CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13433|Reply: 11

Gaji RM2,200, dalam rumah pegawai rendah imigresen ada RM800,000

[Copy link]
Post time 21-9-2024 09:25 AM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar ‘kemewahan’ dua pegawai rendah Jabatan Imigresen (JIM) Gred KP22 dan KP19 selepas menemui hampir RM800,000 wang tunai di kediaman suspek yang disyaki hasil aktiviti counter setting.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, serbuan yang dilakukan di Pahang dan Melaka itu adalah siasatan susulan berhubung penglibatan pegawai penguat kuasa dalam sindiket membawa warga asing ke negara ini melalui saluran tidak sah.


Daripada jumlah itu katanya, RM518,250 wang tunai telah ditemui di bilik tidur pegawai kanan wanita JIM Gred KP22 yang di­simpan di dalam bagasi di bilik tidur rumahnya di Pahang.


Selain itu, sejumlah RM248,443 lagi wang tunai turut ditemui di­sorok di bawah katil bilik utama pegawai imigresen lelaki Gred KP19 yang berada di Melaka.


Untuk rekod, gaji pegawai imigresen Gred KP22 adalah sekitar RM2,200 hingga RM4,700 sebulan, manakala pegawai Gred KP 19 adalah sekitar RM1,300 hingga RM4,000.


“Jumlah wang tunai yang ditemui di kediaman kedua-dua pegawai berkenaan merupakan sebahagian daripada RM1.49 juta wang tunai yang disita ­terhadap penguat kuasa yang terlibat sindiket counter setting,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam.







Beliau menambah, SPRM turut menyita sebanyak AS$9,900 (RM41,990) serta 5,470 Bath (RM696).


“Selain wang tunai, kita juga menyita 22 unit kenderaan ­pelbagai jenis iaitu sembilan kereta dan 13 motosikal.


“Sebanyak 27 keping dinar emas seberat 575.75 gram ­dengan anggaran nilai melebihi RM200,000 turut disita daripada pegawai imigresen kanan Gred KP22 di Negeri Sembilan,” kata­nya lagi.


Azam memberitahu, SPRM te­lah menyita lebih 75 utas barang kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket dan subang selain 12 jam tangan pelbagai jenama.


“SPRM membekukan seba­nyak 215 akaun bank milik 16 syarikat dan 84 individu dengan nilai pembekuan melebihi RM3.6 juta,” katanya.


Dalam pada itu, Azam ­berkata, seorang pegawai kanan JIM yang juga dalang utama kepada sindiket counter setting terbabit dijang­ka dituduh di mahkamah pada awal Oktober depan selepas SPRM melengkapkan laporan siasatan.





Katanya, lelaki berusia awal 40-an yang disifatkan sebagai individu berpengaruh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu diberkas SPRM pada 5 September lalu selepas dipercayai melarikan diri sebaik operasi bermula.


“Dia salah seorang yang kita tangkap (dalang utama), dia mengawal lebih kurang 50 ­pegawai sebab dia yang berpengaruh, dia focal person untuk menjadi perantara.


“Ia supaya pegawai imigresen terlibat melaksanakan apa yang diarahkan oleh beliau,” katanya.


Kosmo! sebelum ini melapor­kan, seramai 12 individu terma­suk lima penguat kuasa sebuah agensi pengutkuasaan telah ditahan oleh SPRM pada 20 Ogos lalu selepas terlibat dalam sindiket penyeludupan dengan melepaskan warga asing di pintu ­masuk negara tanpa perlu melalui pemeriksaan sejak 2022.


Antara warga asing yang ­sering dibawa masuk menerusi modus operandi counter setting di lapangan terbang itu adalah dari ­Myanmar, Bangladesh, ­Indonesia, India, Pakistan dan Nepal.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 09:49 AM | Show all posts
lepas tu semua staff jadi balaci ker???
tak berani nak bersuara??
puihhhh.... ini mesti la staff pun dapat benefits!!!
play victim la pulak...

patut pun banyak perangai staff JIM tu mcm siyallll...
makan duit haram.. patut pun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni dah lama pun
Bila pendatang tu sampai airport agent akan bagi info counter mana patut pergi..dkt counter tu pegawai jim dah sedia maklum kehadiran pendatang2 ni..
Sekali setting 5k ke atas..ini harga 10 tahun dulu lah..
Baru skrng dpt hidu aktiviti ni ke..ayomaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pengkhianat..org mcm ni, xpatut dibiar hidup..atau pergi je la humban dekat pulau mana2 yg terpencil..pastu pandai la ko mcm mana nak mulakan hidup..sbb ko adalah pengkhianat dan xbersyukur...

Bkn agensi ni aja..mn2 agensi, byk yg xamanah dr amanah...kdg pula, org bawah sedaya upaya bersikap amanah dan berintegriti..tp dpt pula ketua mcm cilaka...siap ugut2..terutama melibatkan SPheRerMmm..bila org bawah xnk ikut arahan dia yg membahayakan diri..dia sedapla duk bg arahan je..bkn dpt bahaya apa pun...terus diugut..kalau xbuat, korg akan direport SPheRrMm dan dibuang keje, xde gaji xde pencen....dasar gila khinzir....ini cerita emo den yg betul berlaku..bkn den bikin cerita, bikin romantis... romantis kepala otak berjambul... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kata la kalau mmg pecah amanah, tp bila ambush opis/rumah org tlibat, duit tak jumpa, kes kira cancel/takde kes ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow

Just

Wow
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut lucut kewarganegaraan. Letak di pulau jerjak. Baru ada akai kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebabian sangat geng2 pemakan rasuah rata2 orang gomen ni memang kebabian sangat.. eloklah mampussss cepat korang ni semua..iols cakap untuk yang jahat je tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 21-9-2024 12:55 PM
Mmg pengkhianat..org mcm ni, xpatut dibiar hidup..atau pergi je la humban dekat pulau mana2 yg terpe ...

Setuju..nak masuk keje gomen kemain susah..dah masuk ko buat mcm mcm hal...
Imigresen UK Australia Tu..mmg tak bg can langaung kes kes mcm ni..ke ada juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkara biasa jer. Kat terminal feri pun Indon masuk guna cara mcm ni. Dia org panggil "tembak" kaunter.
Standby kat Batam atau Pekanbaru. Bila pegawai geng agen bertugas, baru dia org masuk Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tembak lorong, bukan tembak kaunter

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka laknat pemakan rasuah ni...tolong tayang sekali gambar setan2 ni dlm tv/papers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059084 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list