CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 37448|Reply: 16

Hari Malas Sedunia : Semua orang disaran bermalas-malas hari ini

[Copy link]
Post time 20-8-2024 11:40 PM | Show all posts |Read mode





BOGOTA – Hari Malas Sedunia diraikan di seluruh dunia hari ini (20 Ogos) dengan orang ramai mencari pelbagai alasan untuk tidak melakukan apa-apa dan hanya duduk berehat, lapor laman berita UNN.


Sejarah sambutan itu bermula pada 20 Ogos 1984,  apabila perayaan perdagangan dan perindustrian berlangsung di sebuah bandar di Colombia.


Pemilik perniagaan tempatan memberi pekerja mereka cuti satu hari dan menggalakkan mereka berseronok semasa cuti.


Idea untuk mempunyai hari tambahan dengan tidak melakukan apa-apa diamalkan rakyat Colombia, manakala gerakan spontan untuk hak menjadi malas muncul di negara itu.


Idea untuk menyambut hari istimewa bagi melambangkan kemalasan itu kemudian secara beransur-ansur diamalkan di negara-negara  lain di serata dunia.


Di Amerika Syarikat pula, hari bermalas-malas kebangsaan disambut pada 10 haribulan Ogos setiap tahun.


Terdapat perkara seperti kemalasan bermusim iaitu apabila seseorang tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja pada masa-masa tertentu dalam setahun.


Laporan UNN turut menyebut bahawa orang lelaki adalah lima kali ganda lebih cenderung bersikap malas berbanding wanita.


Selain itu,  antara yang menjadi penyebab kemalasan di tempat kerja adalah arahan yang tidak bermakna atau tidak jelas daripada pihak pengurusan.


Sementara itu, serang lelaki di Itagui, Colombia menyambut hari tersebut dengan memalaskan dirinya di atas katil sambil memakai kostum ayam.  – AGENSI


Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam dalam citer doraemon. Hari bermalas malasan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:33 AM | Show all posts
hari ni ke? patut td cm malas nk bangun hahaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 10:40 AM | Show all posts
Alaa.. terlepas...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 10:56 AM | Show all posts

di colombia masih 20.08.2024
klu ikut waktu dorang, still on utk bermalas2an
berbaki 2 jam lagi




Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesetengah kaunter gomen, hari2, hari malass
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2024 11:48 AM | Show all posts
pttla rasa nk tido je haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut ler rasa malas hari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut public holiday harini...dah semua malas nak kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 02:49 PM | Show all posts
tak payah ada hari bermalas malas pun ramai rakyat malaysia yang malas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bpbbppbp replied at 21-8-2024 11:43 AM
Sesetengah kaunter gomen, hari2, hari malass

Tak habis habis kaunter gomen

Padahal diri sendiri yg malas nak beratur, malas nak ambil nombor, malas nak parking jauh, malas nak jalan ke pejabat gomen, malas nak isi borang, malas nak menunggu...padahal hidup kita ni 90% ialah menunggu, termasuk menunggu mati.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 21-8-2024 02:53 PM
Tak habis habis kaunter gomen

Padahal diri sendiri yg malas nak beratur, malas nak ambil nombo ...

Realiti uol
Yg rajin xpelah. Nnti blh raikan buat Hari Rajin pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bpbbppbp replied at 21-8-2024 04:14 PM
Realiti uol
Yg rajin xpelah. Nnti blh raikan buat Hari Rajin pulak

Tak...aku x nafikan diorg malas. Tp org awam mcm ko pon malas juga
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 05:03 PM | Show all posts
Hari Malas Sedunia lebih baik dihapuskan aje daripada disambut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 22-8-2024 11:32 AM
Tak...aku x nafikan diorg malas. Tp org awam mcm ko pon malas juga

betul dan tapi tak tepat tu uols
Sbb iol biasa kje/shopping naik train, jdi byk jln2. X cari parking
Yg borang tu iol xde masalah isi. Cuma habit malas iol is memasak kalau xde mood
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 12:57 PM | Show all posts
-----
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 12:30 AM | Show all posts
terlepas sudah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.095814 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list