View: 40199|Reply: 2
|
Dr. Mahathir bebas bersuara, tidak disekat ke mana-mana acara - Fahmi Fadzil
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan hari ini tidak menghalang atau menyekat Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada ‘bersuara’ (mengeluarkan kenyataan) atau hadir ke mana-mana acara.
Itu jelas Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil bagi menjawab dakwaan kononnya kerajaan menyekat kebebasan bersuara di negara ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, sehingga ke hari ini, bekas Perdana Menteri itu masih boleh melakukan semua perkara tanpa sebarang sekatan dan halangan.
“Ala kesian Dr. Mahathir. Beliau masih boleh bersuara dan tidak ada sesiapa yang menghalangnya mengeluarkan kenyataan atau sesiapa menghalangnya untuk hadir ke mana-mana acara.
“Dia masih bebas bergerak, dia masih bebas hadir atau tidak dan dia masih bebas mengeluarkan kenyataan,” katanya pada sidang akhbar mingguan di sini, hari ini.
Sumber -KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu merekalah yang angkat atok ni jadi PM
Setelah berpuluh puluh tahun kutuk dan maki atok
Segala yang dorang buat terbalik
Kiri jadi kanan, naik jadi turun, depan jadi belakang |
|
|
|
|
|
|
|
try la sekat atok. ade bran ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|