CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41012|Reply: 0

[Johor] Tak mengaku rogol, rompak anak saudara

[Copy link]
Post time 18-9-2024 04:47 PM | Show all posts |Read mode
  

Mohd Idris dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan samun terhadap anak saudaranya, bulan lalu. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Bekas pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak saudaranya, bulan lalu.

Tertuduh berusia 31 tahun yang mendakwa dirinya orang kurang upaya (OKU) mental, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasidah Roslee.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol wanita berusia 33 tahun yang mana perhubungannya dengan mangsa adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin.

Kesalahan didakwa dilakukan dalam bilik sebuah rumah di Taman Cempaka, di sini, kira-kira 4.30 pagi pada 26 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sehingga 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S Thiviya menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta tiga syarat tambahan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan dia tidak mempunyai penjamin dan memohon dirujuk kepada pakar psikiatri kerana mendakwa mempunyai rawatan susulan terhadap kesihatan mentalnya.

Rasidah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap tertuduh sehingga sebutan semula kes pada 25 September ini bagi menyemak semula status OKU seperti yang didakwa tertuduh.

"Saya minta pegawai penyiasat kes mengemukakan semua dokumen berkaitan status OKU tertuduh termasuk kad OKU dan kad temujanji rawatan kesihatan mental pada tarikh akan datang dan akan menetapkan jumlah jaminan sekiranya tertuduh sudah mempunyai penjamin," katanya.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, Mohd Idris didakwa merompak wang tunai RM40, SGD20 serta telefon bimbit milik anak saudaranya di lokasi, masa dan hari yang sama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hazelia Mohammad.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu lapor diri di balai polis sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan tiga syarat tambahan itu sebelum menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula bagi lantikan peguam dan laporan kesihatan mental OKU tertuduh.

Disiarkan pada: September 18, 2024

sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.134060 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list