View: 13564|Reply: 4
|
Layak Mohon Status Penduduk Tetap Tahun Depan, Shah Iskandar Nafi Guna ‘Cable’ Untuk Permudahkan Urusan
[Copy link]
|
|
Sudah melebihi 10 tahun menetap dan membina kerjaya seni di Malaysia, pelakon kelahiran Singapura iaitu Shah Iskandar memberitahu dia kini dalam proses menyiapkan semua dokumen yang diperlukan untuk memohon status penduduk tetap (PR) di negara ini.
Menurut pemilik nama Shah Iskandar Mahfuz ini, dia berasa sangat selesa menetap di negara ini. Tambah Shah lagi, dia bakal mendapat pelbagai kemudahan sekiranya memegang status penduduk tetap.
"Saya sangat selesa menetap di negara ini dan sudah menghabiskan separuh dari usia juga di sini. Isteri dan anak adalah warga negara Malaysia."
"Status PR juga memudahkan saya untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti membuat pinjaman dan anak juga boleh masuk sekolah kerajaan.
"Saya percaya, sampai masanya untuk saya menetap terus dan menghabiskan sisa hidup bersama keluarga di sini."
Berbicara lebih lanjut, pelakon drama ‘Wanita Syurga’ ini memohon doa daripada semua pihak agar segala urusannya dipermudahkan.
"Banyak kertas kerja dan dokumen perlu disediakan seperti urusan cukai (Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), penyata pendapatan dan sebagainya."
"Kalau saya tak buat perkara mengarut yang boleh melanggar undang undang negara ini, proses untuk dapat PR itu akan menjadi lancar."
"Insya-Allah, saya akan dapat status PR itu tahun depan.Doakanlah untuk saya."
Disoal sama ada menggunakan ‘cable’ (bantuan) ataupun tidak untuk mempermudahkan proses permohonan penduduk tetap, Shah berkata, tidak.
"Saya sanggup turun naik bangunan di Putrajaya banyak kali dan beratur dengan pekerja asing seperti Indonesia dan Bangladesh untuk buat permohonan itu."
"Saya percaya kalau kita buat benda yang kita mahu dan ikut cara serta saluran yang betul, ia akan dipermudahkan."
Sumber: OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
setakat PR apa dehal...SRK pun boleh dapat Dato'...setakat PR...sap sap soy la..... |
|
|
|
|
|
|
|
PRC dah beribu dapat ic biru..lambert la ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal muka dia dlm gambar kat atas tu mcm pondan tua tak cukup sarvis tgh tunggu anak ikan tgh joget atas podium? |
|
|
|
|
|
|
|
"Insya-Allah, saya akan dapat status PR itu tahun depan.Doakanlah untuk saya."
Yakinnya kamu. Cakap je la bila tarikh ko akan submit. Janganla buat macam ko kompom dapat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|