View: 7918|Reply: 18
|
Sehari lewat hidupkan lesen pun tak layak ambil B penuh
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang jurulatih memandu menjelaskan antara syarat yang perlu dipatuhi pemohon bagi menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh adalah sentiasa memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LLM) kelas B1 atau B2 secara aktif tanpa lewat sehari dari tarikh tamat tempoh.
Menerusi perkongsiannya yang menggunakan akaun TikTok @farid_aidil, dia memaklumkan pemegang LLM kelas B1 atau B2 perlu perlu memastikan sekurang-kurangnya lesen mereka aktif bagi tempoh 10 tahun secara berterusan.
“Kalau pernah tamat tempoh dan terlupa nak renew (hidupkan), tak boleh. Contohnya, hari ini lesen tamat tempoh, besok baru renew (hidupkan), dah tak boleh.
“Mesti ramai yang sangkut dekat situ. Lagi-lagi masa PKP (perintah kawalan pergerakan) lepas. Walaupun dah ada lesen B2 selama 20 tahun,” jelasnya.
Terdahulu, ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila status semakan mereka didapati gagal memenuhi syarat kelayakan menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh.
Semakan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai berkongsi tangkap layar semakan yang dibuat menerusi aplikasi MyJPJ dan keputusannya adalah “Anda tidak layak menyertai program ini”.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, mulai 1 Oktober, tiada lagi program mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LLM) kelas B1 di institut memandu (IM) akan dibuka kepada orang ramai.
“Dengan mendapatkan LMM motosikal kelas B, individu layak memandu semua kuasa (cc) motosikal dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah saja bagi kelas B1.
“Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal dalam kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas berkenaan bagi mendapatkan lesen kelas B,” katanya.
Syarat program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh adalah pemohon mestilah warganegara dan memiliki LLM kelas B1 atau B2 secara aktif berterusan untuk minimum 10 tahun.
Seterusnya, pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat, atau apa-apa perkara yang belum selesai bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak check kita layak ke tak layak nak apply lesen B penuh ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
MyJPJ Apps.. pegi dekat Bahagian Pelesenan Pemandu nnt ada section Semakan Kelayakan Program ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
BungaKencana replied at 2-10-2024 10:33 AM
MyJPJ Apps.. pegi dekat Bahagian Pelesenan Pemandu nnt ada section Semakan Kelayakan Program ni... ...
Nak tanya kalau renew lesen kat apps my jpj tu dia ada bg pilihan nak yg digital saja atau tidak.
So kalau klik tidak maksudnya apa? Dapat dedua jenis lesen ke?satu yg digital dan satu dlm bentuk fizikal?
|
|
|
|
|
|
|
|
dpt digital saje... rasanye skrg dah takde fizikal, kalau ada tu mksdnye JPJ punya stok lama.. sy bukan JPJ (maap kalau salah kasi info)
|
|
|
|
|
|
|
|
BungaKencana replied at 2-10-2024 11:08 AM
dpt digital saje... rasanye skrg dah takde fizikal, kalau ada tu mksdnye JPJ punya stok lama.. sy ...
Mmg tada fiziikal tp kat apps tu dia suh pilih nak paparan digital saja atau tidak
So tertanya kalau klik tidak tu maksudnya dapat dedua ke? Satu digital dlm apps satu lg boleh print?
Nk renew lesen ni tp taktau nak klik mana hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.. sy rasa better klik tidak... sbb sy renew last year dpt fizikal.. belum try lg yg digital ni... nnt update sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang UK pelik kenapa kita perlu renew lesen memandu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada je lesen fizikal tapi bukan macam dulu..
ala-ala slip nipis je..
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan risau, dijangka akan ada yang akan muncul umumkan x perlu berterusan lesen tu hidup dan seterusnya diangkat sebagai hero |
|
|
|
|
|
|
|
Masa covid ramai x renew kan
Sah2 la x lulus walaupun ko da renew 30thn tanpa gagal seblum tu |
|
|
|
|
|
|
|
s@s@ replied at 2-10-2024 12:28 PM
jangan risau, dijangka akan ada yang akan muncul umumkan x perlu berterusan lesen tu hidup dan seter ...
Sbb yg ni akak akan rasa serba salah nk renew sampai 10 tahun.
Tahu2 kang menteri umumkan lepas ni tak perlu renew dah cukup sekali jer mcm buat ic tu laa
Skrg pun kalau lewat renew dah tak perlu pi test jpj kan? Sblm sapa yg lewat kena buat balik lesen kena pi test jpj balik
|
|
|
|
|
|
|
|
thank you uolss atas info
|
|
|
|
|
|
|
|
renew lambat pun, tarikh mati tetap ikut birthday...
gomen tetap x rugi seduit pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Di uk pun kena renew juga tapi meengmbil masa yang lama. Seperti lesen memandu saya akan tamat tempoh dalam masa 25 tahun iatu pada 2040 waktu itu saya akan berumur 78 tahun, Akan tetpi gambar licence mesti di perbaharui setiap 10 tahun sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai sangat ke yg berminat sebenarnya
setakat b penuh tu bayaran dlm seribu je
klu lesen pun dah tak mampu lupakan la nak guna motor 600cc ke atas
maintenance mahal kot |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 2-10-2024 06:57 PM
Di uk pun kena renew juga tapi meengmbil masa yang lama. Seperti lesen memandu saya akan tamat tem ...
Renew gambar after 10 years tu masuk akal la.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|