View: 60137|Reply: 50
|
Siti Nurhaliza tak harap anak ikut jejak langkah jadi penyanyi
[Copy link]
|
|
Siti Aafiyah muncul mengiringi persembahan Siti dengan bermain keyboard, menerusi lagu Nadi.
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak mengharapkan anak-anaknya menjejaki langkahnya sebagai penyanyi.
Malah Siti, 45, tidak berselindung bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, juga agak keberatan untuk membenarkan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah, 6, menjadi penyanyi.
"Apa saja pilihan kerjaya dia pada masa depan, sebagai ibu bapa, saya dan suami akan pantau.
"Kalau betul dia ada bakat, kami mahu dia salurkan bakat itu dengan cara terbaik seperti belajar muzik. Kalau dia (cenderung) ke arah mencipta lagu, itu tidak mengapa," katanya ketika ditemui selepas konsert Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan, Sabtu lalu.
Dalam konsert tersebut, buat kali pertamanya Siti Aafiyah muncul mengiringi persembahan Siti dengan bermain keyboard, menerusi lagu Nadi.
Menurut Siti lagi, buat masa ini, minat Aafiyah lebih cenderung ke arah bermain alat muzik, manakala adiknya, Muhammad Afwa, 3, pula suka menyanyi.
Selain penampilan Aafiyah dan Afwa, Siti turut mengundang anak saudaranya, Ummi Umairah, sebagai rakan duet dalam konsert tersebut, mempersembahkan lagu berbahasa Mandarin, Zheng Fu dan sebuah lagu Inggeris, You Are The Reason.
Jelas Siti, beliau mahu memberi peluang kepada Umairah, 13, khususnya selepas kemenangannya di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di California, bulan lalu.
"Sebelum ini, ada sedikit risau nak ketengahkan Umai, bimbang pandangan orang kerana dia anak saudara.
"Tetapi sekarang Umai sudah buktikan bakat dan kemampuannya, dia berhak dapat peluang untuk lebih dikenali dan dihargai," katanya lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
piyah oyen pandai ke tu main keyboard nk buat konsert ke tu??
x kuasaa lahh yihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Malah Siti, 45, tidak berselindung bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, juga agak keberatan untuk membenarkan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah, 6, menjadi penyanyi.
- eleh masa ko mengorat dia bukan ke mmg dia dh masuk industri lagha ni. Takut ler tu anak dara kena pikat dgn atok2 sebaya dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti citot x mo piyah jadi penyondol mcm sheolss gak |
|
|
|
|
|
|
|
Tokti nampak mok2 kat ataih tu |
|
|
|
|
|
|
|
Piyah makin besar makin merupa mak dia ek |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 12-8-2024 05:57 AM
Piyah makin besar makin merupa mak dia ek
Tentu comel dan cantik. Iols suka tengok rupa tokti time muda remaja dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Like we care. Kang belajar tersungkur kang jadi artis lettew. Semuanya bergantung anak bijak ke tidak, tu aje |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-8-2024 08:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
msdummy.2018 replied at 12-8-2024 05:57 AM
Piyah makin besar makin merupa mak dia ek
No wonder afwa complaint ibu x sayang afwa |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 12-8-2024 02:25 AM
Tokti nampak mok2 kat ataih tu
Macam sharifah aini dah sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 12-8-2024 08:53 AM
No wonder afwa complaint ibu x sayang afwa
Itulah...anknprmpn ikut muka mak mmg cam gitu...mcm i dgn ank i jugaklah...hahahhahah |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak tahu siapa designer baju tu. mcm x berapa sesuai. bukan tokti dah kurus sikit? |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet jer panggil anak2 on stage n nyanyikan lagu utk diaorang. Lagu pun sedap. Afwa tu lasak ye...mmg anak no 2 camni kut...tapi terhibur tgk..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhhh menusuk ke dada sitik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak anak jadi penyanyi. Tapi sedari kecik dah expose dok atas pentas sekali. Dah si omaknya sebulan sekali melalak kat konsert |
|
|
|
|
|
|
|
kalau xnk anak2 jd retis, toksah lah exposed kan deme masa kecik2 ni naik pentas bagai buat persembahan..setakat belajar main muzik gitu2 dah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni smkin tua smkin kuat propa n meggeletis sbbtu dah x minat |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 11-8-2024 09:15 PM
Malah Siti, 45, tidak berselindung bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, juga agak keberatan ...
Hahaha masa dia buat dia tak fikir pulak kesan kat keturunan sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|