CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 20870|Reply: 63

Tuah anak Langkawi buat ‘live’ siput sedut berlumba, raih hampir RM2,000 satu malam

[Copy link]
Post time 22-8-2024 11:17 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Hanya bersiaran langsung menunjukkan siput sedut berlumba, seorang anak kelahiran Langkawi, Kedah meraih hampir RM2,000 satu malam menerusi hadiah ‘gift’ yang diberikan oleh penonton.


Muhammad Aswat Azdha Idris, 29, atau lebih dikenali sebagai @tansri_ash di akaun TikToknya, tidak menyangka permintaan untuk melihat siput sedut berlumba sangat tinggi dalam kalangan penonton.


Beberapa tangkap layar videonya tular di media sosial sejak beberapa hari ini menunjukkan minat orang ramai terhadap perlumbaan siput sedut yang dianggap unik serta menghiburkan.


Jika sebelum ini siaran langsungnya hanya ditonton kurang daripada 10 orang, namun kini pada satu-satu masa Muhammad Aswat berjaya meraih sehingga 26,000 penonton dan 5.7 juta tanda suka daripada pengguna TikTok.


Kisah Muhammad Aswat yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Pulau Tuba bermula apabila seorang penjual kupang dan siput berhenti di hadapan kedai ibunya, dua hari lepas.


“Mula-mula abang tu tanya nak beli kupang tak, manakala satu lagi beg plastik siput sedut dia nak bagi percuma je.


“Saya ambil lah satu plastik tu dan letakkan di sebelah kerusi saya. Kemudian ada seekor siput nak terkeluar, jadi saya letak di atas meja, di hadapan telefon. Kebetulan waktu tu saya tengah bersiaran langsung.




“Tak lama lepas tu, seekor lagi nak terjatuh. Jadi saya ambil lagi seekor letak atas meja. Kemudian nampak dua ekor ni macam berlawan dan tak lama lepas tu penonton makin lama makin ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo!


Tambah Muhammad Aswat lagi, menyedari peningkatan penonton di siaran langsungnya, ibunya menyuruh untuk mengambil tudung periuk bagi memudahkan siput sedut itu ‘memecut laju’.





“Saya pula terdetik nak ambil ‘marker pen’, dan terus tulis garisan mula dan tamat. Malam itu sahaja saya raih 5,700 penonton diikuti dengan petang esoknya 12,000 penonton.


“Paling kemuncak malam tadi di mana saya dapat 26,000 penonton beserta 5.7 juta tanda suka dalam masa tiga jam. Memang saya tak sangka betul-betul ‘meletup’ macam ni,” ujarnya.


Dalam pada itu, Muhammad Aswat tidak menyangka tuah membuat ‘live’ siput sedut itu menjadi penyumbang kepada rezekinya apabila meraih hadiah ‘gift’ mencecah RM2,000 dalam satu malam.




Bagaimanapun, dia tidak menerima sebarang ‘betting’ atau pertaruhan daripada orang ramai meskipun mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penonton.


“Memang ramai yang DM, kata nak beri duit sekian-sekian jumlah untuk bertaruh. Tapi saya tak nak sebab itu dikira judi. Saya buat hanya suka-suka sahaja.


“Tadi saya dah beli barang sikit, insya-Allah trek lumba siput sedut akan ada ubah suai sikit. Saya buat kandungan ni pun tidak sangka ramai yang beri komen positif.


“Sampai di luar dah ada orang panggil saya ‘CEO Siput Sedut’. Insya-Allah saya akan kekalkan kandungan yang santai sahaja untuk orang ramai yang mencari hiburan setelah penat seharian bekerja,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelainan yang santai.
Rezeki ko dik. Jangan lupa diri, merapu-rapu udahlah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
hiburan b40

sorry not sorry
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 12:34 AM | Show all posts
harap takda unsur penyiksaan lah. Macam orang dok guna panda untuk orang bergambar atau gajah untuk jalan-jalan persis kat siam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 kaki judi ni pantang tengok benda2 race berbau kejudian ni. Seeloknya hentikan la live begini, takut ada yang atur betting nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 01:25 AM | Show all posts
Itzy replied at 23-8-2024 12:37 AM
Puak2 kaki judi ni pantang tengok benda2 race berbau kejudian ni. Seeloknya hentikan la live begini, ...

uish.. kesian kena tempias kalau gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2024 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda takde pekdah langsung
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Lalu kt reel meols tgk 2 3saat seblom skip.
Xrasa thibur lgsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Heran juga permainan macam ni pun ramai boleh suka. Alhamdulillah dah rezeki dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk benda-benda bodoh kat tiktok lps tu bg gift. Buang masa , buang duit. Lps tu memekik-mekik maki kerajaan potong subsidi, harga barang naik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk gak live ni. Tapi ada gak terfikir, nnt ni mesti nnt ada betting.. dh jd judi..

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm citer kartun turbo. lumba siput. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti slow gila kan
sempat masak  n mkn mee maggi
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:35 AM | Show all posts
zehra2 replied at 23-8-2024 07:30 AM
mesti slow gila kan
sempat masak  n mkn mee maggi

tgk slipshot yg duration 30 saat tu mcm getir jugak..mamat ni kene slalu betolkan dan bg hidayah kat siput2 tu spy mengesot d landasan yg benar..asik menyimpang ke hala lain je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
nanti ramai ramai pakat buat. pastu gaduh online. pastu flop. pastu hype benda baru pula. gitu la menda viral sekarang....


cuma berapa lama dia boleh bertahan viral race siput ni....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:43 AM | Show all posts
kejap aja ni..nnt org hilang interest la..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 23-8-2024 07:57 AM
MissYouSayang replied at 23-8-2024 01:44 AM
Benda takde pekdah langsung


Ni dpt kat researcher mcm2 persoalan keluaq...siput size apa paling laju paling perlahan, cengkerang ada affect speed ker tak? Mcm mana nak bagi dia jln straight? Muscle size ratio yg paling laju...kalau masak yg menang sedap or yg kalah sedap? Yg mana boleh jual mahal yg mng or kalah???
Terpulang pada apa yg hg pikir masa tgk race tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mne nak trigger siput ni bgi berjalan. Nak kne tepuk belakang dia ke, or kne letak makanan di garisan penamat. Sbb siput tu ada yg mcm statik je. Mgkin faktor usia kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 23-8-2024 12:30 AM
hiburan b40

sorry not sorry

Entah nye atuk T20 tu main Judi Longkang zama dulu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
bpbbppbp replied at 23-8-2024 08:06 AM
Mcm mne nak trigger siput ni bgi berjalan. Nak kne tepuk belakang dia ke, or kne letak makanan di ga ...


Kena jerit jerit macam Judi Lumba Kuda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.072394 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list