View: 10125|Reply: 9
|
Anwar bertemu Khabib bincang isu Islam
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov malam tadi.
Pertemuan pada jamuan makan malam itu membincangkan perkara berkaitan Islam termasuk hal ehwal pembangunan ummah dan Palestin.
“Usai pertemuan dengan rombongan dari Indonesia, saya dan Azizah berpeluang meraikan lagenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov bersama delegasi dalam jamuan makan malam di Seri Perdana, Putrajaya.
“Turut bersama dalam sesi ini adalah aktivis hak asasi dan professor undang-undang dari Amerika Syarikat, saudara Khaled A. Beydoun serta perenang Palestin yang beraksi di Olimpik Paris, Yazan Al Bawwab,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar berkata, beliau melihat personaliti seperti Khabib, Khaled dan Yazan sangat penting untuk menjadi inspirasi bahawa seorang Islam yang baik bukan sahaja terbaik dalam profesion namun, mampu menonjolkan nilai yang bertunjangkan ihsan dan rahmah khususnya dalam menghadapi gejala Islamofobia.
Terdahulu, Khabib tiba di Malaysia pada Ahad lalu untuk menemui peminatnya di negara ini.
Khabib berasal daripada Republik Dagestan Rusia menjadi muslim pertama yang memenangi gelaran UFC bagi kategori lightweight dan tidak pernah tewas sepanjang pertarungan dengan rekod 29-0.
Sumber - KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Senang eh orang-orang luar nak jumpa pemimpin, sultan dan vvip kita... datang disambut semewah2nya...
haritu pun ada budak indon riau yang buat tiktok bahasa melayu riau-lingga dapat jemputan istana, dapat komen aunty azmee kan... gi mana2 orang sambut2 macam pahlawan.. mudah nak jadi terkenal kat malaysia ni...
- buat video sikit pasal malaysia
- masuk islam, datang malaysia
- buat video cakap BM
- buat video puji2 "kalau ngak datang malaysia ngak tauuuu..."
- buat reaction video2 malaysia
maka berduyun2 lah malaysian yang nak taja itu ini, spons travel sini...
walhal Malaysian gi luar negara non hadooo dilayan macam tu.. hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. VVIP ni cukup2lah tu nak into the scene sangat.Korang pemimpin negara kot. Jagalah sikit standard tu, jangan nampak murah sangat.
PMO tu dah macam konti radio, semua "selebriti" depa nak jemput.
Beriya sangat nak dapat sokongan Gen Z dah kenapa?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BeskotCekelat replied at 2-10-2024 09:59 AM
Setuju. VVIP ni cukup2lah tu nak into the scene sangat.Korang pemimpin negara kot. Jagalah sikit s ...
Kenapa nak pelik? Putin, Trump, Erdogan semua dah jumpa Khabib. Khabib kot bukannya ishowspeed pprt tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sakannnnn bang non skrg promosi wawenang tatakelola etc |
|
|
|
|
|
|
|
Ustad Abd Somad pun dapat layanan macam pemimpin negara driven dalam KL dengan police outriders, dihantar pulang naik private jet. Masa ceramah dia berpantun dan pakai tanjak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya perbincangan begini hala tujunya ke mana ye? Dgn rakyat pernah tak jumpa gini bincang isu dlman. Rasanya tak pernah tp kot le terlepas pandang |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaca 1komen kat ig payung kuning
Org luar senang2 datang peluk, pegang bahu tepuk tampar dgn kerabat
Cer org malaysia buat gituuu |
|
|
|
|
|
|
|
ok la ngan Khabib ai sokong je, power kot dia tuh world wide konal, kalu ai bini menteri pon ajak datang rumah kikiki |
|
|
|
|
|
|
| |
|