View: 21449|Reply: 23
|
Olimpik LA 2028: Ini 5 Sukan Baru Yang Akan Dipertandingkan
[Copy link]
|
|
Ketika Sukan Olimpik Paris sudah melabuhkan tirainya, perhatian kini tertumpu kepada edisi Sukan Olimpik 2028 yang akan berlangsung di Los Angeles (LA), California.
Kehangatan sudah mula dirasai apabila pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise, telah memulakan kiraan detik bagi acara sukan terbesar dunia itu semasa acara penutupan Olimpik Paris 2024.
Menariknya lagi, terdapat lima sukan baru yang akan dipertandingkan bagi Sukan Olimpik LA 2028. Antara sukan baru tersebut ialah:
1- Baseball/Softball
Baseball/Softball adalah salah satu daripada lima sukan tambahan yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Baseball dipercayai telah berkembang di England pada pertengahan tahun 1700-an, sebelum dibawa ke Amerika Syarikat pada tahun 1770-an.
Liga profesional teratur pertama ditubuhkan pada tahun 1875.
Softball pula, pada asalnya dikatakan sebagai "besbol dalaman" pada akhir tahun 1880-an di Chicago, sebelum pelbagai versi permainan ini akhirnya disatukan dan peraturannya dikodifikasikan sebagai softbol moden pada tahun 1926.
Ini akan menjadi kali ketujuh baseball lelaki dan kali keenam softball wanita dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.
2- Flag Football
Pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028, peminat sukan akan berpeluang menyaksikan buat kali pertama flag football, satu versi bola sepak Amerika.
"Ketika kita meraikan kejayaan Paris 2024 dan menyerahkan baton kepada LA28, kami yakin flag football akan menjadi sorotan di Sukan Olimpik apabila ia membuat penampilan sulung dalam masa empat tahun lagi.
"Sukan ini 'muda', pantas, kreatif dan dimainkan oleh atlet yang cemerlang, termasuk duta global flag football kami, Jalen Hurts.
"Format ini sangat sesuai untuk Sukan Olimpik generasi baru," kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika Antarabangsa, Pierre Trochet.
3- Lacrosse (sixes)
Lacrosse (sixes) adalah salah satu daripada lima sukan baharu yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Lacrosse, yang pada asalnya dikenali sebagai 'stickball', bermula sebagai amalan budaya dan spiritual dalam kalangan komuniti Pribumi Amerika Utara.
Lebih daripada sekadar permainan, ia sering digunakan sebagai cara untuk menyelesaikan konflik dan mempersiapkan pahlawan untuk pertempuran.
Sukan kuno ini kini kembali ke pentas global dalam bentuk Lacrosse Sixes di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, membawa warisan yang kaya dan evolusi modennya kepada penonton di seluruh dunia.
Ini akan menjadi kali ketiga lacrosse menjadi sebahagian daripada program Olimpik, tetapi kali pertama dalam lebih satu abad, selepas penampilan pada tahun 1904 dan 1908.
LA28 akan memberi tumpuan kepada format lacrosse sixes yang pantas, versi sukan yang mendebarkan dan direka untuk era moden.
Presiden World Lacrosse, Sue Redfern, menyifatkan detik ini sebagai “pencapaian penting” yang akan memberikan “peluang emas” kepada atlet untuk mempamerkan bakat mereka di pentas terbesar dunia.
4- Skuasy
Skuasy adalah salah satu daripada lima sukan baharu yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Skuasy tidak pernah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik sebelum ini, walaupun pernah menjadi sukan demonstrasi di Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018.
"Saya sangat gembira dan teruja kerana akhirnya kita berjaya sampai ke Olimpik.
"Saya sentiasa bermimpi untuk bermain di Sukan Olimpik dan kini impian itu tercapai.
"Tahniah kepada semua pemain dan peminat skuasy. Jumpa anda di Olimpik," kata juara dunia wanita semasa, Nour El Sherbini.
5- Cricket T20
Cricket adalah salah satu daripada lima sukan baharu yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Ini akan menjadi kali kedua cricket dipertandingkan di Olimpik, setelah membuat penampilan sulungnya lebih daripada satu abad yang lalu.
Kali ini, format popular T20 akan dipertandingkan di Olimpik, dengan legenda cricket India, Sachin Tendulkar, meraikan "peluang emas" ini buat pemain lelaki dan wanita mempersembahkan sukan mereka kepada dunia.
"Selepas penantian lebih daripada satu abad, sukan yang kita cintai kembali ke pentas Olimpik di LA28.
"Ini menandakan permulaan era baharu bagi cricket kerana ia akan menjadi peluang emas untuk memupuk keterangkuman dan mempamerkan bakat baharu dari negara-negara cricket yang sedang berkembang.
"ermulaan sesuatu yang benar-benar istimewa!" kata Tendulkar di platform X.
Sukan-sukan ini secara rasmi dimasukkan sebagai sukan tambahan dalam program LA28 setelah keputusan itu diluluskan semasa Sesi ke-141 IOC.
Bagaimanapun, hanya skuasy dan flag football yang akan membuat penampilan sulung di Olimpik, manakala baseball/softball, lacrosse dan cricket pernah dipertandingkan sebelum ini.
Baseball telah beberapa kali dipertandingkan dalam edisi terdahulu, dengan edisi terbaru pada Olimpik Tokyo 2020.
Lacrosse pula pernah dipertandingkan di St Louis pada 1904 dan London pada 1908.
Manakala, cricket pertama kali diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1900 yang diadakan di Paris, manakala
“Pemilihan lima sukan baru ini selari dengan budaya sukan Amerika dan akan mempamerkan sukan ikonik Amerika kepada dunia, sambil membawa sukan antarabangsa ke Amerika Syarikat.
"Sukan-sukan ini akan menjadikan Sukan Olimpik LA28 unik,” kata Presiden IOC, Thomas Bach.
Sumber: Olympic, The Economic Times, Siakap Keli |
|
|
|
|
|
|
|
alamak... nikol bole main balik ke |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ada squash.. mesti nicole menyirap je
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 14-8-2024 05:41 PM
rbmy replied at 14-8-2024 04:20 PM
alamak... nikol bole main balik ke
"makcik dah tua le nak(40)"- |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka skuasy baru kali pertama dipertandingkan dalam sejarah Sukan Olimpik pada 2028 sejak ia mula dilancarkan pada 1896. |
|
|
|
|
|
|
|
Sundel. 2028 barulah kau masukkan Skuasy dalam Olimpik. Choi! |
|
|
|
|
|
|
|
Cricket t20 tu utk golo gan t20 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Masa untuk anak anak Azman menyinar. Let's go girls!! |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-8-2024 05:34 PM
Sundel. 2028 barulah kau masukkan Skuasy dalam Olimpik. Choi!
boleh la cikgu suh students tu amik bola dan raket..mula pukul2 bola ke dinding....mulai sabtu ni..sempat lg...4 taun tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 14-8-2024 09:45 AM
boleh la cikgu suh students tu amik bola dan raket..mula pukul2 bola ke dinding....mulai sabtu ni. ...
Sekolah Sukan tu yang patut buat gini chuols! |
|
|
|
|
|
|
|
Lempar selipar & Sepak bulu ayam bila nak masuk olympic |
|
|
|
|
|
|
|
Cricket tu US mesti hantar wakil yg rupa indian american, mcm tennis kan wakil yg chinese american, lomba lari plak wakil african american
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang ada simpan baseball bat di car trunk boleh buat baseball team...baseball famous di north amerika saja ada chance untuk medal |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nicol david masih main pon belum tentu dia dapat emas
Pressure babe
Sukom komanwel 1998 squasy first time jadi acara nicol david tetap tak dapat emas walaupon main di negara sendiri.. komanwrl 2002 dan 2006 pon dia masih tak dapat emas padahal masa tu dia di puncak karier |
|
|
|
|
|
|
|
theyols nak audience India lah tu... US kan abour ratings jual adverts.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada orang tanya kat dia, dia kata badan dia dah tak larat tak dah yela dah masuk 40s kan. Kalau tak merasa la jugak dapat emas kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 14-8-2024 06:02 PM
Lempar selipar & Sepak bulu ayam bila nak masuk olympic
Bila Malaysia plk jd Tuan rumah
Wicis...lamberttttt lagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|