CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24549|Reply: 93

Penderma darah A, B, O negatif diperlukan segera. Jom derma darah!

[Copy link]
Post time 19-8-2024 12:28 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Orang ramai yang berdarah kumpulan A, B dan O negatif diminta tampil dengan kadar segera untuk menderma bagi mengatasi keperluan bekalan darah yang semakin meningkat.


Menerusi hantaran di Facebook Pusat Darah Negara, selain kumpulan tersebut, permintaan bekalan darah O+ dan A+ juga semakin meningkat dan mencabar.


Katanya, peningkatan kes pembedahan dan kecemasan akibat pendarahan menyebabkan bekalan stok darah kumpulan-kumpulan terbabit semakin merosot.


“Minggu ini permintaan darah O+ dan A+ terus meningkat dan mencabar. Berganti-ganti ‘marathon’ panggilan telefon doktor kami terima.


“Banyak peningkatan kes pembedahan, kecemasan akibat pendarahan disamping kegunaan pesakit yang memerlukan darah secara berkala seperti pesakit talasemia dan pesakit kanser,” tulisnya.


Bagaimanapun katanya sistem darah ini hanya menunjukkan paras stok di Pusat Darah Negara di mana bekalan akan diagihkan ke hospital-hospital di kawasan Lembah Klang.


Dalam pada itu, statistik pendermaan darah yang dikeluarkan Pusat Darah Negara menunjukkan sebanyak 104,757 unit jumlah keseluruhan penderma darah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.


Sebanyak 60,835 unit daripadanya adalah pendermaan darah dalam kalangan belia manakala sebanyak 101,722 unit jumlah pendermaan secara utuh.


Bagi jumlah pendermaaan darah aferesis pula adalah sebanyak 3,035 unit.


“Terima kasih para Adiwira Darah dan Penganjur Kempen Derma Darah yang menjalankan tanggungjawab sosial dan sentiasa berdedikasi dalam memastikan stok bekalan darah untuk pesakit berterusan.


“Dermalah darah secara konsisten. Sila layari www.pdn.gov.my untuk maklumat terkini lokasi pendermaan darah sekitar Lembah Klang,” ujarnya.


Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku  darah O .penah try nak derma.tapi disbbkan aku kurang zat besi apatah..xleh derma.sampai skrg aku sentap xnak try derma dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols b positive
Huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:28 PM | Show all posts
i O last derma bulan 5..
ngam dah la 3 bulan tapi rasa macam nak tunggu few weeks lagi..
baru nak baik batuk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada cancer boleh derma ke? Dulu aku rajin derma.. sejak ada kanser aku tak pasti boleh derma tak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:45 PM | Show all posts
alesandra replied at 19-8-2024 12:49 PM
Aku  darah O .penah try nak derma.tapi disbbkan aku kurang zat besi apatah..xleh derma.sampai skrg a ...

Alolololo... macam tu sekali sentap... makanlah bayam banyak2, seafood atau brokoli ke utk naikkan zat besi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2024 01:48 PM | Show all posts
JunkMail replied at 19-8-2024 01:41 PM
Kalau ada cancer boleh derma ke? Dulu aku rajin derma.. sejak ada kanser aku tak pasti boleh derma t ...

Kalau dalam treatment x boleh lah sbb uolls mesti makan ubat. Kena habis treatment dulu, badan kuat boleh derma. Tapi kalau kanser uolls relate dgn darah macam leukimia contohnya setahu iolls x leh derma darah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pdn tak datang ofis lagi tahun ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 02:01 PM | Show all posts
ye tak ye. lama jugak tak menderma

harap2 dapat free gift sedap2
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 19-8-2024 02:07 PM

Yg gatal2 seafood jgn ke derma kesian penerima x pernah elergi terus x boleh mkn seafood
Org derma darah ni nak keluarkan toksin dlm darah berkumpul garam gula toksin keladak2 metal kejadah semua kasi keluar, darah baru akan tumbuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:06 PM | Show all posts
JunkMail replied at 19-8-2024 01:41 PM
Kalau ada cancer boleh derma ke? Dulu aku rajin derma.. sejak ada kanser aku tak pasti boleh derma t ...

Uols kanser ape? kuatnya semangat sempat berforum lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 19-8-2024 01:41 PM
Kalau ada cancer boleh derma ke? Dulu aku rajin derma.. sejak ada kanser aku tak pasti boleh derma t ...

semoga uols kuat dan cepat sembuh ye..kalau stress masuk porem maki2 sedas dua
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:14 PM | Show all posts
JunkMail replied at 19-8-2024 01:41 PM
Kalau ada cancer boleh derma ke? Dulu aku rajin derma.. sejak ada kanser aku tak pasti boleh derma t ...

kanser ape tu
selalu nmpk aktif berporum
tak tau plk ada sakit
old timer ni

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols teringin nk derma darah tp dah ada immune disease mmg xlayak derma darah bg org
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:27 PM | Show all posts
teringin nk derma tp tgk jarum besaq sgt takut iols
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:39 PM | Show all posts
Meols darah perwira mau dakkkkkkkk.... bulan Jul ritu dah derma kat PDN.. tunggu ujung Okt lakkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Bujang diorang tak nak, takut penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 19-8-2024 01:41 PM
Kalau ada cancer boleh derma ke? Dulu aku rajin derma.. sejak ada kanser aku tak pasti boleh derma t ...

Kanser apa tu?

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 19-8-2024 12:49 PM
Aku  darah O .penah try nak derma.tapi disbbkan aku kurang zat besi apatah..xleh derma.sampai skrg a ...

Meols sentap sebab bujang, diorang kata main anal sex entah2.

Lepastu kena jeling2 macam najis mughallazah
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau derma sarah82 boleh tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.087483 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list