CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47932|Reply: 7

Berita 8 September 2024:Dakwa polis tiada SOP, Pengarah JSJK selar tuduhan Betty Banafee sebagai tidak bertanggungjawab

[Copy link]
Post time 8-9-2024 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-9-2024 08:07 PM

KENYATAAN seorang pelakon yang mendakwa pihak polis tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam membuat siasatan disangkal Polis Diraja Malaysia (PDRM).




Artis dikenali sebagai Betty Banafee itu menerusi hantaran di TikTok mendakwa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negara gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan yang dibuatnya sejak dua tahun lalu.

Tegas menolak tuduhan itu, Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menjelaskan, sebanyak 14 laporan polis dibuat oleh penama Shakib Abu Bakar Banafee (dipercayai adik kepada individu dalam video terbabit) dan empat penama lain yang berkaitan telah diambil siasatan.

Kesemua laporan polis terbabit disiasat dengan sewajarnya oleh polis melalui dua kertas siasatan yang dibuka masing-masing mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan sudah selesai dan kes diputuskan NFA (no further action) oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu selepas didapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes itu.

"Siasatan kes ini malahan dirujuk dan disemak semula oleh pihak peguam cara negara pada Ogos lalu dan keputusan NFA dikekalkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, pegawai penyiasat juga sudah mengemukakan pemberitahuan kepada pengadu dalam kes berkenaan mengenai keputusan siasatan.

"Bagi kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, siasatan masih dijalankan.

"PDRM memberi jaminan siasatan yang adil dan telus akan dilaksanakan bagi memastikan prinsip undang-undang dan keadilan sentiasa dipelihara.

"Ingin ditegaskan, semua laporan polis yang diterima akan disiasat dengan sewajarnya tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

Beliau berkata, siasatan yang dijalankan akan merangkumi keterangan serta bukti daripada pihak yang berkaitan termasuklah pengadu dan suspek.

"Adalah tidak wajar untuk melemparkan tuduhan negatif kepada polis hanya disebabkan dapatan siasatan tidak berpihak kepada pengadu.

"Justeru, dakwaan yang dilemparkan oleh pemilik akaun tiktok @bettybanafee bahawa pihak polis tidak mempunyai SOP dalam siasatan adalah tidak benar sama sekali.

"Pihak PDRM menyangkal dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa plak kes akak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:46 AM | Show all posts
apa kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 11:28 AM | Show all posts
chin chin chin

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Omo.. cam tahu je.. kontrak cuci2 kapal ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nie kes apa pulak? Tak dengar angin2 pasal Betty nie ada buat laporan polis, tapi pasal apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan PDRM tak buat keja, tp jabatan peguam yg classified case as nfa. Tak kelas la mak cik ni meroyan dalam tt. Lepas tu salah tembak
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg dia royankan semua org tak paham.. Hahahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.089713 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list