CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15249|Reply: 0

[Johor] Perubahan iklim tingkat cabaran urus banjir

[Copy link]
Post time 17-9-2024 07:21 AM | Show all posts |Read mode
  

Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Johor Bahru: Perubahan iklim dunia merubah corak dan magnitud musim tengkujuh sekali gus meningkatkan cabaran dalam pengurusan banjir, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

"Dengan kesan perubahan iklim... ia (musim tengkujuh) berubah dari segi jadual kejadian, malah dari segi magnitud ataupun betapa ekstrem seperti hujan lebat yang di luar jangkaan," katanya kepada media selepas menghadiri program Charity Walk: Menyambut Hari Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek infrastruktur seperti projek tebatan banjir dan langkah mitigasi seperti pengagihan pam untuk mengeluarkan air dari kawasan banjir dengan segera.

"Bagi Petra, tumpuan adalah lembangan sungai yang besar, (manakala saliran) dalam bandar lebih tertumpu kepada kerajaan tempatan dan mungkin agensi di bawah Jabatan Kerja Raya serta kementerian yang lain, jadi koordinasi itu perlu diselaraskan," katanya.

Katanya, beberapa projek infrastruktur berkaitan pengurusan banjir juga dijangka siap dan akan diserahkan kepada kerajaan Johor tahun ini.

Kira-kira 1,000 orang termasuk orang kurang upaya (OKU) menyertai program jalan amal sempena Hari Malaysia itu yang dianjurkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru.

sumber




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037493 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list