View: 11056|Reply: 110
|
Kenduri Tahlil Kecoh, Individu Mirip Si Mati Muncul Depan Rumah... Ramai Kata Qarin, Saka Belaan Arwah
[Copy link]
|
|
PENDUDUK sebuah kampung yang menghadiri kenduri tahlil kecoh apabila individu berwajah mirip dengan si mati tiba-tiba muncul di hadapan rumah.
Imbas Anuar (bukan nama sebenar), kisah misteri itu masih segar di ingatannya meskipun ia berlaku kira-kira 15 tahun lalu, ketika dia masih remaja.
Pada malam kejadian, Anwar berkata dia sekeluarga pergi ke rumah jirannya untuk menghadiri kenduri tahlil.
Jirannya, Pak Din meninggal dunia akibat sakit tua, meninggalkan seorang isteri dan sembilan anak.
Suasana di perkampungan itu agak tenang, malah majlis juga berjalan dengan lancar.
Selesai tahlil, tetamu yang duduk bersila dihidangkan dengan beberapa juadah kampung di ruang tamu rumah berkenaan.
Pada ketika itulah, tiba-tiba salah seorang tetamu menjerit kuat sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah pintu rumah.
Seluruh tetamu turut terkejut apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian lusuh sedang berdiri di hadapan pintu.
Lelaki itu kelihatan mirip dengan Pak Din yang baru sahaja meninggal dunia tiga hari lepas.
Isteri arwah iaitu Mak Midah turut terkejut sehingga dia terduduk dan hampir pitam melihat individu mirip suaminya.
Secara tiba-tiba, lampu kalimantang yang menerangi kawasan tangga rumah itu terpadam, namun menyala semula beberapa saat kemudian.0
Kelibat individu itu juga terus lesap dalam samar-samar malam, menyebabkan seluruh tetamu kecoh dengan apa yang baru berlaku.
Ketika itu jugalah orang kampung mula bercakap-cakap tentang saka belaan arwah.
Dakwa penduduk kampung, arwah yang mengusahakan tanah kebun disyaki membela saka.
Namun, ada juga yang beranggapan kelibat makhluk itu adalah qarin si mati.
Menurut Anwar, itu adalah kali pertama dan terakhir dia berdepan kejadian yang begitu menakutkan.
Malah katanya, dia tidak dapat tidur pada malam itu kerana terbayangkan wajah individu berkenaan, seolah-olah melihat orang yang mati hidup semula.
Sumber : Mstar |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 23-8-2024 08:49 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
zmn skg ni pun ada lagi ye bnde cmni. Ada satu kampung klasik, dgrnya satu kampung tu ada saka. Kesian kat waris je kalau saka tu duk kacau |
|
|
|
|
|
|
|
15 tahun dulu tu bukan 90an ya
Tp sekitar 2007-2009
Baca cerita dia rasa mcm pi ke zaman dulu2 plak
|
|
|
|
|
|
|
|
ni macam cerita drama kembali lakonan arwah zami ismail ke m.rajoli entah. cite masa iols kecik sebijik camni la.
apooo penulis teringat drama pastu koyya tulis karangan buat kisah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Kopipes dari wartawan MStar yg kelempok kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu arwah tamar jalis.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Elehhh tamar jalis tu tgk lg yg mcm2 buat relek buat pis je. Baru tgk tuan rumah blk jab rumah dia sendiri dah mengelabah teks |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 23-8-2024 09:52 AM
Rindu arwah tamar jalis.[em:3:]
Tak de sapa ke nak keluarkan blk buku2 dia ye. Bbrp tahun lepas ada le diarg bukukan 6 jilid tp tergantung ralat sungguh la. Tak larat nak khatam berkali2 yg ada tu je nak lg yg lain2 |
|
|
|
|
|
|
|
blh tak nk kata die terkena 'mandela effect'
die tgk drama tu kt tv, wicis fiksyen
tp tah mcmn dia rasa situasi tu btl2 terjadi kt dia
|
|
|
|
|
|
|
|
dah la baru meninggal. buat tahlil kne bagi makanan kat orang kampung pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa yang selalu menyerupai tuan dia ni ni hantu raya. |
|
|
|
|
|
|
|
if ada saka memang x boleh nak buang ke? aku tak paham org dedulu yg sebok bela saka ni. pas tu menyusahkan keturunan lain |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin saka.. mungkin qarin.. tp aku lebih suka bersangka baik je which is qarin.. sbb apa? dulu masa bf aku baru beberapa hari meninggal, adik dia call aku bgtau sepupu diorg yg kecik tu dok panggil 'bf' aku ni masuk rumah.. katanya 'bf' aku tu dok sembunyi blk pokok depan umah diorg tp x nak masuk umah.. kitorg anggap qarin dia je yg budak tu nampak.. FYI, bf aku ni meninggal awal 20an akibat xcident.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pakai bukan nama sebenar agak2 lah. Din dan Anwar. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Pak Din yg meninggal...Tu Tok Det...dia jer yg bela saka... |
|
|
|
|
|
|
|
nohhh teringat jiran kat kampung dlu
arwah macik ni keturunan OA, ada ilmu2 hitam
masa hidup dia mmg mistik2 mcm2 kejadian pelik
tp kami buat bodo je, sekadar menurun tu biasa sgt tgk
lepas meninggal merayap merata riti
mata tggal satu, besar gila merah, daging membusuk,
ramai jiran jumpa dia dtg rumah siap bercakap mintak doa
dia merayap smpai ke muar sana sbb penah keje kilang kat muar
driver2 bas kilang pun kecoh, dia ikut tggu anak balik keje kilang
dia berbadan sgt besar, imagine dia merayap mlm buta kejar anak balik keje
meraung2 anak tu smpai lembik, dah la sebelah rumah aku je
masa meninggal pun dah haru biru, dgn kubur berlubang besar dan penuh air
brp kali bapak aku dgn jiran2 pg kambus kuburan dia
esok berlubang balik, mcm citer mestika wehhh
setahun kampung aku org tak keluar rumah memalam
org tak pg noreh pg2 buta  
kaki2 lepak mat pit yg suka bersidai tp jalan pun takde hahahahah
kat skolah cikgu2 sibuk tanya aku penah nampak ke tak sbb sebelah je kan
aku penah nampak tang mata yg bulat tu kat depan tingkap bergerak2,
sengaja aku tak pakai spec, supaya tak tekejut babun
now anak ppuan dia yg meraung2 tu jadi penyambung ilmu pelik dia
anak tu taknak tp dia mcm auto turun, hari2 bakar kemenyan..
dah 2024 masih ada OA yg mistik2 lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|