View: 29244|Reply: 7
|
Pengimport diseru turunkan harga ekoran pengukuhan ringgit - Nga Kor Ming
[Copy link]
|
|
IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mahu pengimport menurunkan harga barangan masing-masing susulan pengukuhan ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata, hal itu akan membolehkan rakyat merasai impak kenaikan nilai ringgit yang menjadi antara mata wang yang paling mengukuh.
“Saya selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyeru semua pengimport dapat menurunkan harga supaya rakyat menikmati nikmat daripada kenaikan nilai mata wang kita.
“Adalah perlu supaya pengimport yang telah menikmati kekuatan mata wang dapat kurang dan turunkan harga supaya rakyat betul-betul rasa nikmat daripada usaha kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Biasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak di sini hari ini sebagai Naib Pengerusi DAP.
Ringgit mengakhiri minggu lalu pada RM4.11 berbanding dolar AS, sekali gus merupakan nilai tertinggi sejak Jun 2021.
Sementara itu mengenai Belanjawan 2025, Kor Ming berkata antara inisiatif yang dikemukakan oleh kementeriannya ialah Deposit Madani iaitu usaha untuk membantu golongan muda memiliki rumah pertama.
Jelasnya, cadangan itu adalah dengan menyediakan kemudahan deposit sehingga RM30,000 maksimum dengan harga rumah tidak melebihi RM500,000.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mau. Kenapa kena turunkan harga kalau bole untung lebih... - Dragon Pengimport |
|
|
|
|
|
|
|
importer ni bukan mostly supporter korang ke dulu?
berani ke nak caras tokeh tu atau sekadar nak buat gimik prihatin je ni? |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah. memang patutnya begitu. dia pakai alasan yg sama untuk naikkan harga bila tak boleh dah maka kena turunkan harga. |
|
|
|
|
|
|
|
takyah kata tauke besar..makcik jual ayam penyet tepi jalan pun takkan turun harga punya
sama je belaka 2x5..bab naik harga je yg laju,time kjaan suruh turun harga semua pakat krikk2
|
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 kali pegi jaya.. dr usd ringgek 4.8 sampai la usd ringgek 4.1 ni..rega blueberries sama jahhh rm9.90/pkt
kut la kata depa stock 2,3 bulan.. mana aderr.. perishable cam buah2 sayoq tu salu 2,3 hari jeeee import, so by right turun dah la kann
tp biasa la.. menda yg dah naik.. takde yg turun pun kecuali ujan rahmahhh madani madanon
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda dah naik mmg takkan turun.pastu bila pengimport ni kaya raya suruh bayar cukai lebih taknak plak. Nk implement gst pi guling2 tgh jalan |
|
|
|
|
|
|
| |
|