CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 43745|Reply: 40

[Politik] Muhyiddin tunjuk bukti kepada polis, cukup jumlah jadi PM X

[Copy link]
Post time 21-8-2024 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-8-2024 08:45 PM

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyerahkan beberapa dokumen kepada polis sepanjang tempoh sejam memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (Raja, agama dan kaum).

Beliau berkata, dokumen itu adalah dua surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, yang mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 meminta mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang lain untuk menjadi Perdana Menteri menghantar Akuan-Akuan Berkanun kepada Istana Negara selewat-lewatnya pada 21 November 2022 sebelum jam 2 petang.

Katanya, dokumen kedua adalah 114 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang telah diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, jam 1.28 tengah hari, sebelum tempoh asal ditetapkan tamat dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.

Selain itu katanya, turut diserahkan Surat Akuan Penerimaan Akuan Berkanun daripada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim, bertarikh 21 November 2022 yang mengesahkan bahawa beliau telah menerima dokumen-dokumen tersebut serta dokumen lain yang berkaitan.

Dengan penjelasan saya kepada pihak polis berserta dokumen yang saya serahkan kepada mereka, saya berharap pihak polis akan menjalankan siasatan dengan telus, adil dan saksama menurut lunas undang-undang.

'Kesetiaan saya kepada institusi Raja Berperlembagaan jangan dipersoal'

"Sebagai seorang rakyat biasa, saya bernaung di bawah kebesaran dan kemuliaan Raja-Raja Melayu dan taat setia saya kepada institusi Raja Berperlembagaan jangan dipersoalkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu memberikan keterangan kepada polis kira-kira satu jam berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R.

Proses itu dilakukan di pejabat bekas Perdana Menteri itu yang terletak di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Turut dilihat hadir Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin; Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, hari ini polis mengambil kenyataan daripadanya berhubung ucapan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

"Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan menjelaskan fakta-fakta berhubung ucapan saya.

"Ucapan saya langsung tidak mempunyai niat untuk menghina institusi Raja di negara ini. la adalah ucapan kempen pilihan raya di mana saya menyatakan fakta mengenai penubuhan kerajaan selepas PRU15 secara sepintas lalu, dan kemudiannya menceritakan mengenai kesusahan hidup rakyat disebabkan dasar-dasar kerajaan yang menekan mereka," katanya.

Bagaimanapun katanya, ada yang telah memutarbelit ucapannya termasuk menyunting video ucapan berkenaan dengan niat untuk memfitnah kononnya beliau menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah dan menghasut rakyat supaya membenci Raja.

Katanya, dalam kenyataannya kepada polis hari ini, beliau telah menjelaskan tuduhan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan berniat jahat.

"Saya hanya menyatakan fakta mengenai 115 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

"Tidak ada sepatah perkataan pun dalam ucapan saya yang menghina Raja atau mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong pada masa itu.

"Perkara ini pun telah berlaku hampir dua tahun yang lalu. Sepanjang tempoh itu saya tidak pernah menghasut atau mengajak rakyat menghina atau membenci institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.

"Saya juga tidak pernah menuntut untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Malah, pada 24 November 2022, saya telah mengeluarkan kenyataan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Ke-10.

"Apa yang saya sebut dalam ucapan saya hanyalah fakta yang menjadi sebahagian daripada rekod sejarah," katanya.


BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2024 09:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu ckup x ckup majority ni rare kan. eloklah masuk dlm buku teks sejarah. Lbih updated gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis lah MP umno yg sign SD sokong midin dah boleh korek tabung bayar Umno 100m sorang...
Harap nama2 diaorang yang khianat tu didedahkan lah...boleh lah sembang masa Pau nanti...londeh kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 21-8-2024 08:18 PM
Habis lah MP umno yg sign SD sokong midin dah boleh korek tabung bayar Umno 100m sorang...
Harap n ...

Pengkhianat sbnr bos wak pornorogo ko, Bkn mp umno. Aku rs kalo Amerika rasuah bos pornorogo ko, sng2 dia jual negara ni kat us.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit kot abahcow ni

Bukan ke SD individu dah tak pakai dah

Yang diterima ialah keputusan dari ketua parti

Sudah2 la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah sudah lah...baik korangg tunggu next Pru or any prk kecik kecik tuh..
Suh jadi ketua pembangkang pun susah...ini nak pulak jadi pm..bukannya X pernah jadi kan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia. Dulu jadi pm tak sempat nk buat byk benda sbb covid 19. Tak boleh nk move on.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 21-8-2024 10:09 PM
Sakit kot abahcow ni

Bukan ke SD individu dah tak pakai dah

ahli parlimen patutnya independent sebab rakyat yg pilih. klu dlm mesyuarat persatuan lain lah kne ikut cakap boss.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
come on..cirit terkincit lagi ni kang?

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 12:03 AM | Show all posts
Sian nye tak habis2 jaja SD ko yang x laku tu..konpiden yerrr..
But then ujung2 angkat sampah depan lobai jd piyem tepi.
Hey sedor le Bersatu tu hanya parti komponen je
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 21-8-2024 10:52 PM
ahli parlimen patutnya independent sebab rakyat yg pilih. klu dlm mesyuarat persatuan lain lah kne ...

Kalau nak independent takyah la join mana2 parti

Jadi la wakil bebas
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayoooo si sembab ni. Penggal dah separuh dah. Meroyan tak abes lagi. Dah nk masuk PRU baru dah. Kalau masih terliur jadi PM fight la next PRU ni. Tu pun kalau org nak kau jadi PM la. Azmin memerhati dr jauh tu ..kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 21-8-2024 10:52 PM
ahli parlimen patutnya independent sebab rakyat yg pilih. klu dlm mesyuarat persatuan lain lah kne ...

Bertanding pun atas nama parti nak independant apa... lainlah calon bebas...

Contoh wan fayshal tu... kalau tak pakai bendera bulan, orang kelantan nak pangkah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 21-8-2024 10:07 PM
Pengkhianat sbnr bos wak pornorogo ko, Bkn mp umno. Aku rs kalo Amerika rasuah bos pornorogo ko, s ...

Tu lantak dia lah...and lantak kau lah nak tuduh dia ambik rasuah...dosa kau tanggunglah sendiri
Yang aku cakap pasal MP umno yg makan 2 kolam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:39 AM | Show all posts
Boleh tak buat Akta yang nak jadi Ahli Parlimen / Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri hendaklah tidak melebihi 60 tahun ikut had umur Penjawat Awam. Atau paling maksimum tidak melebihi 65 tahun. Ini sampai dah ganyut pun nak jadi PM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 09:43 AM | Show all posts
Meolls sokong je Midin, korang ni suka ye Nuar yg kuat kincing tu jadik piyem? ekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:52 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 21-8-2024 10:39 PM
Kesian dia. Dulu jadi pm tak sempat nk buat byk benda sbb covid 19. Tak boleh nk move on.

bukan tak sempat buat banyak benda tapi tak sempat nak hapus segala benda
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani kerana benar le ni ye ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 10:07 AM | Show all posts
KamikuP replied at 22-8-2024 09:43 AM
Meolls sokong je Midin, korang ni suka ye Nuar yg kuat kincing tu jadik piyem? ekekekekeke

Mungkin sebab dia terlalu bagus sampai kena macam2 dari zaman atok? Sampai takut nau dia naik. Sampai hilang lah hak anak2 dia dapat kasih sayang seorang bapak. Mujur jadi orang jugak anak2 dia.  
Sepol bukari tu pun dah terbongkar dia menipu.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.065729 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list