CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18009|Reply: 7

Empangan Timah Tasoh mampu bertahan 3 bulan jika cuaca kering berterusan

[Copy link]
Post time 14-8-2024 02:53 PM | Show all posts |Read mode





KANGAR: Takungan air di Empangan Timah Tasoh di Beseri, dekat sini direkodkan pada tahap 38.5 peratus dan dijangka mampu bertahan untuk tempoh tiga bulan sekiranya cuaca kering berterusan di Perlis.


Berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, bacaan paras air di empangan itu sehingga semalam adalah 26.90 meter (m) iaitu di paras amaran.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Makanan negeri, Razali Saad berkata kerajaan negeri mengambil maklum keresahan 1,221 petani berhubung masalah tanaman padi mereka yang rosak dan tidak menjadi pada waktu ini.


"Ini berlaku terutama kepada petani di luar kawasan pengairan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) yang meliputi kawasan Titi Tinggi, Beseri, Paya dan Bintong.


"Ia disebabkan sumber air bagi tujuan pengairan pertanian di Empangan Timah Tasoh tidak dapat dibekalkan ke kawasan itu disebabkan penurunan paras takungan empangan akibat cuaca kering sejak beberapa minggu lalu," katanya melalui kenyataan.


Beliau berkata, Empangan Timah Tasoh dengan keluasan 13.3 kilometer (km) persegi jika diambil kira aras takungan biasa iaitu 29.1m mampu menampung sehingga 40 juta meter kubik air.


Daripada jumlah itu, katanya 33.3 juta meter kubik air sahaja dapat digunakan bagi tujuan domestik iaitu secara puratanya adalah 75,000 kubik meter sehari.


"Ini diikuti 55 juta meter kubik setahun bagi pengairan kawasan pertanian seluas 3,075 hektar, manakala selebihnya adalah takungan mati.


"Empangan ini juga berfungsi untuk mengawal kejadian banjir pada musim hujan dan berdasarkan trend taburan hujan yang rendah dan cuaca kering di kawasan sekitar empangan sejak beberapa minggu lalu," katanya.


Tambah Razali lagi, berdasarkan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan dijangka lebih kerap berlaku semasa musim peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut antara Ogos hingga September.


"Sehubungan itu, paras air di Empangan Timah Tasoh dijangka kembali normal sekiranya hujan turun lebih kerap dalam tempoh itu.


"Namun jika trend cuaca kering ini berpanjangan, kita (kerajaan negeri) bersedia dan akan ambil tindakan sewajarnya.


"ermohonan bagi operasi pembenihan awan sudah dikemukakan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan kita sedang menunggu kelulusan serta penyelarasan daripada pihak terbabit," katanya.


Razali berkata, kerajaan negeri akan mengadakan solat sunat Istisqa untuk memohon hujan di takungan Empangan Timah Tasoh.


Di sampimg itu, Jabatan Pertanian negeri dan Lembaga Pertubuhan Peladang akan membuat bancian kepada petani yang terjejas akibat cuaca kering bagi tujuan penyaluran bantuan melalui tabung bencana mengikut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.




SUMBER: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 04:01 PM | Show all posts
aku tengok mcm takde apa apa strategi je sama ada kerajaan negeri atau pusat pasal empangan atau takungan air ni semakin berkurang, semua mcm pasrah je
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 12:27 AM | Show all posts
honam replied at 14-8-2024 04:01 PM
aku tengok mcm takde apa apa strategi je sama ada kerajaan negeri atau pusat pasal empangan atau tak ...

ade bajet ke negeri lobai??
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 01:39 AM | Show all posts
Orang dah hujan, dia kering lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 10:02 AM | Show all posts
Semoga dipermudah segala urusan, tempat lain sudah mula turun hujan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pembenihan hujan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je hujan kt Perlis nih tp dia datang mcm kuda kata org. Kejap kt sana, kejap kt sini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 01:34 PM | Show all posts
-----
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kerana gaji minimum RM1700:Yuran tadika, taska naik hingga 25 peratus tahun depan.Wajar atau tidak?
YgBenarKerana gaji minimum RM1700:Yuran tadika,
Views : 5790 Replies : 24
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 108949 Replies : 6505
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 84810 Replies : 3164
Na'imah gagal tangguh cukai RM313.82 juta
maklukpenggodaNa'imah gagal tangguh cukai RM313.82
Views : 57403 Replies : 31
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72344 Replies : 645
Hadi ponteng belanjawan tarik perhatian netizen, 'Tak payah lah jadi MP, letak jawatan'
maklukpenggodaHadi ponteng belanjawan tarik perhatian
Views : 51786 Replies : 11
Kenanga & Keluarganya
sharlenetexasKenanga & Keluarganya
Views : 6112 Replies : 14
Jamuan 2024
Tinot7Jamuan 2024
Views : 47 Replies : 20
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38561 Replies : 150
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 128834 Replies : 1831

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072607 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list