View: 31031|Reply: 22
|
Peniaga Dikecam Olah Makanan Arab Jadi ‘Dessert’ Stail Melayu – “Menangis Dorang Tengok Kunafa ‘Dimelayukan’”
[Copy link]
|
|
Tindakan peniaga Melayu mengolah makanan dari negara Arab mengundang pelbagai kritikan ramai apabila mereka menjual makanan terkenal Kunafa tetapi ‘diMelayukan’.
Menerusi video viral, peniaga itu yang menyertai karnival makanan baru-baru ini menjual ‘kunafa soft cookies’ yang dicampurkan dengan pelbagai elemen manis lain seperti coklat putih cair, ‘pistachio crunch’ dan sekeping lagi ‘soft’ cookies’ sebelum diakhiri dengan cairan coklat susu sebagai topping.
Menurut peniaga itu, pencuci mulut tersebut dijual pada harga RM25 dan dilancarkan bersempena dengan karnival makanan berkenaan.
Bagaimanapun, ia mengundang pelbagai komen dan ramai netizen mengkritik peniaga-peniaga di Malaysia yang gemar menjual pencuci mulut sebegitu.
Menerusi platform X, ada yang mengkritik tindakan peniaga yang suka mengolah makanan dari negara luar namun apabila makanan kita dibuat sebegitu, pasti akan menjadi isu.
"Kita ubah makanan negara orang takpe. Orang usik makanan kita, dia punya marah macam yahudi nak amik rumah dia."
SUMBER: Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Ni makanan inspired by viral coklat Dubai tu kan. Nampak camtu la dengan pistachio crunch, coklat segala. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang kuliner pun juga sudah mulai "dimelayukan" ... Tentu saja setelah "dimelayukan" maka bolehlah kemudian diklaim sebagai makanan asli warisan bangsa melayu malaysia ...
Jadi teringat konsep Alam Melayu yang amat terkenal dan diagong-agongkan oleh bangsa melayu di Malaysia untuk menunjukkan jati diri mereka sebagai sebuah Mahawangsa ... Semua orang yang ada dan tinggal di Alam Melayu diklaim sebagai Bangsa Melayu dan tentu saja juga berbahasa Melayu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Napelah rakyat malaysia suka mkn racun. Dh lah ramai x de insurance sendiri. Ckp 55 tahun semua berderet menunggu kt hospital kerajaan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
nanti kena diabetes baru nyesal. Kenapa tak beringat bila makan benda manis2 ni.
Boleh makan but kena kawal ler our daily sugar intake. Prevention is better than cure |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun selamba je memelayukan spagetti..ikut selera tekak... |
|
|
|
|
|
|
|
Mbr aku tgk kunafa yg dijual kat food festival havoc aritu dia pun kata ini kunafa melayu. Aku tak pernah rasa so aku tak tau. Bila baca article ni baru teringat mbr aku ckp. Kelakar nya ada yg beratur sampai 5 jam nak kunafa.
Orang Melayu mmg jadi bodoh bila ada benda viral... |
|
|
|
|
|
|
|
aciksenah replied at 14-8-2024 03:39 AM
Iols pun selamba je memelayukan spagetti..ikut selera tekak...
Minggu lepas weol camping. Hado pertandingan masakan rimba. Aiol kata kat budak2, kita buat inovasi kali ni. Boring ah asek masak makanan kampung.
So weol buat savoury mac n cheese bakar dalam bambu dengan ayam salai (dalam bahasa kokesen resipi ni boleh la digelar savoury mac and cheese with smoked chicken breast). Dap ooo. Dapat nombo 3 walaupun takda hias makanan betul2 weol hanto bambu berisi mac n cheese tu ja bukan macam orang lain siap ntah hapa2 hiasan diletak.
Tapi actually weol hada buat satu lagik makanan yakni nasi ayam bakar dalam bambu (resipi orang Bidayuh. Deol gelar masak assam pansuh). Pehtu bebudak tu buat sambal belacan kick. Tu juga kot bikin menang nombo 3. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar pun dah tau sedap...sapa boleh terfikir mac n cheese boleh masak dalam bamboo kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
aciksenah replied at 14-8-2024 04:30 AM
Dengar pun dah tau sedap...sapa boleh terfikir mac n cheese boleh masak dalam bamboo kan?
Iya uols. Aiol hepi ngaattt bebudak ai berjaya execute resipi ai yang takat tulis di kertas ja. Kebetulan ada sorang dalam group tu reti masak, so jasa dia la sebab sedap masakan deol, cukup rasa. Presentation pun hokeh. Nanti tahun depan aiol nak ajak meka join pertandingan peringkat daerah pulok, lawan mak2. Kalau menang dapat duit, boleh masuk tabung unit weol. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat kek tapak kuda crunchy tu dah top tier manisan potong kaki masyarakat, rupanya makin menjadi2 ya. Aku pon sesekali ada jugak la makan benda manis macam lengkong sirap, kek coklat tapi aku pelik macam mana orang boleh makan benda manis yg ditutupi dengan benda yang lagi manis macam pisang goreng tabur coklat tu |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-8-2024 10:46 AM
Ni makanan inspired by viral coklat Dubai tu kan. Nampak camtu la dengan pistachio crunch, coklat se ...
Ohhh hijau tu is the phyllo dough salut pistacio sauce ke
I thot kacang pistacio sebeban
Penat nak ngunyah haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat kafe ke hotel ke bolehla nak try benda2 gini
I malas nak gi foodfest gerai2 ni
Kita nak santai2 nak enjoy the food |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98: Mbr aku tgk kunafa yg dijual k ... melayu senang diperkotak-katikkan hihi |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak makan nasi ayam bambu tu... tapi x tau mana nak cari or x reti nak buat sendiri.
cuba bagi jala cerita nak buat nasi ayam bambu tu cikgu
|
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 14-8-2024 11:05 AM
Sekarang kuliner pun juga sudah mulai "dimelayukan" ... Tentu saja setelah "dimelayukan" maka bol ...
makanya bapak..yg merosakkan Msia ini adalah bapak2nya leluhur indon yg udah dapat IC nya...kalau bapak ngak percaya bapak boleh nanyain sama wak 47. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 15-8-2024 04:38 AM
Claudia_Lestat replied at 15-8-2024 04:28 AM
teringin nak makan nasi ayam bambu tu... tapi x tau mana nak cari or x reti nak buat sendiri.
cub ...
Senang je uols. Ai blaja dari tengok video Youtuber Sarawak Abun Bilun tu ja ha.
Bahan (hagak2):
1. Nasik masak (preferably guna nasik sejuk).
2. Ayam (guna la ayam apa pun. Ayam salai ka fresh ka kampung ka, etc). Masa camping weol guna peha ayam salai ja (potong ikut suka). Sebab nasik sikit around 500-600g gitu. Nak cepat masak.
3. Bawang merah, bawang putih, halia - tumbuk halus semua.
4. Serai - diketuk
5. Daun pandan (kalau nak, tapi weol tak letak).
6. Bahan2 perasa - gula, garam, aji, etc hapa2 ja uols nak letak. Masa camping weol letak garam, gula siked, oyser sos, pati ayam maggi (dalam botol).
Cara masak:
Gaul suma bahan then masuk dalam bambu yang dah alas daun pisang. Tutup hujung bambu dengan daun pisang atau daun ubi. Bakar macam masak lemang. Jangan lupa buat sambal supaya lagik sedap bila makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa Lagi yang Nak diMELAYUKAN ? |
|
|
|
|
|
|
|
klu ada pertandingan olimpik pasal melantak..berkarung2 dah emas olimpik kita kot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|