CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10010|Reply: 24

[Tempatan] Guru disiplin, Shahzalina Ghazali kata Ibu bapa jangan percaya anak-anak sepenuhnya.Mereka talam dua muka.Depan baik, belakang keluar taring.Anda tak setuju?

[Copy link]
Post time 26-9-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SESETENGAH ibu bapa merasakan sudah cukup mengenali anak-anak kerana mereka yang membesarkan cahaya mata sedari kecil sehingga kini meningkat remaja



Tingkah laku anak-anak yang baik di rumah juga menjamin perangai mereka ketika berada di luar.

Namun, tidak semua begitu. Pergaulan dengan rakan sebaya sedikit sebanyak telah mengubah perangai anak-anak ini sekali gus menjadikan mereka seolah individu yang berbeza daripada yang dikenali oleh ibu bapa.

Keadaan seperti ini mengelirukan ibu bapa yang bersungguh-sungguh memenangkan anak-anak ketika mereka tertangkap melakukan kesalahan di sekolah. Itulah yang dihadapi sendiri oleh guru disiplin, Shahzalina Ghazali yang menceritakan kembali di laman Facebook miliknya.

“Saya guru disiplin yang dilantik secara rasmi mulai tahun ini. Setakat enam bulan persekolahan, memang selalu sangat berjumpa ibu bapa yang sangat defensif dan sentiasa memenangkan anak-anak mereka.Cikgu salah. Anak saya baik. Saya kenal anak saya bagaimana.

“Ramai ibu bapa tak faham atau saja-saja buat tak faham, mungkin. Sesetengah anak ni, depan ibu bapa sikapnya lain. Di sekolah keluar taring. Sekurang-kurangnya, janganlah kata yang cikgu ni menipu atau saja nak kenakan anak dia.

“Apa, kau ingat anak kau terpaling bagus, hebat sampai cikgu tak ada kerja lain nak kenakan anak kau saja? Ini bukan drama sendu pukul 7 petang,” luah beliau.

Beliau juga menitipkan teguran supaya jangan terlalu manjakan anak sehingga boleh mengakibatkan masa depan yang buruk.

Cikgu ke sekolah untuk mengajar. Saya sendiri ada 32 waktu seminggu, 8 kelas nak diajar. Tingkatan satu Sejarah ada 8 bab. Tingkatan dua Sejarah ada 10 bab. Saya tak ada masa untuk berdrama. Masa saya suntuk dan saya mahu gunakan masa saya sepenuhnya untuk MENGAJAR. Bukan untuk uruskan kes disiplin semata-mata.

“Saya ucapkan takziah buat ibu bapa yang terlalu memanjakan anak, defensif dan tak menyokong usaha sekolah mendisiplinkan anak, sehingga akhirnya melahirkan sampah masyarakat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga akui teguran yang dibuat kerana sayang dan menganggap mereka ibarat anak sendiri serta hanya menjalankan tugasan sebagai guru.

“Seperti yang saya katakan kepada pelajar saya, saya marah dan tegur kerana saya kisah dan sayangkan kamu ibarat anak-anak saya sendiri. Bila saya sudah tak peduli lagi, lihat muka kamu pun saya akan buat tak kenal.

Yang penting saya sudah laksanakan tugas saya sebagai guru.

“Kena ingat, keibubapaan yang buruk akan menghasilkan anak-anak yang bermasalah,” ulasnya.

Apapun, selidik dahulu sebelum menangkan anak-anak. Kadangkala mereka sembunyikan perangai mereka yang 'nakal' itu daripada ibu bapa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 08:51 AM | Show all posts
setuju. Tak kira siapa pun. tak de orang nak cerita keburukan dia. semua elok2. kalau ada cikgu atau kawan2 komplen, siasat dulu. Kita rasa kita kenal anak kita tapi ada sidi dia yang kita tak tau. Bila anak dah besar, masa dia lebih banyak habis dengan kawan2 dari kita.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam cite anakku sazali...

Pak percaya tak? Percaya nakkk

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:33 AM | Show all posts
Sungguh la benar.
Apa pun siasat dulu kalau anak mengadu apa2.
Jgn percaya bulat2.
Di sekolah mmg guru2 lagi tau perangai anak mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:36 AM | Show all posts
setuju. jangan ambil bulat2 apa yang anak cakap. siasat juga betul ke apa yang dia kata.

Tapi, kita juga kena ajar anak supaya bercakap benar, ada integriti.   
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:41 AM | Show all posts
dlm ape jua masalah, kena dengar kedua-dua belah pihak...human tends to be bias
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju. Kawan ku sampai skrg terkesan parents begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:01 AM | Show all posts
setuju je...
kena dengar cerita 2 belah pihak, tak kira anak tak anak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 11:52 AM | Show all posts
teringat ke kat setia alam ni
mak dia viral konon anak kena kidnap la apa la
anaknya cite macam tu
rupanya lepas kes tu viral
ada pasangan husband wife ni cakap
budak tu sebenarnya melilau2 otw ke SCM
pastu jumpa dengan dorang, dorang ajak ke caltex ke petron area sini la
pastu budak tu cop dorang tu kidnap dia
mak dia gigih la salahkan orang berbanding anak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 03:40 PM | Show all posts
cattiecute replied at 26-9-2024 11:52 AM
teringat ke kat setia alam ni
mak dia viral konon anak kena kidnap la apa la
anaknya cite macam tu

budak tu usia berapa tahun. ? pandai menipu kecik2?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 03:58 PM | Show all posts
eragon replied at 26-9-2024 03:40 PM
budak tu usia berapa tahun. ? pandai menipu kecik2?

darjah 3 -4 gitu
ceritanya dorang rumah taman2 area sini la
pastu budak tu p mengaji kat surau yang katanya dekat2 tepi2 rumah je
tak sure kenapa budak tu p melilau sampai jalan nak ke SCM tu ha
pastu kata kena kidnap maybe takut mak pak marah kot p melilau merata
tapi budak tu ngaku kat pasangan tu katanya dia nak lari dari rumah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute replied at 26-9-2024 03:58 PM
darjah 3 -4 gitu
ceritanya dorang rumah taman2 area sini la
pastu budak tu p mengaji kat surau yan ...

Takpe. Bdk ni skrg dia 'menang' lah. Akan ada kecenderungan ulang lgi perangai yg menipu tu. Kali ni mak ni leh salahkan org lain. Tgu je lah anak dia buat hal lgi. Tak mungkin bdk ni akan jumpa org yg baik2 mcm pasangan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 04:14 PM | Show all posts
makita replied at 26-9-2024 04:10 PM
Takpe. Bdk ni skrg dia 'menang' lah. Akan ada kecenderungan ulang lgi perangai yg menipu tu. Kali  ...

tau takpe.
sampai pagi2 esoknya
GB sekolah setia alam tu buat msg ws yang share2 tu inform ada kanak2 disyaki nak diculik
kesian gila sapa yang kena scam
then baru la viral kat tiktok kata pasangan ni jumpa
chuols try cari kat tiktok kalau video couple tu explain ada lagi tak
kalau iols anak iols gitu
memang mampus dah kena
kecik2 dah pandai menipu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nih masa kecik selalu menipu...tapi dpt lepas hahahahah so aku pun x de percaya bulat2 anak aku ...kita kan pernah merasa zaman kecik....xkan xleh fikir hehehege
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 04:30 PM | Show all posts
kita pun penah kecik..dulu dpn mak ayah pun menunduk
bila dgn kwn2 mula keluar taring
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu cikgu ada mesej iols..sebab anak iols bergaduh dgn classmate
Iols cakap sorry lah dan minta anak iols minta.maaf sama2 dgn kawan dia .
Cikgu ckp dah selesai..biasa la budak2 lelaki..

Rupanya sebab mulut..masing2 ngata.masing2..
Sabo jelah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_almondpecan at 26-9-2024 07:06 PM

Ada kemungkinan betul. Ibu bapa pasti tahu dan faham dari pengalaman sendiri sebab mereka pun sama masa kecik. Jadi mungkin harus lebih memahami kenapa anak2 berkelakuan macam tu. Adakah berpunca dari ibu bapa? Kena imbau balik zaman budak2 dulu kenapa kita berkelakuan talam dua muka. Kalau kita rasa masa budak2 dulu kita tak macam tu dan kita budak paling baik, maka chances are, kitalah punca anak2 terpaksa sembunyikan banyak benda dari kita.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 08:07 PM | Show all posts
Memang ada ibubapa tak ada kemampuan untuk memahami perangai anak mereka.

Apa jadi, mereka sangat defensif bila guru atau siapa sahaja memberitahu anak mereka melakukan pelanggaran disiplin sekolah atau buat kesalahan.

Ibubapa kena sedar, jika anak mereka lakukan kesalahan, tetapi ibubapa membela mereka bermati-matian, anak itu akan menyimpulkan diri dia tak bersalah wpun telah melakukan kesalahan... jangan menyesal bila anak itu nanti tak ada kemampuan mengenal antara baik dan buruk.. ini keibubapaan yg teruk

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 26-9-2024 06:30 PM
Hari tu cikgu ada mesej iols..sebab anak iols bergaduh dgn classmate
Iols cakap sorry lah dan minta  ...

Yeah. Iols pun gini. Minta maaf kat cikgu atas ketidaksopanan anak iols, dan srh dia minta maaf dgn kawan, setel. Sebab tu iols kadang2 ada tanya cikgu perangai anakniols mcm mana di sekolah. Sama tak dgn di rumah. Anak ni dekat rumah murni dekat sekolah tu ha keluar perangai sebenar. Alhamdulillah setakat ni anak iols bawa 1 watak je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
toteng replied at 26-9-2024 08:27 PM
Yeah. Iols pun gini. Minta maaf kat cikgu atas ketidaksopanan anak iols, dan srh dia minta maaf dg ...

Hehe..
Anak iols sorang ni jenis diam
Yang sorang lagi ni jenis ligat...
Astaga...yang ligat ni kejap2 gi tandas dgn kawan..
Hahaha...
Geram.je iols..
Sabo jelah kan..mcm2 perangai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047118 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list