View: 27042|Reply: 9
|
Malaysia antara lima destinasi popular pelancong China pada Minggu Emas - Minggu Emas disambut dua kali setahun di China
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Malaysia meraih tempat dalam senarai lima destinasi dengan carian tertinggi oleh pelancong China pada Minggu Emas tahun ini bersama Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Indonesia, demikian menurut platform pelancongan digital Agoda.
Agoda mengumumkan terdapat peningkatan sebanyak 137 peratus berbanding dengan tahun lalu dalam jumlah carian penginapan antarabangsa dalam kalangan warga China untuk Minggu Emas yang bakal menjelang.
Minggu Emas kedua China tahun ini bakal berlangsung dari 1 hingga 7 Oktober.
Ia merupakan tempoh perjalanan utama bagi keluarga China yang ingin memanfaatkan percutian selama seminggu.
Minggu Emas disambut dua kali setahun di China iaitu sekitar Tahun Baharu Cina dan Hari Kebangsaan China.
Naib Presiden Kanan, Bahagian Bekalan di Agoda, Andrew Smith, berkata peningkatan dalam carian untuk perjalanan antarabangsa pada Minggu Emas menunjukkan peningkatan dalam keyakinan warga China untuk menerokai destinasi antarabangsa.
"Kami berasa teruja apabila melihat destinasi berhampiran dengan pantai timur China seperti Seoul dan Osaka, serta tempat percutian kegemaran Bangkok dan Bali yang lebih jauh ke selatan menarik minat pelancong China.
"Di samping itu, daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong China semakin meningkat telah terbukti dalam tempoh percutian utama ini.
"Dengan kelebihan rangkaian hotel Asia yang unik, Agoda komited untuk membantu pelancong China untuk menikmati percutian ke seluruh Asia dengan harga yang lebih murah dan tawaran bernilai hebat," katanya dalam satu kenyataan.
Agoda terus membantu pelancong dengan menawarkan lebih 4.5 juta tempat penginapan percutian di seluruh dunia, lebih 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti liburan, yang kesemuanya boleh digabungkan dalam satu tempahan yang sama dengan mudah.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
minggu emas = golden week ke?
oo ingatkan kat jepun je ada golden week |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 28-9-2024 06:19 AM
minggu emas = golden week ke?
oo ingatkan kat jepun je ada golden week
Meols pun ingat kat Jepun ja hada. |
|
|
|
|
|
|
|
hat jepun end april to 1st week may ke mcm tu
kena mark calendar sesiap.. jgn pegi time ni , smua mahal + bersesak2
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 28-9-2024 02:32 PM
hat jepun end april to 1st week may ke mcm tu
kena mark calendar sesiap.. jgn pegi time ni , smu ...
Kalau mcm tu kena mark juga golden week prc ni. Kalau pegi prc time golden week ni, maybe sesak dan mahal la juga kan. Sbb bukan semua rakyat nya keluar negara |
|
|
|
|
|
|
|
Thailand sebab Phuket, Indon sebab ada Bali.
Malaysia sebab nak pi Langkawi ka, really?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape datang?
Tak payah datang
Malaysia jem teruk
Buang masa atas jalan je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 29-9-2024 08:55 AM
Good news for Malaysia ......
Bukankah hal ini yang anda harapkan agar lebih banyak lagi orang brbangsa china datang dan menetap serta mendapatkan IC Malaysia ... Apalagi jika mereka yang datang mempunyai skill tinggi, talented, punya wang dan business oriented ...
Lupakan rasa benci dan hina kalian kepada mereka karena rakyat berbangsa china itulah yang telah terbukti "membangun dan mengangkat" nama baik Malaysia di mata duna .. sebaliknya bangsa melayu yang klaim menjadi "Land Lord Tanah Melayu" dengan "Status istimewanya" malah merusaknya ..... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
uh harus sis.. pi telend sis.. sana takdak golden week bagai
|
|
|
|
|
|
|
| |
|