View: 26580|Reply: 6
|
Melayu perlu bersatu, ketepikan dahulu sentimen parti – Tun M
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan masa depan orang Melayu di negara ini akan lenyap jika orang Melayu tidak bersatu.
Menurutnya, bersatu padu dalam erti kata lain adalah bersatu padu sebagai orang Melayu dan bukannya mengikut parti masing-masing.
“Kita perlu berusaha bersatu padu dan mengikut parti tidak boleh. Tiap-tiap parti ada dia punya objektif, ada dia punya calon dan ada dia punya orang nak jadi Perdana Menteri. Mereka tak boleh nak kerjasama.
“Tetapi kalau kita bersatu atas nama Melayu, kita akan berjuang untuk orang Melayu, untuk negara kita dan untuk agama kita. Kalau kita pegang benda itu barulah kita boleh bersatu.
“Tiada nama calon untuk Perdana Menteri dahulu. Calon ada kalau kita menang, kalau kita kalah buat apa nak jadi calon,” katanya.
Katanya, beliau mahu orang Melayu bersatu terlebih dahulu dan ketepikan sentimen parti buat sementara waktu.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab bersama alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) di majlis Nostalgia 25 tahun Pengisytiharan ITM kepada UiTM di sini, hari ini.
Lebih 100 hadir pada majlis itu terdiri daripada nama-nama besar, ahli korporat dan alumni UiTM sejak zaman Institut Teknologi Mara (ITM) bermula era 70 an sehingga kini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
yang pecahkan melayu sampai jadi banyak parti agak2 siapa? tak suka dan dendam punya pasal habis undi melayu berpecah |
|
|
|
|
|
|
|
dia yg tubuh bnyk2 parti pastu suruh melayu bersatu.Dah nyayuk kut
|
|
|
|
|
|
|
|
suruh bersatu dalam bersatu atau dalam penjuang? atau GTA VI? |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid: dia yg tubuh bnyk2 parti pastu ... tapi ramai lagi melayu yg sembah berhala tua ni, im not anymore |
|
|
|
|
|
|
|
dia suruh melayu. Dia takpe dia mamak kuikuikui |
|
|
|
|
|
|
| |
|