|
|
Bergurau dijangkiti penyakit bukanlah sesuatu yang boleh "dibuat main" walaupun dengan niat sekadar nak melawak.
Memetik Beautifulnara, suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang menjadi tumpuan warga maya setelah dia memuat naik video ‘prank’ yang mengatakan dia dijangkiti virus Monkey Pox.
Dalam video tersebut, Aliff yang lebih dikenali sebagai Opai itu dilihat memakai pelitup muka sebagai tanda menunjukkan dirinya tidak sihat.
"Kepada sesiapa yang kenal saya dan berjumpa sejak dua tiga hari lepas ni saya sarankan anda semua pergi periksa sekiranya anda semua positif. Rasanya saya terkena monkeypox pertama di Malaysia."
Dia kemudian membuka pelitup muka tersebut lalu mengenakan ‘filter’ wajah monyet sambil ketawa terbahak-bahak.
Video yang telah disunting ke platform TikTok itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Opai yang dianggap melampau dan mempermainkan isu penyakit yang semakin membimbangkan di Afrika, Thailand serta Indonesia.
Untuk info, virus ini dipercayai berasal dari bahagian tengah dan barat Afrika namun kini telah menular ke kawasan luar benua itu.
Pakistan, Sweden dan Indoneisa antara negara yang telah mencatatkan kes pertama virus berkenaan dalam kalangan penduduk.
Sumber : Xtra, Beautifulnara
Kurangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata & Kantung Bag dalam 30 Minit !

WhatsApp: https://wa.me/+601119399888
Website: https://www.regionsclinic.com.my/eye-bag-treatment/
Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@regionsclinic |
|