CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 26662|Reply: 70

[Tempatan] This is madness:Ibu Bengang Penggubal Buat Silibus Matematik Terlalu Susah, Gelar Sebagai Satu ‘Kegilaan’.Netizen berbelah bagi

[Copy link]
Post time 15-8-2024 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Demi mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah agresif dengan melakukan bermacam eksperimen dalam penghasilan silibus yang berkualiti di negara ini.



Namun tidak semua orang bersetuju dengan pendekatan baharu dan salah seorang ibu telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati dengan tahap silibus matematik yang dipelajari oleh anaknya di bangku sekolah pada hari ini.

Dia mendedahkan rasa bengang dengan penggubal silibus dan menuduh mereka tidak mempunyai sifat empati kerana menyediakan skop pembelajaran yang kompleks buat anak di awal usia persekolahan.

Saya merasa geram dengan penggubal silibus yang langsung tiada belas ehsan kepada anak kecil. Usia 8 tahun perlu menyelesaikan soalan darab, bahagi, pecahan dan perpuluhan, jisim dan isipadu, carta palang dan pelbagai rumus dengan soalan berbelit-belit,” luahnya.

Tambahnya lagi, dia yang dahulunya digelar juara matematik di sekolah rendah pada suatu ketika dahulu mengalami kesukaran untuk menyelesaikan silibus pada masa kini dan menggelarkan ia sebagai satu kegilaan.

Hantaran yang dimuat naik di akaun peribadi Facebook meraih pelbagai reaksi dari netizen dan majoritinya bersetuju dengan luahan wanita tersebut di mana silibus matematik pada masa kini terlalu rumit sehingga sukar dihadam oleh orang dewasa apatah lagi untuk anak-anak mereka.

Agak mengejutkan lagi apabila ada ibu bapa yang mendedahkan bahawa kesemua silibus mata pelajaran di sekolah juga mempunyai tahap kesukaran yang terlalu tinggi.

Sementara sebahagian lain pula berpendapat silibus pada masa kini dibuat seiring dengan kemajuan dengan hari ini. Malah, ada yang mendakwa silibus sebegini sudah digunakan oleh anak yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina dan tidak pernah timbul sebarang runggutan dikalangan ibu bapa di sana.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 15-8-2024 12:26 PM

pandangan SG pasal hal ini, kpm ada x buat cross check dgn negara lain mengenai syllabus sekolah kita. Kalau terlalu susah, lama2 budak xde minat nak belajar. Especially peringkat sekolah rendah. Kalau umur awal2 ni mereka dah benci nak belajar, boleh bayangkan betapa stress nya dan in the end give up utk belajar, atau budak2 jadi xde life yg sesuai utk usia mereka, sbb kena study hard gila utk make sure mereka tidak ketinggalan dlm pelajaran

Ni bkn subjek math je, subjek2 lain pon sama. Silibus susah sampai cikgu sendiri pon x faham atau x tau mcm mana nak sampai kan

Ini bukan masalah budak zaman skrg lembik ke x. Cuma bila sampai 1 masa yg budak2 ni dah x boleh take it, jadilah cikgu mengajar sorang2 kat depan, dan budak2 ni lebih berminat x sambung belajar, jadi influencer
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 12:32 PM | Show all posts
Memang betul2 susah ke syllabus untuk public school sekarang. Kesian dekat budak2 kalau betul. Anak I mungkin tak sebijak kawan2 sebaya di public school, tapi sangat enjoy pergi sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg diakui silibus sekolah skarang susah.
Start dari tahun 2000 ke atas & bertukar2 menteri pendidikan. Hasil dia adalah tahap peratusan kecemerlangan & kehadiran SPM.
Asal tukar menteri je memasing sibuk nk 'tunjuk power' gubal silibus sana sini. Tambah subjek segala.
Cikgu2 kat sekolah tercungap mengajar laju kejar nk habiskan silibus sampaikan budak2 yg xpaham terpaksa dibiar camtu aje. Xde masa dah nk betul2 ajar kasi faham 1 kelas hatta separuh kelas faham pun xtentu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 01:12 PM | Show all posts
Jika yang protes itu berbangsa melayu ... Aneh betul jika masih masih ada complain  seperti ini ...Apakah dia X tahu status bangsanya yang mengklaim dirinya sebagai bangsa yang Superior dan Maha Cerdas  ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 15-8-2024 02:12 PM

Soalan jer kbat, pedagogynya....contohnya soalan perlukan pemikiran luar kotak utk jawab soalan, so macam mana nak ajar 10 kelas dari paling bijak sampai paling bahalol utk berfikir luar kotak?
Belajarlah dgn kumon mcm mana dia boleh transform student yg lemah kpd A students. Emphasize pada method, question design, drill yg bnyk etc. Any weak student they can transform. Ini soalan bkn main kbat tapi student tak dilatih berfikir ke situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2024 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat 20sen, kembalikan jela pembahagian kelas ikut pencapaian. Kelas depan dengan kelas belakang cam acik2 forum lahar. Hehe

Yela, bila up sikit ada murid x dapat catch up pastu bosan. Bila slow sangat murid pandai rasa slow dan bosan.

Lama2 semua bosan. Ajar je ikut kepandaian murid2 tu dalam kelas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu yg diulang setiap tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku dari darjah 1 sampai 6 kena kuatkan basic (tambah, tolak, darab, bahagi). Dah masuk sekolah menengah baru la nak kebat bagai. Ajar anak basic congak pantas. Sekarang ni budak darjah 4 pon dah belajar ratus ribu bagai, sedangkan dorang x faham lagi "value" duit sebenar. Pembelajaran kena seiring dengan level pemikiran anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tak suke maths boleh je adap sabjek lain.  Exam bukan kiamat..  Anak ko takde jiwe matematik yang engko pulak dok letak harapan kat anak.  Malu, trauma kalo anak tu fail maths.  Yang bermasalah tu engko bukan anak engko.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pendpt aku la, bukan aku nak backup kpm plak. Bg aku sbnrnye zaman skrang ni mmg dh tak wajar nak guna silibus mcm zaman kita sekolah rendah dulu. Sebabnye kalau korg perasan kadar kemajuan dunia skrang ni dah laju. Contohla mcm teknologi AI. Thn lps AI mampu buat video Will Smith makan spaghetti tapi buruk gila mcm kartun, tahun ni korg bleh nmpk sendiri AI boleh jadi video yg sgt real siap dgn suara lagi bleh tiru tu. Zaman kita dulu kalau budak tak cemerlang SPM pun boleh dpt keje jadi cashier ke driver ni. Zaman skrang ni supermarket pun dah ada self counter, gi check in luggage kat airport pun kena buat sendiri, driverless car dan trains pun dh ade. So lepas ni anak-anak di masa hadapan nk keje ape kalau SPM biasa2 je?

Silibus skrang ni walaupun KBAT, tapi kebolehan berfikir secara logikal adalah asas yg seseorang tu kena ada kalau nak buat coding. Since AI semakin mendunia skrang ni. Memang rugi sangat kalau nak balik mcm dulu, takut nnt anak-anak kita akan lagi ketingalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia yg buat frust tu sbb mak bapak sendiri tak reti buat..so macam mana nak tolong anak...Kena fikir cara lain bukan mcm cara kita buat masa kita sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
betul lah menngarut silibus skrg. konon nak buat pandai sangat, soalan belit². asas tak kukuh, nak pegi.ke bulan. ramai yang ketinggalan terus tertinggal. dah la takda exam so tak da check point. bila sampai penamat, toleh belakang ramai tercicir. waste of time. in the end objective tak capai
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 15-8-2024 11:52 PM
Ni pendpt aku la, bukan aku nak backup kpm plak. Bg aku sbnrnye zaman skrang ni mmg dh tak wajar nak ...

nak laju pun asas kena kukuh. start slow bila dah boleh berkembang baru laju. awal² sprint nnt pancit di tengah jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 15-8-2024 03:18 PM
Bagi aku dari darjah 1 sampai 6 kena kuatkan basic (tambah, tolak, darab, bahagi). Dah masuk sekolah ...

Iols jenis ambil inisiatif ajar anak sendiri..rs kegilaan silibus kpm ni...chapter ada la berbelas2...then sub topics lg...
Iols ni stail belajar n nak ajar org iols kena kenalpasti main points..tp kalo iols hikut buku teks tu mau hanyut...iols kena tgk cth2 pengajaran cikgu2 math malaya ni..drill bab foundation...
Sains plak...iols geram je la dgn pembuat buku teks ni..nak kata ensiklopedia bukan...susunan cacamarba jek rs...rs mcm kurang kesinambumgam antara sub topics tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak langsung tak bawa balik buku teks buku aktiviti buku tulis ke rumah. Tak dapat nak pantau apa benda yang dia belajar. So, beli buku latihan topikal, tanya dekat sekolah dah belajar sampai mana. Buat latihan dekat rumah, supaya boleh tahu apa bende yg anak ni faham, apa bende yg anak tak faham. Bila dapat identify subtopik apa yang dia tak faham, boleh betulkan kefahaman dia.

Anak masuk kelas DLP dual language program utk subjek math dan sains. Tapi cikgu cakap, cikgu dh mula dapat kenalpasti ada murid yang struggle untuk memahami dan menjawab soalan dalam bahasa inggeris. Jadi cikgu terpaksa ajar dalam bahasa inggeris dan ulang lagi dalam bahasa melayu, untuk pastikan murid murid faham. Lebih lama masa diperlukan untuk cover topik pengajaran. Rasa kesian juga pd cikgu. Jadi ambil inisiatif sendiri untuk pastikan anak dapat kuasai konsep asas matematik, melalui latihan topikal. Kadang pening nak ajar, sendiri godek video YouTube pdpr yang cikgu cikgu upload masa zaman pkp dlu. Suruh anak tengok video tu, pastu buat latihan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni anak sulung baru 8 tahun kot anak yg 9 tahun x ke?sbb mcm stress sgt blajar math
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 05:10 AM | Show all posts
mak bapak pun hauk... "social distancing" pun kena bukak kamus... how sis?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu math spm thn lepas ramai fail. Kpm dgn menterinya dh jwb blm knp ramai fail tu? Anak aku xde mslh math. Dorg ni mslh bm.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 15-8-2024 11:52 PM
Ni pendpt aku la, bukan aku nak backup kpm plak. Bg aku sbnrnye zaman skrang ni mmg dh tak wajar nak ...

Setuju dengan kaka. Silibus sesuai dengan peredaran dunia. Anak kawan kaka ambik tuisyen Maths dengan bdk Singapore masa dia masuk Uni kat Oz sebab Maths basic kat uni tu dia tak reti whereas kat Singapore dah diajar kat high school. Ni cerita 15, 20 tahun dulu tau masa derang first year.

Mak bapak cuba respek kerjaya orang. Panel buat silibus ni ramai, pakar dalam bidang derang. Takksn dalam ramai2 tu semua mangkuk? Mak bapak pulak pelajar terbaik Maths tahun 80-an, kat sekolah sendiri pulak tu. Agak2 la.

What kind of message you send to your children. Tak suka, meroyan.

Mohon cikgu2 Maths up the game masa mengajar. Gunala semua skills PAK21 semua barula seronok.

Ai is rengsa tengok parents CGPA 2.7 ni meroyan kalahkan orang dapat fourflet gitcheww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.073695 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list