CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21248|Reply: 7

Tanah Jerlus: Penduduk Bimbang Keselamatan, Harap Tiada Keperluan Berpindah - "Rasa Nak Pindah Juga Ada Tapi Tiada Masa Dengan Duit"

[Copy link]
Post time 29-8-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, menyebabkan penduduk di kawasan berdekatan tumpuan pelancong itu bimbang akan keselamatan mereka.


Penduduk Malayan Mansion, Tellbulz, 47, berkata, perasaan untuk berpindah keluar dari kediaman tersebut ada, tetapi terdapat faktor yang menghalang tindakan itu.


Kata lelaki berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu, dia bersama rakan rumahnya gelisah sejak hari pertama insiden tersebut berlaku.


“Memang ada rasa risau dengan keselamatan (disebabkan tanah jerlus), rasa nak pindah juga ada tapi tiada masa dengan duit.


“Sekarang ini jalan nak pergi ke tempat kerja ambil laluan jauh sebab elak garisan kuning polis,” katanya kepada Kosmo!.


Sementara itu, pengunjung dari Sabah, Madi, 30-an berkata, kejadian tanah jerlus itu diketahui selepas tular di media sosial baru-baru ini.


“Saya datang Kuala Lumpur atas urusan kerja dua hari dan selalu turun sini (Jalan Masjid India). Sekarang pula musim hujan jadi nak lalu tengah jalan rasa takut jadi tawakal ikut kaki lima kedai sahaja.


“Kejadian ini tahu dekat media sosial, saya harap dapat jumpa cepat mangsa,” ujarnya.


Sementara itu, pelancong dari Filipina, Najiyah Ismail, 30, berkata, kejadian tanah jerlus itu secara tidak langsung memberikannya sedikit kerisauan untuk kembali bercuti di ibu negara.


“Sedikit sebanyak risau juga untuk kembali ke ibu negara, selalu saya datang ke sini (Jalan Masjid India) untuk urusan kerja.


“Selalu lalu di sini, tapi semalam terkejut pula bila sampai sini ada tali halangan kuning polis,” katanya.


Jumaat lalu, media melaporkan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijaya Lakshmi Goli, 48, dikhuatiri terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ot skit, berapalah kadar sewa umah Kat situ ye? Dah lah mcm ramai foreigner
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tawakal je la
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgk tu takut jd cam cite sinkhole korea tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:44 AM | Show all posts
semoga ramai pindah balik kampung. aman skit
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Situ duduk menyewa aje kan? Siapa aje yg sanggup beli dan tinggal di situ. Sepanjang masa duduk bersesak dengan orang dan warga asing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 07:54 AM | Show all posts
penduduk situ x yakin dgn nenek yg jaga KL tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tellbulz lain maciam je nama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.045374 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list