CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43694|Reply: 19

Hidap Kanser Limfoma Sejak 11 Tahun Lalu, Elyana Terus Kuat Jalani Kemoterapi Walaupun Sebenarnya Sudah Bebas Kanser

[Copy link]
Post time 20-8-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode





Biarpun sudah disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu, penyanyi Elyana masih perlu menjalani rawatan kemoterapi sebagai langkah pencegahan.


Menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, Elyana, atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 37, memaklumkan bahawa dia baru sahaja selesai menjalani sesi kemoterapi di sebuah pusat perubatan.







Dalam video yang dimuat naik, Elyana kelihatan berada di atas katil hospital dengan wajah ceria meskipun sedikit keletihan. Walaupun begitu, beliau tetap mengekalkan semangat positif dan tenang dalam menghadapi rawatan ini.


“Muka terus bengkak sebab steroid dan chemo (kemoterapi). Saya sudah puas tidur tadi masa buat kimo (kemoterapi). Jadi sekarang saya tidak boleh tidur lagi,” ujar Elyana.


Beliau turut menambah bahawa selepas mengambil ubat, beliau akan cuba berehat lagi kerana tidak mahu otaknya menjadi terlalu tepu akibat kekurangan tidur.


Elyana, yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu, berkongsi bahawa ini bukan kali pertama dia menjalani rawatan kemoterapi.


Pada Julai lalu, Elyana mendedahkan bahawa dia telah menjalani rawatan kemoterapi keempat. Meskipun proses rawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah, Elyana terus kuat menghadapi ujian ini dengan penuh kesabaran.







Walau bagaimanapun, perjalanan rawatan kemoterapi Elyana bukan tanpa cabaran. Sebelum ini, beliau pernah meluahkan rasa kecewanya apabila mendapat kecaman daripada netizen berikutan perkongsian mengenai rawatan kemoterapinya.


Akibatnya, Elyana memutuskan untuk tidak lagi berkongsi tentang perjalanannya menjalani rawatan ini di media sosial.


Namun begitu, sokongan dan kasih sayang daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia telah menjadi sumber kekuatan utama Elyana untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihadapinya.







Semoga Elyana terus diberi kekuatan dan kesihatan dalam menghadapi hari-hari mendatang.




Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 05:20 PM | Show all posts
orang lain silih berganti
tapi dia masih gagah berdiri
semua atas ketentuanNya jua



gitu petang2 layan emo
sambil ditemani hujan di luar jendela
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang tu la.

Sampai hati speku Elyana fake sakit kanser.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Relapse ke cmne..org buat chemo ni biasanya sbb relapse
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 05:30 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan Elyana. teringat member iols sekarang tengah berjuang dengan kanser limfoma juga. Tapi sampai sekarang tak tahu stage berapa apa semua sebab dia belum bersedia. Doakan kawan iols juga ya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik..sarung tudung blk ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 05:40 PM | Show all posts

yg tudung rasanya gambar lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 05:44 PM | Show all posts
yg saya faham
sebab ada pengalaman anak buat kimoterapi
bila  REMISSIONED (bebas sel kanser)
tak berhenti serta merta kimoterapi
kena teruskan protokol
ada beberapa peringkat
makan tahun juga utk habiskan protokol  tu
kalau relapse
tukar protokol lain ...
selepas habis semua peringkat tu (lupa nama peringkat2 tu)
kalau dah tak relapse dlm masa 5 tahun
boleh boleh kata dah sembuh ...


gamaknya ini yg Elyana lalui

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
masa dia umum skt kt ggv tu i mcm agak sedih la..xblh tdo..pastu asyik scroll fb dia..
pastu lama lama i jd menyampah lps dh sehat dia bkk balik tdg..
bkn i nk judge dia..tp awat dia bertudung masa tu..
skrg kangsg xtgk dh..i unfollow..i suka   dia masa dunia baru..berkobar kobar nk masuk u..masa cite tu i sekolah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
masa belum 100% bebas kanser dulu, dia ketepikan chemo.. kata nak bagi peluang kat pesakit lain..
bila dah bebas kanser buat chemo balik la pulak..?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
emilyrose: masa belum 100% bebas kanser d ...


I pon igt sheols ulg indo kan ckp rwtn alternatif katanya masa tu and hold hospital punya treatment
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal kemo je pakai tudung.
Dh elok berambut, togel balik.
Kalau tak nak org tgk kau yg botak, pakai snow cap je la.
Ni kau buat tudung tu mcm pakai bra, kejap bukak kejap tanggal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang ada cancer ni rasanya kalau dah sembuh pun tetap masih ada sel kanser dalam badan. Anytime boleh aktif balik semula. Jiran sebelah rumah kakak saya macam tu lah. Dah bertahun cancer free...tapi tiba-tiba meninggal sebab kanser dia aktif semula
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu i kesian sangat dia ni. Pantang ada mengata dia buka tudung, mesti i perasan hero protect dia Tapi bila dia dah sembuh, kuat sentap la pulak. So, mana2 lah. Malas nak back up (walaupon aku tau dia tak minta pon kena back up kekekek)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 20-8-2024 05:40 PM
yg tudung rasanya gambar lama

Oh gamba lama rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 20-8-2024 06:35 PM
masa dia umum skt kt ggv tu i mcm agak sedih la..xblh tdo..pastu asyik scroll fb dia..
pastu lama la ...

uolss... dia pakai tudung sbb rawatan tu abes rambut bulu semua gugur
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Khabarnya dia ni suka on off treatment .sebb Tu prolonged rawatn dia..adik iols pun lymphoma 2 tahun continues chemo and treatment without skip... alhamdulillah da recover.. doktor kata bila chemo ni..da masa Kita akn rasa da sihat..so kita pun skip next rawtan.. itu yang bil ada symptom balik
...kena mula semula
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe la. Ubat DND daun karipuley kan ade…leh telan byk2 nnt bebas la kanser semula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.684930 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list