CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42227|Reply: 15

Di mana Muhammad Danish? Hilang sejak Sabtu lalu. Ahli keluarga rayu orang ramai salur maklumat

[Copy link]
Post time 19-8-2024 10:20 PM | Show all posts |Read mode



GEORGE TOWN – Ahli keluarga Muhammad Danish Syamil Jusfaridan, 21, merayu orang ramai menyalurkan maklumat bagi mengesan pemuda itu yang hilang sejak Sabtu lalu.


Bapanya, Jusfaridan Azizat, 48, berkata, anaknya keluar dari rumah bekas isterinya di Bukit Jambul tanpa memaklumkan lokasi ditujui.


“Kali terakhir Danish dilihat berada di Nibong Tebal. Saya sudah berkali-kali menghubunginya, namun telefon bimbitnya dimatikan.


“Saya juga sudah berhubung dengan rakan-rakannya tetapi mereka juga tidak tahu di mana Danish berada. Kali terakhir kami berjumpa pada Ahad lalu, dia belanja saya dan adiknya makan.


“Pada masa itu dia kelihatan ceria seperti tiada masalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut Jusfaridan, anak lelakinya yang bekerja di sebuah kedai di Relau tidak pernah menghilangkan diri dalam tempoh lama sebelum ini.


“Dia anak yang baik, tidak pernah buat hal yang tidak menyenangkan hati kami. Kami bimbang keadaannya dan memohon orang ramai menyalurkan maklumat jika ternampak Danish. Laporan polis juga telah dibuat tengah malam tadi,” katanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Danish boleh menghubungi bapanya di talian 012 535 1349 atau balai polis berhampiran.


Sumber: KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 10:28 PM | Show all posts
Kenapa hari2 org hlg je ni..adoiiiiiii stress laaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 19-8-2024 10:45 PM

Semoga danish dijumpai selamat Insyaallah amiin..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekas isteri anak ke bekas isteri si bapak? Konpius iols
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudanya dh ada bekas isteri
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh malaysia ku. Musim orang hilang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
gurlfriday replied at 19-8-2024 10:28 PM
Kenapa hari2 org hlg je ni..adoiiiiiii stress laaa

Wartawan dah semakin rajin kot..  Sama je dulu pon ramai tapi hype ni bermusim.  I think polis pon dah makin mesra ngan wartawan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 07:22 AM | Show all posts
berita org hilang lagi.. hati2 semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
moga djumpai selamat
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 08:35 AM | Show all posts
semoga dpt dijumpai dgn selamat...

taknak fikir yg negatif sbb risau dgn keadaan skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:03 AM | Show all posts
risau xciden je, masuk gaung, longkang, sungai, laut. kena cari laluan2 budak ni lalu dulu . mcm dr rumah ke tmpt kerja ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:24 AM | Show all posts
Menurut Jusfaridan, anak lelakinya yang bekerja di sebuah kedai di Relau tidak pernah menghilangkan diri dalam tempoh lama sebelum ini.



ape sblm ni pernah ke
cuma sekejap?

mcm forummer ats kata
track balik last pergerakan dia
mmg ada kes sblm ni berjaya ditemui bila buat mcm tu

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab: Bekas isteri anak ke bekas ist ...

Kdg2 konpius gak ayat BM , aku rs bekas isteri ayah ( mak ayah bercerai kot) , klu nk ckp 'dari rumah ibunya' dh jd rumah nenek  yg hilang ni pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya berita org hilang setiap hari. Semuanya mengerikan. Memang dah tak selamat ke sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
  


Ualls..takde bukak benang pasal ni ke? Kesian budak2 ni terperangkap punya lama dalam lif.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 01:04 PM | Show all posts
-----
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.358998 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list