CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21027|Reply: 147

[Tempatan] Pendakwah selebriti PU Azman kena penjara 24 tahun kes amang seksual remaja 17 tahun. #4, [VIDEO] PU Azman dijel 24 tahun, 2 sebatan amang remaja

[Copy link]
Post time 27-9-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-9-2024 04:08 AM

PU Azman kena penjara 24 tahun kes amang seksual remaja 17 tahun

https://www.bharian.com.my/berit ... ual-remaja-17-tahun

Oleh Suraya Roslan - September 27, 2024 @ 11:32am
[email protected]


Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman kena penjara 24 tahun kes amang seksual. - Foto NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah menjatuhkan masing-masing 12 tahun penjara dan satu sebatan bagi dua pertuduhan yang berjalan berasingan.

Mahkamah juga menetapkan Azman Syah, 43, menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Pada 26 Disember tahun lalu, Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Azman yang turut dikenali sebagai Cik Man turut berdepan sembilan pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 11:59 AM | Show all posts
apa yg dimaksudkan dengan amang seksual yang telah beliau lakukan sampai kena 24 tahun penjara (12x2). Adakah sama seperti meliwat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Disebabkan nafsu... padahal dia boleh hidup senang, job banyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2024 12:06 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 27-9-2024 04:09 AM

[VIDEO] PU Azman dijel 24 tahun, 2 sebatan amang remaja

https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... batan-amang-remaja/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
27 September 2024, 11:36 am

  


PU Azman ketika hadir di Mahkamah Sesyen Klang hari ini. Foto oleh Afiq Razali/Kosmo!

KLANG – Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman di hukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dua tahun lalu.

Hakim Noridah Adam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Azman Syah, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah diakhir pembelaan kes itu.

Bagi pertuduhan pertama hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan manakala pertuduhan kedua jumlah penjara sama dan satu sebatan yang mana hukuman itu berjalan secara berasingan.

Mahkamah juga turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tertuduh selepas selesai hukuman.

Sebelum ini, Azman Syah diperintah membela diri pada Disember tahun lalu atas dua pertuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ayuni Jamri, Nurul Izzati Mohamad dan Zahida Zakaria manakala Azman diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad.

Azman Syah turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang. – KOSMO! ONLINE


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:07 PM | Show all posts
umo 60 lebih baru keluar nanti ye.. mmg patut kena dok dlm jel tu sbb kalau dibiarkan dok luar ntah berapa banyak manusia lagi dia akan rosakkan. seram baca macamana dia groom mangsa. geli pun ada. sungguhlah penunggang agama. dulu i suka dengar dia kat radio.. sayang ada masa depan yg cerah sebagai pendakwah, tapi sendiri yang menghancurkan masa depan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tunggu komen2 dr pedo- enablers
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku pelik kenapa la dia x kawen2.sbbnyer kebanyakan ustaz selebriti ni masing2 dah kawen
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 27-9-2024 11:59 AM
apa yg dimaksudkan dengan amang seksual yang telah beliau lakukan sampai kena 24 tahun penjara (12x2 ...

Ni yg SG jumpa dlm google

“Amang seksual atau sexual assault berlaku apabila anda dipaksa, ditekan atau ditipu untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti seksual termasuk memegang, mencium atau melakukan seks tanpa kerelaan.

Amang seksual juga merupakan satu bentuk gangguan seksual. Sekiranya seseorang memaksa anda untuk mencium atau bertindak memegang anda tanpa rela, ia boleh dikira sebagai amang seksual dan gangguan seksual.

Selain itu, amang seksual juga termasuk perbuatan lain seperti sentuhan yang tidak sepatutnya, merogol atau memaksa anda melakukan aktiviti seksual.”

So rogol pon termasuk dlm amang seksual

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 12:24 PM | Show all posts
Elok lah hukuman berat,sbg seorang yg membawa imej agama.
Menggunakan agama demi kepuasan nafsu.
Moga Insaf.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 27-9-2024 12:27 PM
black_handbag replied at 27-9-2024 12:07 PM
umo 60 lebih baru keluar nanti ye.. mmg patut kena dok dlm jel tu sbb kalau dibiarkan dok luar ntah  ...


Mmg mereput dlm penjara ni. Lepas ni mesti proceed dgn mahkamah rayuan

Lepas ni ada lagi 9 pertuduhan belum dibicarakan:

“ Azman Syah turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.”


Masakkkkk wehhh.

Ni yg di repot, yg di senyap kan x tahulah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:27 PM | Show all posts
ni baru 2 kes. kes yang lain tu belum selesai?

ada peluang sampai mati dlm jel nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 27-9-2024 12:22 PM
Ni yg SG jumpa dlm google

“Amang seksual atau sexual assault berlaku apabila anda dipaksa, ditek ...

ciannnn sapa nama Amang

kalu ganu aman jadi amang
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:31 PM | Show all posts
honam replied at 27-9-2024 11:59 AM
apa yg dimaksudkan dengan amang seksual yang telah beliau lakukan sampai kena 24 tahun penjara (12x2 ...

makcik baca kat fb akhi fairuz, dia tulis :

Dan lebih parah, simpati netizen kepada PU Azman. Sampai terlupa nasib yang menimpa mangsa. Ingat ya, kes ni beliau yang grooming budak untuk liwat dia tau. Gila!!




Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:36 PM | Show all posts
Idol dia, Lee Dong Wook tu sama jugak kah seksualitinya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak liwat tapi minta diliwat? Kalau dia cari kat luar tu ramai je gay dewasa yang sudi. Kalau main budak bawah umur memang la salah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zezo at 27-9-2024 12:46 PM

Wow.

Never mess with underage. Aku anggap je org yg kasihan tu, jenis bodoh dan ignorant. Org² cmtu  perlu bolayan pendapat dorg. Tapi at least, ramai dh tahu la, jgn messing dgn underage. Dulu² dorg jenis malas bc newspaper. Skrg tools dlm sebaran maklumat dh berubah, jd ramai sedar dan maka itu, kita dengarlah so-called enabler yg bengap.

Di hollywud kes p.diddy. Even mahkamah dorg denied USD50juta bail ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa2 itteww relax2 jah layan gay porn kat pornhub sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tt ramai je kaum hawa yg bekap pu azman nih sampai ckp pitenah akhir zmn sama mcm diorg bekap sorang drebar tu....pun grooming bdk bwh umur jugak
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sgt bontot disontot, last2 kena sebat 2x
Semoga bertaubat la kan, dah lama kat dlm tu nnt
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila jijik perangai grooming bebudak utk liwat dia, elok la mereput di penjara.....silap2 kena toron kt dlm penjara ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.259143 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list