View: 40748|Reply: 15
|
‘Kes Da’i Syed wake up pendakwah, masyarakat hilang percaya’ - Amin Idris
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Penceramah motivasi, Amin Idris menegaskan golongan pendakwah yang memegang gelaran tertentu perlu menjaga tingkah laku agar tidak memberi impak negatif terhadap diri sendiri dan masyarakat.
Menurut Amin, 43, kes jenayah seksual yang melibat Da’i Syed baru-baru ini juga perlu dijadikan ‘wake up call’ buat semua individu bergelar pendakwah.
“Kes Syed yang berlaku baru-baru ini adalah titik kesedaran buat semua golongan agamawan termasuk saya sendiri menilai semula cara untuk menyampaikan ilmu kepada orang ramai.
“Semua perlu berhati-hati sebab Allah SWT sedang menjaga aib kita semua dan jangan cari masalah sehingga boleh melondehkan aib,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.
Dalam pada itu, Amin mengakui isu sebegitu memberi impak negatif terhadap nilai kepercayaan masyarakat terhadap golongan agamamawan.
Katanya, bagi menyampaikan ilmu agama, elemen penting adalah percaya.
“Sekiranya kurang elemen kepercayaan, sesebuah ilmu sukar untuk diterima, nilai kepercayaan sangat penting.
“Masyarakat Melayu khususnya di Malaysia, asalkan gelaran ustaz, mereka akan mudah percaya, tidak kiralah jual produk atau sebut hadis palsu.
“Walaupun Syed bukan individu yang ada pengajian di peringkat tertinggi dalam bidang Islam, orang melihat dia sebagai ustaz hanya kerana program realiti dia sertai.
“Isu sebegini menghakis kepercayaan masyarakat terhadap agamawan,” ujarnya.
Tambahnya, isu-isu yang melibatkan beberapa golongan agamawan turut memberi impak terhadap aktiviti keagamaan yang dijalankan pendakwah bebas lain.
“Apabila ada beberapa yang buat hal, tidak dinafikan memberi kesan kepada orang lain seperti program bersama masyarakat di masjid terpaksa dibatalkan.
“Bahkan, ada di antara mereka tidak mahu menggunakan gelaran yang dimiliki kerana risaukan krisis kepercayaan daripada orang ramai,” jelasnya.
Terdahulu, Syed atau nama penuhnya Syed Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 30 Ogos lalu selepas didapati bersalah atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.
Perkara tersebut sekali gus mengundang pandangan negatif daripada masyarakat terhadap golongan pendakwah sehingga meraih kecaman teruk alam media social.
Sumber -KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
ada gak komen bernas pasal hal ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lega baca komen abang nih
Abang ni sebut syed je... takde sebut daik bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
Ulasan macam ni yang kita nak dengar. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang lemah iman dan kurang pengetahuan ilmu agama je akan salahkan agamawan lain. Layak ke si syed ni jadi pendakwah islam? Dengan rambut panjang, menari gelek dengan bini dia la, ntah hape2. Aku anggap dia selebriti atau influencer je selama ni. |
|
|
|
|
|
|
|
rancangan realiti dakwah penyebab nyeee |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah dia tak salahkan mangsa² |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah tu. Pandai ckp arab je, ilmu agama nya tak de. Terus dpt title pendakwah sbb masuk program tv. |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu lg aiols tak caya, sapa suruh senang2 nak percaya orang |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya gelaran tu hanya digunapakai pada finalis saje
si said ni tersingkir masa bila
kalau awal2 tersingkir tak payah la nak panggil dia daie daie
rengsa
|
|
|
|
|
|
|
|
berani buat berani tanggung lah. ramai dah yang guna agama nak carik duit. tunjuk imej islamik terus kagum semua orang. tengok ajer lah retis tuhhh dulu seksi meksi sarung tudung terus suci murni walau makin hari makin singkat tudungnya siap fesyen bungkus aurat lagi... fesyen ntah hapa2. yuna jangan terasa pulak yer |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak wake up ke......huhuhu
isu tak ramai berani nak sebut. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah nak tgk dai ke atau ape2 yg dr program tv |
|
|
|
|
|
|
|
stesen TV tu yang salah kalau iye nak buat program macam tu ambiklah peserta yang ada background pengajian agama... lepas tu buat perjanjian tak boleh gunakan gelaran daie ke, imam muda ke, pendakwah muda ke dan sebagainya di luar dari program tersebut sbb itu program bukan nye pengiktirafan berdasarkan kelulusan dan mereka bukan badan2 kerajaan yang bagi pengiktirafan tersebut seperti jabatan agama etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Ada gak yg tak membela sesama diarg
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata dkt diri sendri ke? Kes pinoy ko belum aku lupa lagik kikikiki |
|
|
|
|
|
|
| |
|