View: 18193|Reply: 3
|
Tali gantung menanti lelaki Singapura, pasangan kekasih edar dadah
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Singapura dan kekasih hatinya berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup apabila mereka dihadapakan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar lebih tiga kilogram (kg) dadah, dua minggu lalu.
Tertuduh, Brayden Ong, 31, bersama teman wanitanya, Wang Wee Ching, 38, warga tempatan mengangguk faham ketika pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret A. Shaarmini. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh kedua-dua tertuduh itu.
Mengikut pertuduhan, pasangan kekasih itu didapati mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat kasar 2.66kg serta dadah jenis serbuk jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat kasar 457.1 gram (g).
Perbuatan itu didakwa dilakukan bersama-sama kira-kira pukul 3.30 petang di sebuah rumah di Jalan Ekoflora 3/18, Taman Ekoflora, di sini pada 17 Ogos lalu. Mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, wanita warga tempatan itu didakwa bagi dua lagi pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis MDMA yang dianggarkan berat kasar lebih 1.5kg. Tiada pengakuan direkodkan selepas dua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R. Salini.
Dalam pada itu, di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin pula, kedua-dua tertuduh turut menghadapi dua pertuduhan memiliki 1.85 gram dadah jenis nimetazepam dan 2,240 mililiter (ml) cecair MDMA di rumah sama dekat Taman Ekoflora di sini, pukul 3.30 petang, 17 Ogos lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurain Syafiqeen Mohd. Rozi, Siti Fatimah Mamu dan Adriana Azrin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 Oktober dan 27 November depan bagi serahan laporan kimia dan tiada jaminan dibenarkan terhadap kedua-dua tertuduh.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak de keje lain ke nak edar dadah? kan dah ke tali gantung |
|
|
|
|
|
|
| |
|