CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22117|Reply: 8

[Tempatan] LANGSUNG | Tak rasmi: BN pertahan Mahkota. #2, 3#, [TIDAK RASMI] PRK DUN MAHKOTA: BN menang besar, Majoriti 20,609 undi, 4 kali ganda berbanding PRN 2022

[Copy link]
Post time 28-9-2024 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 28-9-2024 12:44 PM

LANGSUNG | Tak rasmi: BN pertahan Mahkota

https://www.malaysiakini.com/news/720870

Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan:  Sep 28, 2024 6:18 PM
Dikemaskini: 8:02 PM



Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota bagi menentukan siapakah wakil rakyat baru di kawasan itu bakal diketahui malam ini.

Malaysiakini membawakan laporan secara langsung keputusan PRK berkenaan.

7.50 malam - Prestasi PN dalam PRK Mahkota merosot berbanding pada PRU ke-15.

Tanpa mengira undi awal dan pos, PN memperoleh 6,134 undi hari ini mengikut keputusan tidak rasmi.

Sebagai perbandingan, semasa PRU15 dalam perebutan kerusi Parlimen Kluang, PN memperoleh 8,750 undi. Ini menunjukkan penurunan 29.8 peratus undi.



7.35 malam - Di sebalik kemenangan besar BN, terdapat petunjuk ketara bahawa ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi di Mahkota.

Bandar Tengah ialah kawasan pilihan raya bukan Melayu terbesar di Mahkota, dengan kaum Cina membentuk hampir 80 peratus daripada pengundi.

Bagaimanapun, dengan kesemua enam peti undi dari daerah itu dikira, hanya 1,335 undi dibuang di situ mengikut keputusan tidak rasmi yang mana 1,212 daripadanya diraih BN.

Sebagai perbandingan, 1,925 undi telah dibuang di Bandar Tengah semasa pilihan raya umum ke-15, dengan Pakatan Harapan meraih 1,442 dan BN 349.

Tahap sokongan PN di Bandar Tengah secara relatifnya tidak berubah, daripada 129 pada PRU15 kepada 123 pada PRK hari ini.

Peratusan keluar mengundi juga lebih rendah di daerah bukan Melayu lain seperti Taman Lian Seng dan Indah Jaya.

7.25 malam - Prestasi BN dijangka menafikan tanggapan pengkritik dan ramalan keputusan PRK Mahkota.

Keputusan tidak rasmi daripada kem BN menunjukkan bahawa dalam kemenangan besar mereka, BN juga berpotensi menyapu bersih semua 18 daerah mengundi di Mahkota, selain undi awal dan undi pos.

Pada pilihan raya umum sebelum ini, semasa pengundian bagi kerusi parlimen Kluang, PN memenangi tiga daerah mengundi, Kampung Melayu I, Kampung Melayu II dan Sri Tengah, selain undi awal.

BN menawan daerah tersebut dengan selesa. BN juga nampaknya telah membalikkan kelebihan PN di Kampung Baru, sebuah daerah yang menjadi sasaran pakatan pembangkang.



7.15 malam - BN secara tidak rasmi memenangi pilihan raya kecil Mahkota.

Gabungan itu telah mengumpulkan lebih 19,000 undi mengikut keputusan tidak rasmi.

Ini jauh melebihi unjuran semasa untuk separuh undi yang perlu diraih berdasarkan peratusan keluar mengundi 55 peratus.



6 petang: Proses kiraan undi bermula dengan kesemua 20 pusat mengundi dan 109 saluran ditutup tepat jam 6 petang.

Keputusan tidak rasmi setakat ini menyaksikan BN mendahului dengan memperoleh 3,119 undi awal berbanding PN yang meraih 1,088 undi.

Undi awal kebanyakannya datang dari kem tentera Mahkota, antara yang terbesar di Johor.

Sementara itu, peratusan keluar mengundi untuk PRK hari ini nampaknya terjejas oleh cuaca.

Wartawan Malaysiakini yang melalui Taman Suria menemui paras air di beberapa bahagian melebihi paras buku lali.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon kerajaan perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah dan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.

DUN Mahkota memiliki 61,247 pemilih berdaftar dengan 56 peratus daripadanya terdiri daripada Melayu, diikuti Cina (34 peratus), dan India (lapan peratus).

Pengundian awal berlangsung pada 24 Sept lalu membabitkan 4,437 pengundi terdiri daripada anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing.

Pengundi di DUN Mahkota terdiri daripada 56 peratus Melayu, diikuti Cina (34 peratus), dan India (lapan peratus).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun berkata Keputusan PRK hari ini dijangka diketahui seawal jam 9 malam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2024 08:23 PM | Show all posts
[TIDAK RASMI] PRK DUN MAHKOTA: BN menang besar

https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... ta-bn-menang-besar/

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
28 September 2024, 8:00 pm


Penyokong BN bersorak kegembiraan apabila banyak saluran Pusat Daerah Mengundi dimenangi calon BN, Syed Hussien pada PRK DUN Mahkota, Kluang hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KLUANG – Barisan Nasional (BN) menang besar dengan majoriti 19,028 ketika penjumlahan undi setakat pukul 7.45 malam.

Calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah mendahului dengan memperolehi undi sebanyak 25,775.

Manakala rakan pencabarnya dari Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar meraih undi 6,747.-KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2024 08:43 PM | Show all posts
(TIDAK RASMI) Majoriti 20,609 undi, 4 kali ganda berbanding PRN 2022

https://www.bharian.com.my/berit ... berbanding-prn-2022

Oleh Mohd Fahd Rahmat - September 28, 2024 @ 8:06pm
[email protected]


Penyokong dan petugas BN yang berkumpul di Command Centre BN Taman Sri Kluang meraikan kejayaan ketika keputusan undian PDM dipaparkan pada papan elektronik. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) melakar kemenangan besar di Dewan Undangan negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti 20,609 undi, empat kali ganda berbanding dicatat parti itu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) dua tahun lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika berkongsi data itu berkata, ia hasil kiraan undi tidak rasmi semua 121 saluran peti undi bagi Pilihan raya Kecil (PRK) DUN Mahkota sebentar tadi.

"Secara tidak rasmi, setelah seluruh saluran 121 dikira. BN mendapat undi 27,941 dan PN 7,332!

"Dengan ini, BN telah memenangi PRK N.29 DUN Mahkota dengan majoriti 20,609 (undi)" katanya mellaui muat naik di Facebook.

Pada PRK DUN Mahkota, BN diwakili Syed Hussien Syed Abdullah, manakala Perikatan Nasional (PN) diwakili Mohamad Haizan Jaafar.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022, Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi dalam saingan empat penjuru bersama calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan berdasarkan lima pilihan raya yang berlangsung sejak itu menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 11:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 29-9-2024 12:34 AM

Salam 20k..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 11:45 PM | Show all posts
rugi la.. x masuk sorgaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Next PRU memang meols takkan mengundi selagi Parliment Hung, dan UMNO wujud dalam kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 12:55 AM | Show all posts
MIMPI jika anda berharap bahwa kehidupan anda akan lebih baik jika UMNO atau parti-parti melayu lainnya MENANG di di DUN ini .......Hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2024 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok..Un, ke gua minggu depan…sila sila

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040598 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list