View: 43372|Reply: 64
|
Memandu kereta tanpa lesen (LKM), insurans. Nabila Razali, ibu didenda RM480
[Copy link]
|
|
Penyanyi Nabila Razali dan ibunya didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini kerana memandu kereta tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans, Januari lalu.
Majistret Dr. Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah ibu Nabila, Shamsidah Abdul Rahman, 58, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang juga mewakili anaknya, sejurus empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan dua pertuduhan terhadap Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, 31, dia sebagai pemilik sebuah kereta didapati membenarkan ibunya, Shamsidah menggunakan kenderaan itu di atas jalan raya dengan LKM tamat tempoh dan tanpa polisi insurans.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11.50 pagi di Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dalam daerah Alor Gajah pada 9 Januari 2024.
Sementara itu, ibunya turut berdepan dua pertuduhan iaitu memandu menggunakan kenderaan dengan LKM tamat tempoh dan tanpa perlindungan insurans pihak ketiga pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.
Sabit kesalahan mereka berdua berdepan denda maksimum RM2,000 mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.
Bagi kesalahan tiada polisi insurans, Nabila dan ibunya juga didakwa mengikut Seksyen 90(1) APJ 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 90(2) akta sama yang memperuntukan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau keduanya sekali dan boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan, Fadzil Abu, manakala Nabila dan ibunya tidak diwakili peguam bela.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM120 bagi setiap mereka atau penjara sehari jika gagal bayar. Anak beranak itu membayar denda tersebut.
Sumber: KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pk keselamatan diri dan orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
rm480 je?
celah gigi kak nab je
dah jadi bini org pun bengap |
|
|
|
|
|
|
|
mak aiii murahnya denda? bayar insurans lagi mahal ribu riban... apoookahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Bakpo kaknab tak renew roadtax & insurans |
|
|
|
|
|
|
|
Tak renew la tu. Dasar pemalas. |
|
|
|
|
|
|
|
Kata byk sgt duit tapi hakikatnyer bimbo. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai kaknab semua skrg ni di hujung jari. Kurangkan main tiktok. |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar pulak gosip ni dia mcm penyejuk gosip panas sol dan abdul |
|
|
|
|
|
|
|
Kat tiktok kemain ramai cakap cantinya dia lepas kawen, bila di tangan org yg tepat,.... dorg ni tak pernah guna filter tiktok ke sapa sapa pun boleh jadi lawa kalau kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
la kaknab baru nak bersinar balik sebab cite awan tu dah timbul masalah lesen.. kaknab tak ong lagi la bakalan dicerca ummah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kaya...mmg tak payah insurance... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana boleh jd ni kaknab. Husb dahlah tokey kereta. Kalau tak renew online, takkan takde agen... |
|
|
|
|
|
|
|
bapak dia tak bising pulak anak bini buat perangai macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
tukar nama lag nab bagi kete tu kat mak….:.settle x yah pening renew road tax |
|
|
|
|
|
|
|
Laah mak ni pun. Kereta letak rumah mak. Pakai hari2. Patut cek leee ins kereta smua. Sejenis bgantung sama anak la ni.. gituu iols bekap nab. Hahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rakyat marhaen dh tentu balik rumah Jalan kaki. Retis kan kenal. Cam Ungka tu. Tibeerrr |
|
|
|
|
|
|
|
Eh dl masa insurance dah nak mati tu, xde ke reminder suruh renew |
|
|
|
|
|
|
|
JD PA tak cover benda2 macam ni kahhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|