CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagarkampong

KampongGrill <----- Tak Semegah Mana Pong...!

  [Copy link]
Post time 15-4-2011 02:57 AM | Show all posts
Salam,

Best ni. Ada kene mengene ngan pengalaman aku gak.

Keter bisnes kenari gak.
Dulu makan gaji pastu niaga. (bersara awal dari perkhidmatan kerajaan)
Menu aku lain ckit - Mee Rebus & Laksa
Resepi pun belajo dari internet.
Niaga pun pacak je.
Tapi masih berusaha, setakat ni Syukur Alhamdulillah.

Bro boleh buat cam novel ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2011 03:37 AM | Show all posts
Reply 74# intan_pet

okeh, ni nak sambung nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 03:42 AM | Show all posts
bestnya..btw tt ni citer lama ke current? skrg ni awak dah berjya ke?
Mia_Sara Post at 14-4-2011 18:04



    Ini cerita lama yang akan saya bawa ke sekarang. InsyaAllah... and sekarang nie masih lagi berusaha ke arah apa yang dikatakan "berjaya". Thanx kepada awak kerana awak adalah "pencetus idea"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 03:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 17-4-2011 02:01
Keep on writing bro. Your style of writing ada adventurous feel. Feels alive membacanya.
burnrx Post at 14-4-2011 20:54


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 03:46 AM | Show all posts
Reply 78# Acong

Wah .... kena belajar nie!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 03:47 AM | Show all posts
nie resepi masakan... pasnie tak perlu laa gi salin kat MPH......
Acong Post at 14-4-2011 23:00



    Thanx Tuan Acong... dah surf... memang menarik. Boleh try nanti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2011 03:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 17-4-2011 02:02
betul tu...... ada bakat jadik writer....
Acong Post at 14-4-2011 23:00



     woi... udah-udah lah tu... tak ke mana pun..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 03:50 AM | Show all posts
Reply 81# fonzie


    sama lah kita... senang2 boleh jumpa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2011 03:51 AM | Show all posts
baca thread mia_sara jap. pastu sambung... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 04:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 15-4-2011 06:01

jap yea ada teknikal error
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:51 AM | Show all posts
Salam,

Best ni. Ada kene mengene ngan pengalaman aku gak.

Keter bisnes kenari gak.
Dulu makan ...
fonzie Post at 15-4-2011 02:57


sama geng, aku pakai kenari meroh nyaler..heee..tunduk kan kosi, senang aje nak masuk bakul..ye dak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 11:27 AM | Show all posts
Aku gantung kad bod tu dari penjuru payung kanan ke penjuru payung kiri. Hehehe kali ni aku dah tak segan-segan. Kena pulak dah ada payung sendiri. Aku pun bakarlah kepak ayam tu satu-satu. Asap pun naik berkepul-kepul. Fuhhh… penuh asap. Pakcik kat sebelah aku macam biasa, senyum ajer. Tunang aku plak, aku tengok macam gelisah. Tak tau kenapa. Tapi ada satu yang aku perasan. Orang-orang yang lalu-lalang depan aku tu tertuju matanya ke pemanggang satay ni. Budak-budak cashier yang jaga kat pasaraya tu pun pandang-pandang kat gerai aku. Kalau tak silap, tahun itu adalah tahun 2004. Jadi menjual kepak ayam ni tak banyak persaingannya seperti sekarang ni.

Hahaha…mula-mula ajer aku dah buat gempak. Mau taknya… asap berbalam-balam. Tangan aku plak sibuk memanggang kepak ayam satu-satu. Oh ya! Kepak ayam ni aku cucuk satu persatu dengan lidi satay. Nanti ada masa nanti aku tepekkan gambarnya kat sini.

Aku balikkan ke kiri, aku balikkan ke kanan, kemudian aku balikkan ke kiri. Lama jugaklah aku buat macam tu. Suasana hari tu pun memang cantik, cuaca pula redup ajer.

“Ambik masa jugak kepak ayam ni nak masak” detik hati aku.

Aku pusing-pusing lagi macam masak satay. Ada dalam 12 kepak ayam aku panggang.

“Pssssssr…. pssssssssr…” bunyi kepak ayam tu.

“Wah… dah mula lah tu. Jus dah memancut keluar dah ni ” kataku dalam hati.

Aku kini memberi lebih perhatian. Risau pulak kalau ada kepak ayam yang rentung.

Asap pula makin naik berkepul-kepul. Naiknya terbuai-buai ditiup angin. Bila asap tu pergi ke kedai pakcik sebelah, cepat-cepat aku kipas asap tu ke arah lain. Risau aku kalau asap tu mengganggu konsentrasi pakcik tu menggoreng pisang. Nanti apa pula yang dicakapkannya.

“Pssssssr…. pssssssr …” bunyi lagi.

Pergh… kali ni baunya dah naik.

“Aduhai…. sedapnyer bau…. ” kata hati aku. Sambil aku hidu, sambil tu aku kembangkan lubang hidung.

“Fuhhhhh……,” aku lepaskan nafas perlahan-lahan. Enjoy.

Sedang mata aku ligat melihat kepak-kepak ayam tu, tunang aku datang menghampiriku.

“Pisst!” pendek ajer.

“Apa pula dia nak ni?” gumam aku dalam hati.

“Apahal?” tanya aku perlahan.

“Dah masak ke belum?” tanya Nor seakan berbisik.

“Belum, nape?” tanya aku pelik.

“Nor dah lapar nie…” bagitahu tunang aku lagi, perlahan. Mungkin dia taknak pakcik sebelah tu dengar kot.

“Cehhh…Nor lapar ker? Tunggu dulu… belum masak ni ...” jawab aku pula risau takut mentah.

Sambil tu tangan aku terus mengipas-ngipas.

“Camni lah. Nor pergi beli air kotak dulu, nanti Nor datang balik” beritahu tunang aku. Lepas tu terus menuju ke pasaraya.

“Okay…” aku hanya sempat jawab dalam hati.

Beria-ria benar dia nak kepak ayam nie.

Aktiviti mengipas masih lagi diteruskan. Sedang aku syok mengipas, datang seorang aunty Cina yang sering datang ke gerai aku dengan basikal tuanya. Tapi tak pernah beli walau sekali pun.

“Ello kawan, sikalang you bikin apa?” tanya aunty tu sambil memandang kepak ayam kat dapur satay aku.

“Ello Aunty… sikalang saya bikin kepak ayam. Hahaha… kepak ayam panggang BBQ. Mau ke?” tanya aku lagi cuba tiru loghat sepertinya.

“Oooooo…tak mau la, abis sikalang you tada bikin itu nasi lemak lah?” tanya aunty tu lagi.

Baru ajer aku nak sambung, datang tiga orang kakak serentak mengerumuni gerai aku.

“Ehem ehem… takde Aunty… sekarang saya tade bikin itu nasi lemak, sudah kasi stop hehehe,” jawab aku sambil tersengih.

“Ooooo macam itu pun bole ke, okeh tidak apa… nanti saya datang lagi ha….” balas aunty tu lagi.

Mungkin dia mula rasa tak selesa nak borak.

“Okey aunty, esok jumpe lagi,” jawab aku mesra.

Lalu dia pun beredar sambil menolak basikal tuanya.

Akak yang paling depan ni pulak dah tersenyum-senyum.

“Dik, nie berapa satu ni dik?” tanya kakak senyum tu.

“Satu seringgit etengah kak” jawab aku sambil membalas senyuman.

“Ini kepak ayam ke dik? Besar semacam jer?” tanya akak tu lagi.

“Eh eh… ini kepak ayam ni kak… kepak ayam daging” jawab aku pula.

Yea tak yea. Baru aku perasan. Kepak ayam ni memang bersaiz besar-besar. Kalau cucuk dengan lidi satay tu memang dari hujung sampai ke hujunglah kepak ayam tu. Ada ruang sikit ajer untuk aku pegang-pegang dengan jari.

“Ni dah masak ke belum?” tanya akak tu lagi.

“Yang ni, yang ni belum masak lagi kak…. sikittt je lagi,” balas aku segera.

Dalam pada itu, aku nampak tunang aku dalam perjalanan ke sini. Ditangannya tergenggam sebungkus beg plastik.

“Itu bukan air kotak tu, itu air botol” luah aku dalam hati.

Sengih ajer dari jauh. Bila sampai, dia datang ke sebelah sambil memberi isyarat untuk berbisik. Aku berundur dua tiga tapak untuk mendekatinya.

“Apahal?” tanya aku perlahan.

Dia pun merapatkan mulutnya ke telinga aku.

“Saudagar, nak tahu tak, bau ayam ni kan waaangiiiii…. sampai kat dalam supermarket tu pun ada bau” katanya.

“Ohhhh iyeaaa” jawab aku macam tak percaya.

“Cammana boleh sampai?,” tanya aku semula perlahan-lahan.

“Manalah Nor tau… tapi memang bauuu…” jawab dia lagi bersungguh-sungguh.

Kakak-kakak kat depan tu dok perati je.

“Oh.. ok ok ok… “ jawab aku tanda setuju.

“Okay Nor, akak kat depan ni pun nak beli, hang pi masuk dalam gheta sat ” suruh aku pula dalam loghat Kedah.

“Ai… apsal?” jawab tunang aku.

“Ala… hang pi la masuk sat, jap lagi Saudagar sampai…” suruh aku lagi.

Tunang aku memuncungkan mulutnya. Tanpa banyak songeh dia pun terus masuk ke dalam kereta.

Dalam pada tu, aku rasa kepak ayam panggang aku tu dah masak. Aku pun ambil satu.

“Jap yea kak… saya nak try rasa dulu. Ini baru first day nih” bagitahu aku kat kakak-kakak tu sambil tersengih.

Hehehe… memang aku macam tu. Sejak berniaga ni aku buat pelanggan ni macam kawan-kawan. Baru kerja ke, baru berhenti kerja ke, baru niaga ker, semua aku bagitau. Sampai sekarang.

Aku pun masuk ke kereta aku sambil membawa kepak ayam.

Dalam kereta.

“Nor, try lah.. apa lagi…” kata aku kepada tunang aku sambil menyuakan kepak ayam panggang.

Tunang aku pun ambil. Tengah panas-panas dia gigit.

“Ngap ngap ngap” bunyi dia makan. Terkebil-kebil mata dia aku perhatikan.

“Ssssssluuuuurppppppp…. seedaaaapnyerrrrrr,” bunyi tunang aku meluahkan ekspresi. Betul-betul nampak selera.

Pastu dia tarik nafas panjang-panjang, sambil tu dia sedut bau kepak ayam panggang tu.

“Huhhhhhhh……. Waaaahhhhhhh….bestnyer….. sedap-sedap-sedap,“ jawab tunang aku lagi.

“Iyea…. sedap? Masak tak? Masak tak?” tanya aku pula beria-ria.

“Masak!” jawab tunang aku dengan laju.

“Okeh-okeh!” jawab aku lagi.

Aku pun segera keluar dari kereta menuju ke gerai aku kembali. Kali ini dengan lebih keyakinan.

“Okay kak, dah masak. Akak nak berapa?” tanya aku terus kepada kakak-kakak tu sambil menggosok kedua-dua belah tangan.

“Dah masak ke dik?” tanya akak tu lagi untuk kepastian. Yea lah, risau kalau-kalau makan nanti tak masak pula.

“Dah kak… baru jer try tadi,” balas aku semula. Kali ini aku ambil semua kepak ayam panggang tu dan aku pindahkan ke atas dulang.

“Betul ni dik?” tanya akak tu lagi.

“Betul kak… tak tipu…percayalah” jawab aku dengan penuh yakin.

“Kalau mentah macam mana?” tanya akak tu lagi. Hek elen, banyak pulak cekadaknyer. Nasib baik yang sorang tu cun.

“He he he…. kalau mentah saya bagi free” jawab aku.

“Haaa ye lah tu,” jawab akak tu plak.

“Ok lah, bagi akak empat. Kau nak berapa?” tanya kakak tu kepada kawannya di sebelah kanan. Yang cun.

“Mmmm… bagi saya tiga,” jawab kawannya.

“Saya pun bagi tiga” bagitahu kakak yang di sebelah kiri pula.

“Glurp!,” tertelan air liur aku.

Banyak jugak diorang nak ni. Aku pun kira semula. Kira punya kira nasib baik cukup. Ngam-ngam ajer tinggal satu. Aku pun bungkus dan masukkan ke dalam plastik.

“Okey kak, siap” jawab aku sambil hulur kat diorang satu-satu.

“Berapa semua?” tanya kakak yang berdiri di tengah-tengah.

“Kira semua ke atau asing-asing” balas aku pula.

“Kira semualah,” jawab kakak tu malas nak pikir.

Aku pun congak-congak.

“Hmmm semuanya lima belas ringgit kak…” jawab aku dengan pantas.

“Okey… nah. Akak beli yea….” jawab kakak tu pula.

Sambil mengambil duit tu, aku pun ucap,

“Terima kasih kak… saya jual… datang lagi yea,” balas aku lagi dengan terangguk-angguk.

Uhhh… lega.

               
                                          ***************************


Seronok aku. Pergh, seronok giler. Baru mula niaga ajer, dah ada orang beli. Senyum panjang aku. Tanpa buang masa, aku pun mulalah untuk membakar kepak ayam yang lain. Baru ajer aku nak panggang kepak ayam yang baru tiba-tiba aku terdengar bunyi motor.

“Vrooom vroomm vrooomm ter ter ter ter ter….” bunyi motor menghampiri. Aku pun toleh.
.
“Alamak, ayah aku lah,” sebut aku dalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 11:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 17-4-2011 02:04

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 11:50 AM | Show all posts
“Vrooom vroomm vrooomm ter ter ter ter ter….” bunyi motor menghampiri. Aku pun toleh.
.
“Alamak, ayah aku lah,” sebut aku dalam hati.
saudagarkampong Post at 15-4-2011 11:27






Terasa suspen lak bila baca cite awak ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 11:51 AM | Show all posts
mmg best baca pengalaman u.. u can be a writer ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 12:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:53

Terkejut sebab betul-betul dah berada depan meja aku.

“Kau niaga apa ni Long?” tanya ayah aku sambil pandang-pandang sekeliling.

Belum sempat aku nak jawab, ayah aku tanya lagi.

“Dah tak meniaga nasi lemak dah?”

Terdiam aku. Lama aku ambil masa nak jawab.

“Tak Bah… dah stop. Sekarang Along buat kepak ayam panggang,” jawab aku pula perlahan.

Pakcik pisang goreng kat sebelah perati ajer perbualan kitaorang.

“Ada ker orang nak beli ni Long…” tanya ayah aku lagi. Kali ni lembut sedikit suaranya.

“Ada Bah… ni baru ajer abis jual sepuluh…” jawab aku lagi.

“Tadi bakar dua belas. Ni tinggal satu. Yang satu lagi tu Nor tengah makan kat dalam kete tu” jawab aku lagi sambil menunjuk tangan ke arah kereta.

Kali ini ayah aku pula yang terdiam. Diperhatikannya pula ke meja aku.

“Ni satu berapa?” tanya ayah aku pula dengan memuncungkan mulutnya ke kepak ayam yang satu tu.

“Ni satu seringgit setengah,” jawab aku pula.

“Ha… bagi abah yang tu,” minta ayah aku kali ni.

Aku pun tanpa banyak cerita cepat-cepat bungkus untuk ayah aku.

“Nah!” jawab aku sambil menghulurkan bungkusan kepak ayam tu.

Dalam pada tu, aku nampak ayah aku seluk-seluk poketnya.

Segera aku jawab “Alah Bah, tak payah lah Bah.”

Ayah aku buat tak tak tahu ajer. Dia ambil bungkusan kepak ayam tu, pastu terus letak duit dua ringgit atas meja aku. Pastu terus dia blah…

Aku ambil duit tu. Sambil aku pegang duit tu, sambil tu aku pandang pakcik pisang goreng kat sebelah. Dia buat-buat tak nampak. Terduduk aku.Terharu aku dibuatnya. Itulah ayah aku, walau keras macam mana sekalipun hati dia, tapi dia tetap sokong aku dalam diam. Bergenang air mata aku sekejap…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 02:42 PM | Show all posts
Thanx Tuan Acong... dah surf... memang menarik. Boleh try nanti...
saudagarkampong Post at 15-4-2011 03:47
nape mesti ada perkataan 'TUAN'? boleh jgn pakai tak? tak selesa laa.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 03:07 PM | Show all posts
nape mesti ada perkataan 'TUAN'? boleh jgn pakai tak? tak selesa laa.........
Acong Post at 15-4-2011 14:42



    Acong, sajer-sajer je... ok ok ok pas ni saya tak guna title dah....
nak sambung jap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 03:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:54

Disingkatkan cerita. Hari tu jualan aku habis. Yea, habis semuanya. Ada dalam 35 ketul kalau tak silap. Mungkin sebab benda baru. Aku dan tunang aku pun rasa seronok. Tak sabar nak cerita kat adik-adik aku kat rumah. Diorang pun memang suka dengar laporan jualan aku setiap hari. Kena pula adik aku yang nombor dua. Dia dari dulu lagi nak berniaga. Tapi sampai sekarang tak berniaga-niaga lagi.


                                        ***********************

Keesokkan harinya aku dan tunang aku pun berniaga seperti biasa. Belum lagi sempat aku nak bakar arang, tiba-tiba datang kakak yang beli kepak ayam panggang aku tu semalam.

“Dik, kepak ayam panggang semalam tu sedap lah dik. Akak nak beli lagi lah… dah ada yang dah siap tak?” tanya akak tu segera.

“Alamak kak… belum mula lagi lah kak… saya baru nak bakar arang ni. Boleh tunggu sekejap tak kak?” mohon aku kepada kakak tu.

“Takper-takper-takper, kejap lagi akak datang. Akak masuk pasaraya sekejap, lepas tu akak datang balik. Ok tak?” cadang kakak tu pula.

“Eh okay… boleh sangat tu. Ha akak pergilah dulu. Kejap lagi saya siapkan,” jawab ku pula.

“Okeh, akak pegi dulu yea… nanti akak datang balik tau!” jawab kakak tu sambil melangkah pergi.

“Okay…” jawab aku sambil tersenyum.

Aku pun tunduk untuk mengambil arang. Tiba-tiba aku dengar bunyi tapak melangkah.

“Errr dik…. Nak akak bagi duit dulu ker,” tanya kakak tadi tu semula selepas berpatah balik.

‘Eh takper-takper kak… jangan risau.. nanti saya siapkan untuk akak,” balas aku lagi sambil bagi signal tak kisah.

“Betul ni…” tanya kakak tu lagi untuk kepastian.

“Betul… jangan risau” kata ku pula untuk menyakinkan kakak tu.

Kakak tu pun melangkah sambil tersenyum kat aku. Aku membalas senyumannya. Manis aku tengok senyumannya. Kakak ni macam nak mengurat aku pun ada. Apa dia tak perasan ke tunang aku ada kat sebelah. Hehehe perasannya aku.

“Woi! Apa senyum-senyum ni? Nak berniaga ke nak aper ni?” jerkah tunang aku tiba-tiba.

Aduh. Terkejut aku. Aku pandang tunang aku, aku pandang pakcik kat sebelah, pastu aku pandang tunang aku semula.

“Eh takde pa pe lah, senyum pun tak boleh ker” jawab aku membela diri.

Dari kelibat anak mata kiriku, aku dapat rasa pakcik pisang goreng datang menghampiri.

“Wahhh… dah ada tempahan nampak, macam ni punya bisnes boleh maju ni,” tiba-tiba pakcik pisang goreng kat sebelah menyampuk.

“Hehehe Alhamdulillah pakcik, mudah-mudahan,” jawab aku dengan rasa bersyukur. Sambil tu aku cuba menyembunyikan situasi yang sedang berlaku.

Aku pandang ke arah tunang aku.

“Nor, camner Nor… seronok tak? seronok tak?” tanya aku kepada tunang aku dua kali.

“Mestilah seronok…” jawab tunang aku acuh tak acuh ajer.

Muka.semacam ajer. Agaknya rasa cemburu tadi tak hilang lagi.

Pakcik tadi yang sibuk memerhatikan dari tadi rasa semacam. Dia pun melangkah ke ke gerainya.

“Bakarlah arang tu cepat! Kang akak kesayangan awak tu datang kang… tak siap-siap lagi.” tambah tunang aku separa menjerit.

“Okeh-okeh.” Terkejut aku. Tak sangka pulak dia serius. Aku apa lagi. Cepat-cepat bakar arang dan terus panggang kepak ayam.

Dipendekkan cerita, hari tu pun habis semua kepak ayam panggang aku terjual. Walaupun ada satu dua pelanggan bertanyakan nasi lemak aku, tapi aku berjaya terangkan kepada mereka dengan baik. Yang kelakar pun ada. Ayah aku lah. Dia siap suruh adik perempuan aku datang beli sampai 6 ketul kepak ayam. Adik perempuan aku kata, satu untuk dia, satu untuk Alang, satu untuk Angah, satu untuk emak dan dua untuk ayah. Hahaha kelakar-kelakar. Aduh… seronoknya aku. Tak sangka pulak menjadi bisnes kali ini. Memang aku seronok. Balik pun senyum ajer…. Hehehe berangan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 03:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:55

Dua minggu berikutnya.
Syukur Alhamdulillah. Bisnes aku kali ini makin ramai peminatnya. Dapat tarik ramai golongan. Melayu, Cina, India. Semua suka makan kepak ayam panggang aku. Secara purata, aku dapat bakar dalam 72 kepak ayam panggang sehari. Jualan harian lebih kurang RM100 sehari. Lepas tolak duit petrol (RM10), duit kepak ayam (RM40), plastik dan lain-lain keperluan (RM5) adalah bersih lebih kurang RM45 sehari. Itu tak tolak gaji aku dan tunang aku. Masa tu memang aku fail bab-bab akaun ni.

“Hai bos, awal sampai hari ni” ucap aku pada seorang pelanggan tetap aku.

“Haiya… apsal lambat ni, ingatkan tak bukak hari nie,” tanya dia pula kepadaku.

“Eh! Bukak bos, mana boleh tak bukak. Nanti orang marah,” jawab aku pula.

Begitulah aku rasa sejak jadi peniaga ni, tanggungjawabnya lebih luas berbanding makan gaji.

“Sekejap yea bos… nanti dah siap saya hantar dekat bos,” janji aku pada dia.

Dia ni Cina. Duduk kat Bukit Rawang Perdana. Selalu datang dengan awek dia. Bawa kereta Hyundai Atos warna kelabu. Sampai sekarang aku ingat lagi. Sebab dia yang ajar aku kepak ayam panggang dalam bahasa Cina. “Kai Yin” kalau tak silap aku. Hehehe mungkin Acong boleh betulkan… Aku memang senang berborak dengan dia. Dia ni kalau bercakap dengan aku pun takde loghat macam Cina-Cina lain. Mungkin sekolah kebangsaan fikir aku. Apa yang aku nak beritahu kat sini, dia ni banyak promosi kepak ayam panggang aku kat kawan-kawan dia. Tu la pasal gerai aku ni cepat famous. Ceh! Perasan.

Petang tu kepak ayam panggang aku habis awal. Aku ingat ada sebelum pukul 6.15 petang dah habis.
Masa kemas-kemas nak balik tu pakcik pisang goreng tu tegur aku.

“Saudagar, pakcik ingatkan… kalau kau berniaga kat pasar malam kan.. lagi bagus. Bukan apa, pakcik tengok, kepak ayam panggang kau ni banyak permintaan,” beritahu pakcik tu dengan ikhlas.

“Lagipun, kat sana orang lagi ramai. Sekali datang tu, beribu-ribu orang,” terang pakcik tu lagi dengan bersungguh-sungguh.

“Yang datang tu pulak, semuanya memang nak beli ajer. Takder jer yang datang-datang tu nak tengok-tengok macam ni” ujar pakcik tu lagi sambil menunding-nunding jarinya ke arah orang yang lalu lalang di depan pasaraya.

Aku yang masa tu tengah sibuk-sibuk berkemas terhenti sebentar. Kemudian aku sandarkan payung gerai aku ke pintu Kenari.

Aku menapak dua tiga langkah mendekati pakcik tu. Lalu bertanya

“Iye ke pakcik, boleh pergi ke kepak ayam saya ni?” tanya aku pula minta kepastian.

“Eh, boleh… pakcik tengok memang boleh pergi. Ramai apa orang suka makan kepak ayam panggang kau. Kalau kau tak percaya, esok kau pergi tengok pasar malam kat Taman Tun Teja. Ramai orang” terang pakcik tu lagi bersungguh-sungguh.

“Betul ker ni pakcik, pakcik ni macam nak halau saya ajer,” tanya aku semula. Tapi takdelah serius benar bunyinya.

“Mengarutlah kau ni! Orang cakap betul-betul, dia main-main plak,” marah pakcik tu pula.

Aku tergelak.

“Hek eleh pakcik ni. Gurau sikit pun tak boleh. Jangan lah marah pakcik,” pujuk aku semula.

Menyesal pula aku cakap macam tu tadi. Aku ni pun satu, otak asyik nak fikir benda negatif ajer.

“Huh… malas aku nak layan, orang kalau dah sombong macam tu lah perangainyer…” tambah pakcik tu lagi.

“Ah… sudah! Merajuk ker pakcik ni,” kata hati ku.

Sambil tu aku sengih-sengih mengadap pakcik tu. Aku ingat elok aku diam. Tapi aku rasa serba salah.

“Sorry pakcik, ingatkan nak bergurau ajer” beritahu aku lagi cuba memujuk.

Pakcik tu diam. Aku pun tak tahu nak buat apa. Aku ingat diam lebih baik. Menyesal aku.

Lepas tu kami terus menyambung kerja-kerja mengemas. Tunang aku pula dah lama menunggu dalam kereta. Dalam kepala aku asyik terngiang-ngiang pasal kejadian tadi dan juga pasar malam. Mungkin betul juga apa yang pakcik tu katakan. Ah pasar malam! Tempat pertembungan ramai peniaga, tempat berhimpunnya manusia, tempat pesaing dan juga seteru, tempat menimba dan menguji ilmu, hanya yang ikhlas akan berjaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.103790 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list