CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3544|Reply: 0

[Johor] Johor rancang stabilkan semula ekosistem gajah

[Copy link]
Post time 7-8-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode


TIAN Soon (tengah) ketika membuat lawatan ke rumah Allahyarham Misirah Saniman, 75, yang maut selepas diserang gajah. FOTO Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Kerajaan Johor menolak dakwaan penebangan hutan simpan di negeri ini menyebabkan peningkatan kes gangguan gajah terhadap penduduk di Kluang dan Kota Tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, perancangan perlu dibuat  supaya ekosistem dalam hutan boleh stabil.

"Hutan memang ada, tapi kedua mungkin habitat mereka sudah dikacau....  binatang ini nak cari makan sahaja, nak stabilkan ekosistem dalam hutan dan sekeliling," katanya ketika membuat lawatan ke rumah Allahyarham Misirah Saniman, 75, yang maut selepas diserang gajah di Felcra Batu 29, Sabtu lalu.

Beliau berkata, kerajaan negeri dalam rancangan untuk menstabilkan semula ekosistem gajah di negeri ini bagi memudahkan haiwan itu mencari makan.

Antara langkah bagi melengkapkan ekosistem itu termasuk pemasangan kolar gajah bagi mengenal pasti pergerakan haiwan itu.

Katanya, kerajaan juga mewujudkan bank makanan gajah termasuk menanam pokok pisang dan rumput napier di lokasi titik panas laluan gajah.

"Kita berharap supaya dengan usaha itu, dia tak akan kacau orang kampung," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.588327 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list