CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13262|Reply: 6

‘Saya memang nak bersara tapi arwah adik tak izinkan’ - Hattan

[Copy link]
Post time 25-9-2024 08:20 AM | Show all posts |Read mode





Penyanyi Datuk Hattan membatalkan hasrat bersara dari dunia hiburan seperti disuarakan sebelum ini selepas ‘ditegah’ adiknya, Allahyarham Muhammad Hatta Shahabudin.


Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 60, berkata, kejadian itu berlaku pada malam sebelum adiknya itu disahkan meninggal dunia sekitar April lalu.


“Saya memang nak bersara tetapi malam sebelum arwah adik meninggal dunia dia macam beri pesanan terakhir kepada saya.


“Kemudian dia kata: Saya dengar awak nak bersara. Kenapa perlu bersara? Allah dah berikan suara dan bakat kepada kamu.


“Dia tak pernah ‘sound’ saya begitu tetapi malam itu dia sangat serius dan dia memang larang saya bersara,” katanya kepada HibGlam selepas sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion di sini, hari ini.


Tambah pelantun lagu Kepadamu Kekasih itu, dia juga kini menjaga dan membiayai pendidikan anak arwah adiknya iaitu Mikael Hatta yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jerman.


“Kini, saya tak jadi bersara dan akan teruskan karier sebagai penyanyi seperti biasa. Sekurang-kurangnya, saya boleh bantu biaya pendidikan anak dia.


“Alhamdulillah, dia (Hatta) anak yang bijak dan akan lanjutkan pelajaran ke Jerman tak lama lagi selepas meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tempoh hari.


“Anak arwah juga kini berada di bawah tanggungjawab saya,” ujarnya.


Terdahulu, Hattan pada Januari lalu mengumumkan mahu menoktahkan karier nyanyian.


Alasannya adalah kerana ingin berehat selepas tiga dekad mengabadikan diri sebagai anak seni.


Sumber :- KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Family dia memang bijak2 yer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 11:38 AM | Show all posts
Anak sdr dia tak boleh mohon biasiswa/PTPN ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 03:46 PM | Show all posts
“Kemudian dia kata: Saya dengar awak nak bersara. Kenapa perlu bersara? Allah dah berikan suara dan bakat kepada kamu".

jarang2 org dah nak meninggal suruh teruskannyanyi, paling tidak suruh dekatkan diri dgn Tuhan.. ke ni alasan rekaan kau taknak berhenti nok...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 05:23 PM | Show all posts
haritu gimik jah nak lariskan tiket show heols konon2 show terakhir lah...
ella dgn nek ani dah buat heols follow ler...
kowser... takleh lupa masa heols sound pembaca berita awani dolu tu... bajet bagussss
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 25-9-2024 03:46 PM
“Kemudian dia kata: Saya dengar awak nak bersara. Kenapa perlu bersara? Allah dah berikan suara dan ...

Tula...3 kali acik noor ulang baca...biar betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh gitu...taklah kaya mana dia dan adik dia.. sampai nak kena sponsor anak sedara pun takde duit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.373210 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list