CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56899|Reply: 7

[Politik] Kemudahan ATM di Nenggiri akan disegerakan - MOF

[Copy link]
Post time 10-8-2024 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Kemudahan ATM di Nenggiri akan disegerakan - MOF

Mesin ATM - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan (MOF) akan menyegerakan pengaktifan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang, Kelantan bagi memenuhi keperluan asas rakyat di kawasan tersebut.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, ia susulan perbincangan pihaknya dengan beberapa bank tempatan mendapat respons positif.

"MOF mengambil maklum laporan yang diterima berkenaan kesukaran penduduk DUN Nenggiri untuk mendapatkan akses ATM dan perlu ke Gua Musang yang terletak sejauh 50 kilometer (km) dari kawasan mereka.

"Pengaktifan perkhidmatan ATM ini akan disegerakan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan usaha ini akan diperluas bagi memastikan semua rakyat dapat menerima kemudahan asas ini," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, lebih 30,000 penduduk di DUN Nenggiri memerlukan kemudahan ATM dan stesen minyak untuk kelangsungan hidup mereka.

Tinjauan mendapati penduduk mendakwa mereka perlu ke bandar Gua Musang sejauh lebih 50km dan memandu hampir 45 minit untuk ke mesin ATM berhampiran.

Malah ada yang perlu menaiki bot sejauh 30 minit kemudian menaiki kereta api selama sejam semata-mata untuk mendapatkan kemudahan mesin ATM.

Sementara itu, MOF dalam kenyataan sama berkata, pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus dengan bank-bank tempatan secara berterusan bagi mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terutama dalam memastikan akses kepada perkhidmatan ini dapat diperluaskan.

Katanya, orang ramai yang menghadapi kesukaran seumpama ini di kawasan mereka boleh menghubungi MOF melalui [email protected] atau talian 03-8000 8000.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah dia parasit2 awam yg hanya tahu kutip cukai daripada rakyat tapi kemudahan asas macam ni punya simple pun takde inisiatif utk diusahakan..... Berpuluh tahun negara ni merdeka tiap2 tahun ratusan billion RM dibelanjakan untuk emolumen menanggung biawak-biawak hidup sektor awam makan gaji buta free.... Memang celaka la mereka ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 08:48 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 10-8-2024 12:43 PM
Inilah dia parasit2 awam yg hanya tahu kutip cukai daripada rakyat tapi kemudahan asas macam ni puny ...

bayangkan Piliharan raya tiap2 bulan.
tiap tiap bulan dapat bende baru . ATM baru jalanraya baru . beras SST
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tggu gula2 wak jahit plk
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap kali pilihan raya mcm baru tersedar..
Pastu dah menang..buat dono je..
Pastu pilihan raya lagi...tersedar lagi ..
Cenggitu lah aampai abang jamil mampus
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 04:12 PM | Show all posts
gila babee laa tahap penyampaian madanon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2024 06:33 PM | Show all posts
baru tahu nenggiri di kelantan, btw area chiku paloh sana pun tak byk atm 1/2 je rasanya.. kalau rosak rosak la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 07:05 PM | Show all posts
Di berita radio petang tadi, wakil orang asal minta baiki jalan/jambatan yang rosak sebab kena share dengan Lori balak ulang-alik tiap hari. Bahaya untuk budak-Budak pergi balik sekolah. Semoga ada peruntukan diberi cepat. Tak perlu tunggu pilihanraya baru nak tanya apa rakyat nak, baru nak check.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048541 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list