Penyanyi Ameng berkata hukuman penjara dan 10 sebatan diterima pada 2011 akibat penyalahgunaan dadah cukup menginsafkan dirinya dan tekad untuk berubah.
Memetik Harian Metro, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata sejak menjalani hukuman itu,dia berusaha memperbaiki kehidupan ke arah lebih baik dan parut akibat sebatan itu akan dibawa hingga ke akhir hayat.
“Kalau nak diimbas semula ketika hukuman sebat itu, memang menyakitkan. Ia hanya dijalankan sehari dalam seminggu iaitu pada Khamis. Untuk saya yang kena 10 sebatan, hanya dilakukan dalam sehari sahaja.
“Kita (banduan) beratur sebelum masuk ke bilik hukuman dalam keadaan bogel. Apabila sampai giliran, tangan dan kepala dipasung sebelum sebatan dibuat. Parut rotan sebatan diterima ini masih meninggalkan kesan kekal pada badan saya yang akan dibawa hingga ke liang lahad.
“Begitu persepsi segelintir masyarakat kepada bekas penagih seperti saya. Walaupun saya kini bebas dadah dan menjalani kehidupan normal lebih sihat serta positif, tidak semua orang boleh menerimanya. Pandangan serong masyarakat masih ada dan tak boleh dielak,” katanya.
Menurut penyanyi berusia 55 tahun itu lagi, ianya bukan perkara mudah untuk seseorang yang terjerumus dengan najis dadah untuk kembali ke pangkal jalan.
“Ia hanya akan dapat dilakukan individu itu jika dia memiliki semangat kuat dalam diri untuk berubah. Pendek kata, semuanya kena datang daripada diri sendiri,” katanya.
Untuk rekod, Mahkamah Sesyen Melaka menjatuhkan hukuman itu kepada Ameng kerana kesalahan penyalahgunaan dadah pada 20 April 2011. Namun, hukuman dipendekkan kerana kelakuan dan disiplin cemerlang hingga dia dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor pada 14 Jun 2016.
Post time 10-8-2024 01:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Antara banyak2 retis yg ada kes dadah, ameng ni yg nampak penyesalan. Boleh la pihak2 sekolah panggil ameng buat ceramah. Risau tengok budak2 sekolah menengah keluar pintu sekolah terua berasap vape. Mula2 vape, lepas tu dadah
Post time 10-8-2024 01:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
circle meol ade gak gini. tp entohler kalau deme menjadi pon, mesti rosak balik. toksik sgt circle deme pon. circle jenis suka rosakkan org lain. nnti org tu rosak deme acah acah sedih lah, kesian lah, pdhal deme pun ade saham juga smpi org tu mental dibuatnya. kita tgk ajelah masa depan guane nyah.. tp jgn la amik barang sbb ikot kawan ke ape, org tu boleh keluar, kita belom tentu.....