View: 84184|Reply: 3
|
Pembuli Sekolah Rendah
[Copy link]
|
|
Salam & good evening forumners semua.
Nak minta pandangan & tips macam mana nak handle kes anak lelaki kena buli di sekolah rendah.
Fyi, anak baru darjah 1. As a parent, kami dah cuba sebaik mungkin besarkan anak dalam keadaan harmoni & behave sebaiknya.
Alhamdulillah so far nampak dia sebagai anak yg baik & soft spoken. Bukan lah jenis yg degil & tak hormat orang.
Kalau ada buat salah dari segi bercakap atau buat benda yg tak betul memang terus kena marah & tegur supaya jangan buat lagi.
Masa tadika tak hadap isu ni maybe sebab dalam dalam environment yg terkawal & teacher dapat bagi lebih perhatian untuk setiap budak.
Bila dah naik ke sekolah rendah, I hantar ke sekolah swasta tapi bukanlah yang high end sangat. Consider affordable juga, jadi bermacam-macam golongan yang hantar anak ke situ.
Jadi kisahnya, anak kerap mengadu ada sorang budak lelaki ni suka verbally & physically buli dia di kelas. Almost everyday. Verbally tu I boleh accept lagi, cuma I selalu pesan jangan kawan atau terpengaruh dengan apa yg si pembuli duk bercakap words yang tak elok atau buat hand gesture yang bukan-bukan. Dari apa yang anak duk bercerita, pembuli ni seems tak berapa beradab sampai dah pandai mencarut, tunjuk middle finger, tendang & pukul budak-budak lain. Bila ditanya ada lagi ke budak lain behave macam tu, katanya tak ada. Si pembuli sorang ni je yang selalu buat hal.
Physically ni yg I rasa melampau sampai tahap naik tangan & naik kaki. Bukan anak I sorang je yg kena, budak2 lain pun kena juga dgn si pembuli ni. Dah pernah report ke cikgu kelas tapi macam takde perubahan. I pun pernah confront pembuli ni depan budak2 lain.
Eh masa tu kemain innocent tak mengaku. Siap salahkan anak I pulak katanya anak I yg kacau dia dulu. Dah bagi warning masa tu, ingatkan dah insaf. Rupanya baru-baru ni I follow up balik dengan anak, masih berlaku lagi.
Jadi nak minta pandangan forumners sekalian especially yang ada pengalaman handle issue anak kena buli, apa the best possible way nak handle issue ni? Perlu confront parents dia pulak ke? Some of the bullies ni cukup takut kalau parents tau dia buat hal di sekolah.
Pernah la ternampak parents pembuli ni masa pick up anak, nampak muda lagi both of them. Bukan muka gangster ke apa haha. Cuma I tak pasti patut involve diorang atau tak at this stage. Nak harapkan cikgu lagi macam tak meyakinkan je. Entah cikgu ambil serius ke tidak atau just anggap buli macam ni level biasa-biasa je.
I cuma taknak buli ni berlarutan sampai anak rasa tak happy nak ke sekolah. So far dia ok lagi. Short term punya solution, memang I pesan dengan anak, kalau pembuli tu pukul awak, awak boleh balas balik. Tapi jangan sesekali buat orang lain dulu. Katanya dia memang ada balas balik haha adoi. Lurus juga anak ni pun. Bukan apa, taknak pembuli tu anggap dia lemah je kalau sekadar menangis bila kena buli. At least fight back la sikit.
Sekian, thanks in advance kalau ada yang sudi baca & bagi respond.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buat surat rasmi kepada pentadbir sekolah? Dan cc sekali pada unit pendidikan swasta di PPD/JPN. Pastikan ada cop terima. Kalau tiada tindakan, report sispaa dan tukar sekolah. Kalau ada kesan dari buli fizikal tu, boleh buat pemeriksaan doktor dan lapor polis kut. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau report kat cikgu pun tak jalan, maknanya dah sampai masa utk report kat parents budak tu pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adila39 at 8-9-2024 10:46 PM
I rasa u report kepada Biro Keselamatan ke, Pibg sekolah ke parents group ke tanya opinion yg sama. Thing is pembuli pun baru darjah 1 ya? Adoiii...u need evidente! think of ways like dtg sekolah senyap2 and tgk ada tak pembulian berlaku. If i were u i pun xkan senang duduk..but i hope anak u tak diapa apakan..and keep monitoring and u have to do whatever it takes la to stop buli ni esp to ur child.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|