CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17500|Reply: 48

[Tempatan] Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tekad letak orang yang betul di jawatan yang betul

[Copy link]
Post time 13-8-2024 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Hannah tekad letak orang yang betul di jawatan yang betul

https://www.kosmo.com.my/2024/08 ... jawatan-yang-betul/

Oleh ZUBAIDAH IBRAHIM
12 Ogos 2024, 4:57 pm


Hannah bersama Timbalan Chef de Mission, Datul Nicol David di Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tekad untuk meletakkan individu yang tepat bagi memegang satu-satu jawatan dalam bidang sukan.

Menurut Hannah, terdapat pelbagai jawatan dalam badan sukan dengan ada yang dipilih sendiri oleh beliau dan ada jawatan yang dilantik oleh persatuan.

“Salah satu perkara utama yang saya mahu lakukan sebelum saya menamatkan penggal (Menteri Belia dan Sukan) ialah meletakkan orang yang betul di jawatan yang betul.

“Bagi mereka yang dipilih oleh ahli badan sukan melalui proses pemilihan sendiri, saya tidak mempunyai kuasa untuk menukar atau menggugurkan mereka.

“Ia dilakukan melalui proses demokrasi dan kita mesti menghormatinya. Saya hanya boleh mengeluarkan mereka yang saya lantik,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Hannah memberitahu, dalam tempoh singkat, beliau melantik ramai bekas atlet untuk membantu kerana percaya golongan tersebut memahami sukan dan keperluan atlet.

“Dalam jawatankuasa Road To Gold saya mempunyai tiga bekas atlet utama untuk membantu saya iaitu Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Mirnawan Nawawi.

“Di Majlis Sukan Negara Malaysia, saya mempunyai bekas peserta Olimpik iaitu Suriaghandi Suppiah dan Lee Chong Wei yang dipilih untuk membantu saya.

“Manakala di Institut Sukan Negara Malaysia, saya mempunyai Datuk Marina Chin dan Datuk Nicol David,” katanya.

Jelas Hannah, beliau melantik Farah Ann, Jeffrey Ong, dan Soo Beng Kiang untuk membantunya di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Katanya, Nurul Huda pula sebagai pengerusi dalam Jawatankuasa Sukan Selamat.

“Selain itu, saya juga mempunyai Pentadbir Sukan seperti Datuk Seri Windsor John daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (Perbadanan Stadium Malaysia) dan Datuk Stuart Ramalingam (Penyelaras RTG).

Pada Olimpik Paris 2024, Hannah meluangkan banyak masa bersama Nicol yang menjalankan tugas dengan cemerlang.

“Harapan saya agar beliau (Nicol) terus membantu dalam membangunkan negara melalui pembangunan sukan.

“Saya mahu legasi memperkasakan bekas atlet kita untuk membantu atlet semasa dan akan datang kerana mereka tahu keperluan dan mereka faham,” katanya – KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 12:27 PM | Show all posts
betul le tu orang... bukan beruk yg bawak anak bini tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti pilih suami n sedara jugak la kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 12:35 PM | Show all posts
dulu masa zaman kj ada satu isu...aku dah lupa isu apa tapi berkenaan FAM.mmg dah explain dah kerajaan x boleh campur tangan.nanti malaysia kena gantung.masalah ahso ni x seperti  kj... puak2 dlm kebanyakan persatuan sukan adalah  dari kalangan umngok jugak.jadi ahso ni senang kena buli.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 12:40 PM | Show all posts
bbalik replied at 13-8-2024 12:27 PM
betul le tu orang... bukan beruk yg bawak anak bini tu...

tapi yg bawak anak bini tu pengerusi persatuan bukan jawatankuasa sukan yg ditubuhkan kerajaan.persatuan tu lagi power dan untouchable.salah satu cara nak kawal puak2ni rasuah atau ketirisan ...kerajaan kena pantau,kawal betul2 dana utk  persatuan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hauk        
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya menteri sukan pun salah orang.. Takde kredibiliti langsung jadi menteri ala lagi bidang sukan. Jauh beza  langit ngan bumi dgn KJ...  Sadik yg hauk tu pun tiba2 kelihatan berwibawa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 02:00 PM | Show all posts
Nak tanya Adam Adli mengular mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 02:40 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 13-8-2024 02:42 PM

Apakah anda masih percaya semuayang direncanakan dan dikatakan  itu akan berjalan dengan baik dan benar ketika sistem politik feudalistisc, perkauman, racism, apartheid, nepotism, coruption etc etc masih terus dipraktekkan secara terbuka dan terang-terangan di negara anda ?   

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 13-8-2024 12:35 PM
dulu masa zaman kj ada satu isu...aku dah lupa isu apa tapi berkenaan FAM.mmg dah explain dah keraja ...

bongoknya menteri senang kena buli... membazir duit rakyat je bayar gaji menteri, alih2 menteri kena buli
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul bagai dikata aiol puji le tindakan sheol ni.  Hanya  athlete yg tahu keperluan rakan seangkatan diarg
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambah sikit

Harap lps ni sukan dkt negara kita ni makin meningkat kualitinya baru syok nak ikuti balik satu2 game tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kempunan ahso ni nk bagi hadiah besday gold olimpik pertama  dekat nuart
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 13-8-2024 05:43 PM
Kalau betul bagai dikata aiol puji le tindakan sheol ni.  Hanya  athlete yg tahu keperluan rakan sea ...

punye la banyak isu pengurusan kontinjen negara olimpik kali ni, nak puji apenye... tu baca komen kat atas tu, walanon kata menteri ni senang kena buli

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 13-8-2024 05:47 PM
Kempunan ahso ni nk bagi hadiah besday gold olimpik pertama  dekat nuart

Mujur tak jadi bagi hadiah sehebat itu. Takut Nuar too excited & ajak check in je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Amoi ni apa kelayakan dia jadi menteri sukan? Ada kelayakan Sukan ke? Baik ambik cikgu sukan je jadi menteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 06:29 PM | Show all posts
Menteri kena la proaktif
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 13-8-2024 05:47 PM
Kempunan ahso ni nk bagi hadiah besday gold olimpik pertama  dekat nuart

Biasanya orang lain dedicate kemenangan lepas dah menang
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 13-8-2024 05:49 PM
punye la banyak isu pengurusan kontinjen negara olimpik kali ni, nak puji apenye... tu baca komen  ...

Aiol hasanah je bab dalaman ni kot2 le team yg diperkatakan tu baru dicipta masa diarg mesorat dkt parith nun lepas tengok prestasi hauk yg terhasil. Aiol inesen tu yg cipta alasan nih utk dibentangkan bg membekap sheol gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 06:48 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 13-8-2024 06:49 PM
terma2nkondisi2 replied at 13-8-2024 04:59 PM
bongoknya menteri senang kena buli... membazir duit rakyat je bayar gaji menteri, alih2 menteri ke ...

yelaaaa...bagi ko yg tak membazir tu gajikan  menteri kbs celaka mcm peja atau ... timbalan kbs wan fayhsal yg bengap amik ikon mat rempit haqiem stopa hujung2 ikon tu ada kes  pervertfucked up betul ko nehhh yach
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.337221 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list