View: 11668|Reply: 15
|
[Dunia]
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Nama 'tentera bawang' mungkin lucu, namun hasilnya, Malaysia menduduki tangga kelima dunia dalam kategori buli siber.
Dapatan itu adalah hasil daripada kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
Bagi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pula merekodkan Malaysia menduduki tangga kedua di Asia bagi kadar buli siber, sekali gus menunjukkan masalah yang semakin serius.
November lalu, kerajaan dalam usaha mengkaji kewajaran mewujudkan Akta Anti Buli Siber dalam menangani gejala yang dilihat semakin membarah.
Terbaharu, pelumba Jepun, Shinji Nakano menerima tempias 'tentera bawang' negara ini apabila terbabit dalam satu insiden perlanggaran dengan pelumba daripada Malaysia, Shah Firdaus Sahrom ketika temasya Olimpik di Paris, baru-baru ini.
Akibat insiden itu, ribuan 'tentera bawang' yang terdiri daripada pengguna media sosial negara ini membanjiri ruangan komen atlet Jepun itu.
Berdasarkan pemerhatian, lebih 30,000 komen membanjiri platform Instagram milik Nakano dan rata-ratanya adalah pengguna media sosial negara ini yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada atlet itu.
Perkara sama berlaku kepada pelumba berbasikal trek Britain, Jack Carlin di Olimpik Tokyo 2020 apabila dikatakan turut menghimpit Shah Firdaus sehingga menyaksikan perlumbaan saringan kedua acara keirin terpaksa dimulakan semula.
Insiden sama turut berlaku beberapa tahun sebelum ini apabila atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dinafikan pingat emas selepas atlet para lontar peluru Ukraine, Maksym Koval mengemukakan protes.
Akibatnya, 'tentera bawang' negara ini menyerang laman sosial Koval sehingga memaksanya menutup akaun sedia ada dan membuka akaun media sosial baharu susulan insiden itu.
Berdasarkan satu laporan berita, Koval mendakwa akaun media sosial miliknya digodam rakyat Malaysia selepas 'menyerangnya' dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran di akaunnya.
https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2024/09...uat-malu-negara |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
awat china no.1 kat peringkat asia tapi xde kat list dunia?
so patutnya malaysia no.1 peringkat asia lah kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 9-9-2024 02:43 PM
asal korea selatan takde pun dlm list? pdhal ni la rakyat antara kuat pembuli artis2 depa smpai byk bunuh diri sbbkan kes cyber bully ni... xbrp nk caya aku ngan list ni..bersifat bias... |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah pelik korea tak top listed plak. |
|
|
|
|
|
|
|
tentera bawang kepam tersenyum bangga |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 9-9-2024 04:01 PM
acik acik porum tersenyom ala lee kwang soo.
(nota kaki : apepon say tidak to bully huhu) |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
iols sokong pendapat ni..mana korea selatan..tgk artis depa pun dah cukup kene buli sampai bunuh diri..tiber soci morni takde dalam list..apoo
|
|
|
|
|
|
|
|
Korea kurang berbahasa om puteh. Sb tu tidak menonjol di luar selain dalam negara tu ja. Yg malaysia ni, asal ada isu, kompom2 kluar bi.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm acik2 porum kat bodgos |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia suka main internet siang malam xde life pergi bersukan pegang2 kucing pegang2 pokok main skateboard main main luncur ombak hujung2 badan gemuk berpenyakit dan mental depression |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tahan SG kecik2 pon kuat membuli |
|
|
|
|
|
|
|
Acik forum antara penyumbang kpd statistic ni
Tp mmg boleh diragui list ni sbb ummah konoha pg teruk.. cuma maybe diorg tak reti speaking sbb tu alih2 Malaysia je jd sasaran diorg |
|
|
|
|
|
|
|
ekselen replied at 9-9-2024 02:42 PM
asal korea selatan takde pun dlm list? pdhal ni la rakyat antara kuat pembuli artis2 depa smpai byk ...
Ni mesti pasal malaysia cyber buli kutuk israhelll teruk kan. Apa2 yg x sebulu dgn depa ni mmg terus di cop terrorist sedangkan depa yg juara |
|
|
|
|
|
|
| |
|