CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9975|Reply: 2

5 cedera ditikam lelaki bertopeng disyaki ketagihan permainan video

[Copy link]
Post time 14-8-2024 08:22 AM | Show all posts |Read mode






Ankara: Seorang lelaki bertopeng yang memakai jaket kalis peluru dan topi keledar menikam secara rambang lima orang dalam kejadian di barat laut Turkiye pada Isnin, lapor Xinhua.


Lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Arda K itu ditahan selepas insiden yang berlaku di Eskisehir, kira-kira 230 kilometer di barat ibu negara Ankara, menurut penyiar TRT.


Mangsa diserang ketika sedang duduk di sebuah kafe di hadapan sebuah masjid dan suspek menyiarkan secara langsung kejadian itu di akaun media sosialnya, lapor akhbar Daily Sabah.


Kelima-lima mangsa dimasukkan ke hospital dengan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal, menurut laporan itu.


Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya berkata, polis tempatan memulakan siasatan berhubung serangan itu.


Sementara itu, Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial Mahinur Ozdemir Goktas berkata, punca kejadian itu adalah ketagihan permainan video, dan penyerang berada di bawah pengaruh permainan video perang.


"Saya berharap semua mangsa yang cedera dalam kejadian kejam ini cepat sembuh, yang jelas menunjukkan kesan negatif permainan digital terhadap kesihatan anak-anak dan remaja kita," tambahnya.




SUMBER: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hardcore memang sedikit weirdo... Tetapi ramai ngaku introvert
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah keterlaluan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:05 PM GMT+8 , Processed in 1.874049 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list