CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9922|Reply: 2

Ustaz Don akur, ambil positif keputusan Jais

[Copy link]
Post time 14-8-2024 08:25 AM | Show all posts |Read mode






Kuala Lumpur: Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, mengambil positif dan akur dengan keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menarik balik tauliah mengajarnya di negeri itu.


Perkara berkenaan disahkan Jais hari ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengenai keputusan sudah dicapai menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bilangan 1/2024 pada 24 Julai lalu.


Pengurusnya yang dikenali sebagai Ana berkata, Don Daniyal akur dengan keputusan Jais sebagaimana yang dimaklumkan dalam kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkenaan.


"Dah keluar pun 'write-up' itu. Seperti biasa, ustaz (Don Daniyal) akur dengan keputusan. Terima kasih," katanya ringkas kepada Harian Metro menerusi kiriman mesej di WhatsApp.


Terdahulu, Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Jais menarik balik tauliah mengajar Don Daniyal menerusi keputusan mesyuarat khas pada 24 Julai lalu.


"Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal dibuat berdasarkan kuasa jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008," katanya.


Jelasnya lagi menerusi kenyataan itu, bagaimanapun surat penarikan tauliah mengajar sudah dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 31 Julai lalu.


Sehubungan itu, dimaklumkan juga Don Daniyal mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat rayuan berkuat kuasa daripada surat penarikan tauliah itu diterimanya.


Sebelum ini, media melaporkan Jais sudah mengeluarkan arahan pada 21 Jun lalu kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal.


Difahamkan ketetapan itu dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama yang disampaikan Don Daniyal disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.




SUMBER: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 03:14 PM | Show all posts
Bagusla kalau camtu. Muhasabah diri yaa ustaz
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 10:26 AM | Show all posts
jual produk timbang kilo la...masyuk jgk k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040754 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list