CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24464|Reply: 4

[Tempatan] Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi

[Copy link]
Post time 22-8-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
bh.com.my
Ogos 22, 2024 @ 4:51pm



Wan Saiful ketika hadir di Mahkamah Sesyen, hari ini. - FOTO BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke dalam akaun bank persendirian bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dua tahun lalu.

Penolong Pengurus Maybank Cawangan Bukit Damansara, Fazilah Omar, 49, turut mengesahkan wang berkenaan dimasukkan melalui cek ke dalam akaun Maybank Islamic pada 25 Oktober 2022, yang dibuka atas nama Wan Saifulruddin Wan Jan.


Bagaimanapun, saksi ke-11 pendakwaan itu tidak dapat memastikan individu yang memasukkan wang terbabit.


"Saya boleh sahkan terdapat kemasukan wang RM49,000 tetapi saya tidak dapat pastikan siapa yang masukkan wang itu kerana ia bukan bidang kuasa saya... tetapi wang itu telah dimasukkan. Jika ingin tahu butiran cek, kami boleh membuat semakan dengan membuat permohonan ke ibu pejabat (Maybank)," katanya apabila dirujuk dengan penyata akaun bank berkenaan.

Fazilah berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Amirah Muhammad Ali, pada perbicaraan kes Wan Saiful yang berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan rasuah berhubung projek Jana Wibawa.


Disoal Siti Amirah berapa kali transaksi kemasukan wang RM49,000 itu, saksi menjawab: "Hanya satu kali, iaitu pada 25 Oktober 2022."

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung 3 September depan.

Wan Saiful, 49, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.


Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan SST bagi projek terbabit.

Wan Saiful didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, di sini, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku, di sini, antara 12 Ogos dan 13 November 2022. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – BERNAMA








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 08:31 AM | Show all posts
tersenyum riang beliau dirakam foto oleh wartawan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 12:11 AM | Show all posts
takde nak ke sogo ke
selamatkan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 04:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.131808 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list