CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 36701|Reply: 3

Individu pertengahan umur paling banyak pinjam bank - Kajian

[Copy link]
Post time 20-8-2024 11:42 PM | Show all posts |Read mode





SINGAPURA  – Satu laporan mendapati bahawa permohonan pinjaman daripada penduduk pertengahan usia (40 hingga 59 tahun) di Singapura meningkat sebanyak 28 peratus sejak dua tahun lepas, lapor laman berita Today Online kelmarin.


Purata jumlah  pinjaman yang dipohon oleh kumpulan tersebut adalah kira-kira SG$22,000 (RM73,478).


Kelompok berkenaan juga menyumbang kira-kira satu pertiga daripada permohonan pinjaman di negara itu.


Walaupun tidak memberikan angka sebenar berikutan sensitiviti komersial, seorang jurucakap firma broker kewangan Lendela berkata, angka itu berdasarkan hampir 200,000 permohonan daripada warga Singapura dan penduduk tetap yang dikumpulkan dari tahun 2022 hingga 2024.


Pengurus Negara Singapura bagi platform itu, Bryan Tay berkata, mereka melihat peningkatan beransur-ansur tetapi konsisten dalam permohonan pinjaman, terutamanya dalam kalangan warga Singapura pertengahan umur.


Malah, laporan itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam bahagian permohonan daripada peminjam berpendapatan sederhana.


Ia terdiri daripada mereka yang memperoleh pendapatan antara SG$48,000 (RM160,332) hingga SG$84,000 (RM280,581) setahun.




Dalam masa sama, terdapat peningkatan 64 peratus dalam bahagian permohonan daripada peminjam berpendapatan sederhana hingga tinggi iaitu mereka yang berpendapatan melebihi SG$84,000 setahun.


“Jika dilihat lebih dekat, kami melihat peningkatan ini berakar umbi dengan peningkatan kos kerana sebab paling biasa untuk meminjam dikaitkan dengan kos sara hidup dan hutang, “ kata Bryan. – AGENSI


Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pertengahan umur okay lagi lah. Jgn muda2 lagi dah duk hutang byk. Mcm kat Korea tu. Sanggup brhutang beli brg2 branded
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang lah tak hutang mana mau nakbeli kereta rumah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 12:56 PM | Show all posts
-----
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.067279 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list