CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31337|Reply: 0

[Kedah] Jual minyak masak terpakai tambah wang saku pelajar

[Copy link]
Post time 2-9-2024 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 2-9-2024 06:46 PM

Jual minyak masak terpakai tambah wang saku pelajar

OlehROSLINDA HASHIM

02 September 2024 06:04pm




Muhammad Assyakur Amar (tiga dari kanan) bersama pelajar SMK Alor Janggus ketika hadir program pelancaran Toyota Eco Youth 2024.




ALOR SETAR - Usaha pelajar mengumpul dan mengitar semula minyak masak terpakai bukan sahaja menyelamatkan alam sekitar malah dapat menambah wang saku apabila ditukar kepada wang tunai.

Guru penasihat program Toyota Eco Youth (TEY), Muhammad Assyakur Amar Abdullah berkata, inisiatif Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Janggus melancarkan ‘program 1 murid 1 kilogram minyak masak terpakai’ mendapat sambutan menggalakkan apabila pelajar turut menyebarkan kempen tersebut di kawasan perumahan masing-masing.



Menurutnya, program berkenaan dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kitar semula dan pengurusan sisa dapur dalam kalangan murid serta penduduk setempat

“Selain mahu meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif pembuangan minyak masak terpakai secara tidak teratur ke dalam saliran, ia juga bertujuan menggalakkan amalan kitar semula kalangan pelajar dan komuniti setempat,” katanya di sini pada Isnin.


Program yang bermula pada Mei itu diadakan dengan kerjasama UMW Toyota melalui program Toyota Eco Youth (TEY) dengan kerjasama SWCorp Kedah, E-idaman dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Muhammad Assyakur Amar berkata, kempen berkenaan berjaya membuka mata masyarakat mengenai kelebihan mengitar semula minyak masak yang secara tidak langsung menjana pendapatan ekonomi keluarga.


“Pelajar mengumpulkan minyak masak terpakai untuk diproses semula dengan menjual minyak masak tersebut kepada agensi seperti E-idaman pada harga antara RM2.50 hingga RM4.00 sekilogram. Ia dapat menampung perbelanjaan pelajar selain meringankan belanja dapur keluarga.





]
Pelajar SMK Alor Janggus menjual minyak masak terpakai kepada rakan kerjasama, Petronas untuk ditukar kepada wang tunai.




“Selain aktiviti tersebut, murid juga giat mempromosikan kepentingan mengitar semula minyak masak terpakai kepada masyarakat sekitar Alor Janggus,” ujarnya.

Menurutnya, dianggarkan kutipan hasil yang berjaya ditukar kepada wang tunai antara RM1,000 hingga RM2,000 setiap bulan.

“Wang terkumpul itu akan dipulangkan semula kepada pelajar yang terlibat dalam aktiviti mengumpul minyak masak terpakai. Pada Ogos, sebanyak 400 kg berjaya dikumpulkan dan program ini akan diadakan berterusan,” katanya.

Muhammad Assyakur Amar berkata, peranan setiap individu terutama golongan muda dalam menjaga alam sekitar harus dipupuk sejak awal.

“Diharapkan usaha kecil seperti ini dapat memberi perubahan besar kepada alam sekitar.

“Kita turut berkolaborasi bersama Petronas untuk hebahan pengumpulan minyak masak terpakai, kesannya program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada banyak pihak,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/683525/edisi/utara/jual-minyak-masak-terpakai-tambah-wang-saku-pelajar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.104161 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list