CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16206|Reply: 4

[Kedah] Sabari seronok dapat dua cucu - Abang

[Copy link]
Post time 1-10-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Sabari seronok dapat dua cucu - Abang


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







ISMAIL bercakap kepada pemberita pada hari kedua pencarian Sabari Baharom. FOTO Wan Nabil Nasir





Jitra: "Saya ada menghantar kiriman WhatsApp kepada Sabari pada malam 4 September lalu kira-kira jam 10 malam (malam mangsa dilaporkan hilang) untuk mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendapat dua cucu tetapi tidak dijawab.

"Kemudian saya cuba hubungi telefon bimbitnya namun juga tidak dijawab tetapi saya tak syak apa-apa kerana anggap dia sibuk," kata Ismail Baharom, 69.

Menurut Ismail, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa ketika itu sebelum dikejutkan dengan berita adik kelapan daripada 11 beradik itu hilang melalui anak saudaranya.

Katanya, pada mulanya dia menyangka adiknya 'hilang' mungkin pergi berubat atau mempunyai urusan lain.

"Tapi selepas dimaklumkan kereta adik ditemui terbakar di Belantik, Sik, saya syak ini perbuatan jenayah.

"Anak-anak mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangannya dan kami sekeluarga menyerahkan siasatan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi pencarian di Sungai Padang Terap, dekat Wang Tepus, hari ini.

Ismail berharap jasad adiknya segera ditemui walaupun Sungai Padang Terap ini panjang, banyak cabang selain airnya laju, dalam dan deras.

Bagaimanapun katanya, mereka sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat hampir sebulan sejak dua hari lalu sehingga jasad ditemui.

"Apapun kami masih menunggu perkembangan lanjut," katanya.

Ismail berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya pada Julai lalu di rumahnya di Kuala Pegang, Baling untuk mengambil durian tetapi langsung tiada perubahan yang berlaku.

Katanya, adiknya seorang yang baik dan ceria dalam keluarga.

"Kami berasal dari Sungai Petani tetapi saya menetap di Alor Setar manakala Sabari pula menetap di Baling.

"Dia seronok dapat dua cucu iaitu anak kepada kepada anak sulungnya, Suraiya Izzati, 29, dan anak bongsunya, Muhammad Amir Hakimi, 25," katanya

Bagaimanapun Ismail gagal menahan sebak apabila mengembangkan tindakan yang dilakukan suspek terhadap adiknya itu.

Media semalam melaporkan, polis mengesahkan pesara Felcra itu dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dalam kenyataan berkata, jasad mangsa bagaimanapun belum ditemui setakat ini dan usaha mencari sedang giat dijalankan.

Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2024 @ 4:05pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1139707/sabari-seronok-dapat-dua-cucu-abang





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2024 04:46 PM | Show all posts
'Suami tidak pernah cerita berkaitan individu disyaki' - Isteri Sabari


Hafidzul Hilmi Mohd Noor[email protected]







SABARI. FOTO Ihsan keluarga





Kuala Lumpur: "Suami saya tidak pernah bercerita berkaitan individu disyaki itu walaupun setiap hari suami menghubungi saya," kata Subhiah Ruslina Shahidi.

Subhiah Ruslina, 57, adalah isteri kepada Sabari Baharom, 62, yang dilaporkan hilang sejak 4 September lalu.

Untuk rekod, individu disyaki merujuk kepada lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kehilangan Sabari.

Subhiah berkata, dia dan Sabari berkahwin pada 2018 dan berhubung jarak jauh disebabkan faktor kerja.

"Memang suami akan datang ke Kuala Lumpur untuk menemui saya, jika tidak dia akan menghubungi saya bertanya khabar dan bercerita aktiviti yang dilakukan.

"Kali terakhir suami menghubungi saya ialah pada Isnin (2 September), dia memaklumkan mahu ke masjid. Tidak pernah dia bercerita berkaitan individu disyaki atau sebarang perniagaan yang dilakukan," katanya dihubungi, hari ini.

Menurut Subhiah Ruslina, dia dimaklumkan berkaitan kehilangan suaminya selepas dihubungi anak tiri yang bertanya berkenaan keberadaan lelaki berkenaan.

"Anak bertanya sama ada ayahnya berada dengan saya atau sebaliknya. Ini kerana, suami pernah berjanji untuk datang ke sini, selepas anak tiri melahirkan cucu.

"Namun saya tidak sangka kehilangan suami berakhir dengan tragedi, saya kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian dan berharap jasad suami ditemukan," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kehilangan Sabari, pesara pegawai kewangan Felcra di Baling, Kedah.

Kehilangan Sabari terjawab apabila polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.

Persoalan itu terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.

Dalam kejadian itu, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Kehilangan Sabari menjadi misteri oleh ahli keluarganya apabila Proton Waja miliknya ditemukan dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun Sabari dilaporkan tiada di tempat kejadian.

Berikutan itu, ahli keluarga mangsa mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang daripada akaun Tabung Haji lelaki itu ke akaun bank individu lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2024 @ 12:58pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1139618/suami-tidak-pernah-cerita-berkaitan-individu-disyaki-isteri-sabari





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2024 04:47 PM | Show all posts
ada isteri lg...ingatkan dah xada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2024 04:50 PM | Show all posts
Kering betul hati suspek ini - Isteri Sabari


Noorazura Abdul Rahman[email protected]







SABARI, gambar fail. FOTO Ihsan keluarga





Baling: "Tergamak mereka (suspek) lakukan kekejaman terhadap suami saya, kering betul hati mereka ini," kata Subhiah Roslina Shahibi, 57, isteri kepada Sabari Baharom, 62, yang dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang sejak 4 September lalu.

Semalam, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra, dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Maklumat itu diperoleh polis hasil pengakuan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang ditahan Jumaat lalu.

Bagi Subhiah Roslina, tindakan suspek mencampak suaminya ke dalam sungai tidak masuk akal, namun yakin apa saja kejahatan yang mereka lakukan itu akan terbongkar.

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, kita sebijak macam mana pun ada kebodohan, kita kalau jahat tidak boleh nak sorok," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita lanjut, Subhiah berkata, dia mengetahui laporan mengenai suaminya itu dicampak ke sungai berkenaan kira-kira 2 petang semalam melalui kumpulan WhatsApp keluarga.

"Pada mulanya, anak saudara suami maklumkan dalam kumpulan (WhatsApp) itu, kemudian anak suami pula beritahu mereka berada di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah) berjumpa dengan Ketua Polis Negeri.

"Dari situ saya dapat tahu suami dibuang ke dalam sungai. Walaupun berat, saya lega kerana selepas 26 hari menunggu, akhirnya ada jawapan. Sekarang, kami hanya menunggu jasad suami ditemukan," katanya yang kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian di Jitra dari Kuala Lumpur.

Subhiah Roslina juga berharap operasi pencarian dipermudahkan dan polis dapat menemukan jasad suaminya atau pun apa-apa sahaja barangan milik suaminya itu.

"Saya berharap apa saja mengenai (pencarian) suami seperti pakaian akan dijumpai meskipun harapannya tipis sebab kawasan itu terjejas dengan banjir yang teruk (sebelum ini)," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh mengesahkan kes orang hilang berkenaan berjaya diselesaikan dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana membunuh.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2024 @ 4:32pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139715/kering-betul-hati-suspek-ini-isteri-sabari





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2024 04:53 PM | Show all posts

Subhiah Roslina bersama suaminya, Sabari yang masih belum ditemui selepas dicampak ke Sungai Padang Terap. Foto ihsan FB Subhiah Roslina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.140385 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list