CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7045|Reply: 2

“Kucing Lalu, Saya Rasa Nak Makan..” – Podcast Zara Zya Dirasuk Makhluk Halus Di Bali Bikin Bulu Roma Netizen Meremang!

[Copy link]
Post time 30-9-2024 11:38 PM | Show all posts |Read mode





Tular sejak hujung minggu lalu mengenai podcast kendalian jurusolek terkemuka Alha Alfa yang menjemput pelakon Zara Zya dalam episod terbarunya.


Dalam episod ‘Misteri Raja Iblis’, Zara Zya menceritakan mengenai Zara Zya diganggu makhluk halus ketika melakukan penggambaran serta kebolehannya melihat jin dan syaitan.


Cerita Zara, dia pernah berperwatakan seperti ular selepas bermimpi dia memakan haiwan tersebut.





"Satu malam itu saya mimpi ular sawa warna kuning dan benda yang saya makan itu adalah ular dan saya bangun pun menjadi ular. Saya tidak boleh berdiri, lembik, merengkok dan buat bunyi ular."


"Kawan sayaadan Datuk Alha laungkan azan di setiap penjuru rumah. Dalam keadaan saya begitu, kawan saya masak tapi saya bukan makan macam manusia normal tapi macam binatang tu. Kucing saya lalu, saya nak makan."


Malah, Alha turut mengakui Zara ada pernah cuba membaham kucing peliharaannya sendiri.


Difahamkan, Zara berdepan gangguan tersebut selama setahun dan masih belum mengetahui punca dan siapa yang melakukan perbuatan gangguan tersebut.


"Benda itu berpanjangan dalam setahun. Sampaikan nak tengok binatang tu pun saya tak boleh.Kalau saya tengok binatang itu saya akan terus jerit dan tak sedarkan diri. Sampai sekarang saya tidak tahu dari mana? kenapa?."





Podcast tersebut ternyata telah membuatkan ramai peminat merinding dan berasa seram dengan pendedahan Zara Zya.


Peminat juga mendoakan Zara cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa.


Sumber –  Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena marah dgn somi tgk podcast ni nak buat camne terjebak. Sure kena abiskan tgk kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu yg mcm ni Saka.. meols Dari kecik mmg dah di pesan kalau dlm mimpi ada org bg apa2 benda warna kuning jgn ambik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.030321 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list