 marah sana sini,dhla mak aq gigih nk tengok jugak terpaksa btahan mujur dh tamat dah,lagi rela aq layan lost you forever 2 kat 8tv walaupon aq x minat yang zi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kosser aku. Biorlah budak tu nak berangan ke hapa. Typical melayu bebudak takleh nak berangan. Menyampah aku.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 01:43 PM | Show all posts
pelakon malaysia ada je yg lakonan hebat tapi kualiti naskah malaysia sangat teruk. dah tahun 2024 masih lagi usop aslam keluarkan movie seperti Sherif yg kualiti gambar macam filem2 sembilu, gemilang. Tengok kat netflix pun rasa ala low quality nya apatah lagi kat wayang. macam mana la filem2 ni nak lolos pencalonan antarabangsa nyah??? so pelakon kita kena migrate ka LA & cari agen. mula dari bawah!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Oscar untuk lelaki yes kena perbaiki lakonan tapi bukan tu aje. Ko kena hilang banyak gila berat macam Joaquin Phoenix dalam Joker. Selalu yang menang bahagian lelaki aku suka tengok. Yang perempuan mostly meh. Lelaki diorang punya transformasi gila2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.103269 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list